MENCARI PERMATA CORDOVA..







Laman_Cordova


Bismillahirrahmanirrahim, salam sejahtera sahabat teman yang saya hormati, semoga kalian beroleh sedikit permata ilmu yang dikongsi bersama..

Ahmad Asyraf Shari
-December 30th-21 tahun
-0129533884-smileaas@yahoo.com


Pesan Assyahid Hasan AlBanna

7 Kekuatan umat islam :

- kekuatan iman

- kekuatan ilmu

- kekuatan jihad

- kekuatan kesihatan

- kekuatan harta

- kekuatan harga diri&maruah

- kekuatan keadilan.




MASA ITU PERMATA BERHARGA






   
   

<< May 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31


  


 ARTIKEL TERDAHULU


WASIAT HASAN AL-BANNA


TAJDID DALAM MASYARAKAT ISLAM

DIABOLISME INTELEKTUAL

REALITI KEHIDUPAN MASYARAKAT BARAT

UNTUKMU MUJAHIDAH SEJATI

AL-URUF SEBAGAI SUMBER HUKUM

KESAN PENJAJAHAN PADA EPISTEMOLOGI ISLAM

SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH

MENJANA PENGHASILAN GENERASI DAKWAH

PROSES REENGINEERING IMEJ MAHASISWA

KERTAS KERJA HAKIKAT IFC

ENAM TOPI DE BONO

ISLAMOPHOBIA: INDOKTRINISASI BARAT YANG BERJAYA?

QAEDAH SULBAH SATU KEPERLUAN

KEPENTINGAN UKHWAH DALAM PERJUANGAN

MAHASISWA MINDANYA PERLU BEBAS

TAFSIR AL-IKHLAS 1

TAFSIR AL-IKHLAS 2

6 KASUT BERTINDAK DE BONO

APA ITU AQIDAH?

SELAMAT TAHUN BARU 2007

DAEI DAN FIQHUL WAQI' 1

DAEI DAN FIQHUL WAQI' 2



 RAKAN SEPERJUANGAN


ALUMNI SMKA FALAHIAH

FIKIR AMIN IDRIS

STUDENT POWER

SHARINGAN ALHAFIZ

KITARO BECKHAM

ANJUNG HIJAU ABE NAPI

PENASALJU ABE JA

PULAUHARAPAN FADHIL

AIMI NABIHAH

BINGKISAN ROHANI

PERMATA PERLIS

TEAM KUIM

CAHAYA LAUZAIE

LAMAN MUNAWWARAH


 LINK BERMANAFAAT


DIARI SEORANG MUJAHID

SAIFULISLAM

PARANG TUMPUL

ROSLAN SMS CORNER

UNIMALAYA TODAY

INFO DAKWAH

PMI UNIMALAYA

IKATAN STUDI ISLAM UKM

PMI UNITEKNOLOGI MALAYSIA

ANTI-RUFAQA'


 DOWNLOAD BAHAN BACAAN


ASAS AKHLAK DALAM HARAKAH

DASAR DASAR ISLAM

ADAB PERGAULAN

DAKWAH FARDIYYAH

AMAL ISLAMI 1

ANTARA SEMALAM&HARI INI

CARA HIDUP ISLAM

FIQHUSSUNAH 1

FIQH SIRAH 1

SYARAH USUL 20

TANGGUNGJAWAB PEMUDA

TABARRUJ



 TAFSIR FI ZILALILQURAN


SURAH AL-FATIHAH

SURAH AL-MUZAMMIL

SURAH AL-MUDASSIR

SURAH AL-MUTAFFIFIN

SURAH AL-TARIQ

SURAH AL-A'LA

SURAH AL-GHASIYAH

SURAH AL-INSYIRAH

SURAH AD DHUHA



 RISALAH TSULASA'


RISALAH TSULASA' 1

RISALAH TSULASA' 2

RISALAH TSULASA' 3

RISALAH TSULASA' 4

RISALAH TSULASA' 5

RISALAH TSULASA' 6

RISALAH TSULASA' 7

RISALAH TSULASA' 8



::: MENYOROTI CORDOVA :::

Cordova di Sepanyol pernah menjadi ibu kota sebuah kerajaan Islam dibawah pemerintahan Bani Umayyah.Hal itu terjadi sejak 750 M setelah Bani abbasiyyah menakluki Bani Umayyah di Damsyik. Sebenarnya Islam sudah sampai di Cordova pada 711 M lagi setelah tariq Bin Ziad melakukan perluasan wilayah ke Sepanyol atas perintah Musa Bin Nusair, gabenor Afrika Utara ketika itu dibawah al-Walid 1 daripada kerajaan Umaiyah. Tariq dengan mudah menguasai wilayah Sepanyol seperti Toledo,Sevilla, Malaga,Elvira dan Cordova. Ketika pemerintahan bani Umayyah masih berkuasa di damsyik, Toledo dijadikan ibu kota di Sepanyol.Namun, setelah digulingkan oleh Bani Abbasiyyah, Bani Umayyah membina pemerintahan di Sepanyol dan menjadikan Cordova sebagai ibu kota dibawah pemerintahan Abdurrahman al-Dakhil (Abdurrahman 1). Sejak itu Cordova mengalami kemajuan. Apabila berlaku perpecahan Islam di Sepanyol, Cordova jatuh ke tangan Kristian dan Islam dihapuskan secara paksa.Kini, Cordova merupakan ibu kota sebuah wilayah yang mempunyai nama yang sama di Sepanyol. Luas wilayahnya 13727km dan didiami sekitar 782000 orang. Marilah kita bersama mencari permata tinggalan kota Cordova?

Sumber : Insklopedia Islam untuk pelajar

   



THE 7 HABITS OF HIGHLY EFFECTIVE PEOPLE (BY STEPHEN R.COVEY)

Habit 1 : be proactive

Habit 2 : begin with the end in mind

Habit 3 : Put first things First

Habit 4 : Think Win-win

Habit 5 : Seek first to understand then to be understood

Habit 6 : synergize

Habit 7 : Sharpen the saw




7 TABIAT ORANG YANG AMAT BERKESAN (OLEH STEPHEN R.COVEY)

Tabiat 1 : Jadilah proaktif

Tabiat 2 : Mula dengan mengingati matlamat

Tabiat 3 : Buat perkara pertama dahulu

Tabiat 4 : Fikirkan menang-menang

Tabiat 5 : Cuba memahami dahulu, kemudian cuba untuk difahami

Tabiat 6 : Bersinergi

Tabiat 7 : Tajamkan gergaji





:::: HADIS AKHIR ZAMAN :::

Daripada Abu Hurairah r.a berkata : Bersabda Rasulullah saw " Islam bermula dengan dagang (asing) dan kembali dalam keadaan asing pula.Maka beruntunglah orang-orang yang asing"
Hadis Riwayat Muslim


ISLAM ADALAH CARA HIDUP KITA


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

May 30, 2006
MENJANA PENGHASILAN GENERASI DAKWAH

 

MENJANA PENGHASILAN GENERASI DAKWAH

1.0) MUQADIMAH

Golongan pelajar adalah generasi yang amat-amat diharap-harap untuk merubah segala kepincangan masyarakat dunia dari dahulu hingga sekarang.Sesungguhnya, penghalaan fikrah dan pencernaan tindakan para ilmuan banyak mempengaruhi nilai kehidupan sesebuah masyarakat. Kegawatan dan kegentingan ummah yang perlu ditangani oleh golongan ilmuan amat memerlukan kepada kesungguhan dan perencanaan yang mantap dari diri individu itu sendiri. Melihat situasi ini, para ilmuan seharusnya merasa sensitif dan peka untuk membentuk diri melalui beberapa peningkatan dan kesedaran dalaman yang positif. Sesuatu yang bermula dari titik yang positif akan membuka jalan mudah untuk natijah yang positif. Meskipun ada kalanya kita dihadapkan dengan beberapa kejutan yang sebenarnya mendidik kematangan dalam membuat sesuatu keputusan dan tindakan.

            Para pelajar lazimnya terpaksa menghadapi situasi-situasi yang kadang-kadang membuatkan mereka merasa patah hati, kecewa, tension dan berbagai perasaan lain. Namun perlu diingati, anda adalah seorang mahasiswa islam yang perlu menangani sebarang masalah dengan tenang bijaksana. Dan seorang yang memikul bebanan gelaran mahasiswa perlu bertindak dengan matang. Jesteru, seorang pelajar yang berjaya ialah seorang yang mampu membina dirinya dari satu tahap kepada satu tahap yang lebih baik, bukannya seorang yang hanya mampu mengekalkan kejayaan yang membanggakan dalam pencapaian akedamik tetapi pincang di sudut pembinaan sakhsiah.

2.0) SOROTAN SEJARAH

Tugas sebagai warasatul Anbiya' merupakan tugas yang luas dan menyeluruh sepertimana tugas para Anbiya' khususnya para Rasul a.s. Sekiranya kita membaca dan meneliti Al-Quran dan Sunnah kita akan mendapati bahawa tugas para Anbiya" dan Rasul di antara lainnya meliputi tugas menyampaikan risalah, melaksanakannya sebagai suatu cara hidup dan peraturan yang berkuatkuasa atau "Tanfizul Hukmi" dan menjatuhkan hukuman. Oleh itu, Baginda Rasulullah SAW bukan sahaja bertugas menyampaikan risalah Islam yang meliputi penerangan tentang keadilan Islam, keburukan perbuatan zalim dan lain-lain melalui penyampaian ilmu dan nasihat tetapi Baginda juga bertindak sebagai ketua negara. Oleh itu, peranan yang menyentuh soal keperluan makanan dan minuman, pakaian serta tempat tinggal, keselesaan dan keamanan rakyat sebagai suatu dasar pembangunan dahulunya telah dilaksanakan oleh para Anbiya' dan Rasul a.s. Ia bukanlah satu tugas ahli politik dan pembangunan seperti yang difahami pada masa kini.

            Syariat Islam sendiri seperti yang dibawa oleh Rasulullah SAW telah cukup menjadi bukti tentang perkara ini. Seterusnya, baginda Rasulullah SAW juga telah bertindak menjatuhkan hukuman dengan mengarahkan supaya tangan pencuri dipotong dan tangan baginda Rasulullah SAW sendiri pernah merejam wanita yang berzina. Oleh itu, ia bukanlah seorang tugas hakim atau seorang pun seorang potong tangan dan penali gantung semata-mata. Selanjutnya Rasulullah SAW juga bertindak sebagai polis yang memeriksa penguatkuasa undang-undang dan syariat Islam.Seruan nur Islam tidak terhenti walaupun kewafatan Baginda Rasulullah telah berlalu 1400 tahun lamanya. Beban dakwah ini, diteruskan lagi oleh para sahabat, para mujadid, ulama'-ulama' setempat dan seterusnya individu-individu yang berkefahaman Islam yang jelas. Usaha untuk membebaskan masyarakat dari belenggu taghut tidak akan menemui titik noktah selagi kiamat yang yang dijanjikan oleh Allah tidak berlaku.

Sekitar kebangkitan gerakan mahasiswa di Malaysia pada sekitar 1960an adalah berteraskan nilai keintelektualan. Jolokan mahasiswa sebagai jurubicara masyarakat adalah suatu yang signifikan dengan tradisi mahasiswa zaman itu sejak penubuhan-penubuhan universiti di Eropah iaitu untuk menggerakkan masyarakat melalui peningkatan taraf pemikiran masyarakat. Masyarakat dievolusikan melalui peningkatan taraf pemikiran generasi muda iaitu melalui penekanan pendidikan kepada sebahagian segmen masyarakat iaitu generasi mahasiswa. Istilah 'mahasiswa' mungkin lebih bermakna daripada istilah 'student' dalam bahasa Inggeris. Lantaran itu kebangkitan mahasiswa timur adalah suatu yang diharapkan daripada perletakan terminology ini. Jesteru, taraf mentality masyarakat melayu pada ketika itu menjadi kritis dengan kehadiran beberapa ramai generasi mahasiswa yang mendapat tempat di Universiti yang dalam masa yang sama menerima kebanjiran pemikiran luar yang luas, antidogmatic serta adil dalam membuat apa-apa sintesis keilmuan. Mahasiswa era tersebut gemar berseminar, berdiskusi serta berbahasan secara adil mana-mana topik terutamanya berkaitan dengan masyarakat. Dengan kurangnya organisasi NGO yang memperjuangkan isu masyarakat menyebabkan mahasiswa dijadikan kayu terakhir untuk dipaut serta menjadi indicator kepada aras kemakmuran masyarakat. Antara sebab mahasiswa hebat dalam kebangkitan intelek pada era ini adalah :

  • Universiti yang dibina tidak banyak serta mahasiswa dianggap golongan 'permata' dalam masyarakat.

  • Kurangnya NGO dan badan yang memperjuang isu masyarakat.

  • Keadaan system kerajaan yang masih muda dan memerlukn golongan intelek memberi idea, membina sisitem melalui perbahasan bersama serta saranan  daripada golongan akademik.

  • Sistem pengajian selama sepenggal dan bukan mengikut semester memudahkan pembahagian masa untuk gerakan mahasiwa.

  • Kebebasan daripada pihak universiti untuk mengadakan diskusi-diskusi ilmiah di sekitar universiti.

3.0) HALANGAN.

Terdapat hal yang tidak dapat disangkal oleh setiap individu bahawa dunia kini berkecamuk dengan pelbagai halangan serta permasalahan dalam semua bidang kehidupan. Kesemua masalah yang dihadapi ini adalah berpunca dari keangkuhan manusia terhadap hukum Allah yang diturunkan untuk kemaslahatan manusia seluruhnya. Demi menyelesaikan permasalahan tersebut, kembalilah kepada ajaran Allah yang Maha suci. Sebagaimana pesanan Rasulullah mafhumnya yang bermaksud :-

"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, sekiranya kamu berpegang kepada kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu kitab dan sunnah Rasulullah."

Seterusnya disini cuba diperjelaskan beberapa masalah yang paling ketara hari ini yang sempat dikumpul demi kebaikan bersama. Sementara permasalahan yang diutarakan di sini ada yang berbentuk umum dan ada yang berbentuk khusus.Antaranya ialah:-

Masalah moral kalangan mahasiswa yang kian membarah hingga pada peringkat yang kritikal dan semakin menjarakkan diri dari usaha untuk mengembalikan nilai keintelektualan.

  • Ia bermula dengan asas pendidikan yang tidak menuju ke arah akidah tauhid yang kukuh. Asas pendidikan ini samada di pusat pendidikan awalan ataupun dasar pendidikan negara.
  • Akibat undang-undang rapuh ciptaan manusia tidak dapat mengawal manusia dan bila mereka merasa bahawa mereka boleh lepas dari tindakan undang-undang.
  • Menularnya budaya barat yang tidak bermaruah ke negara-negara umat islam

Penerapan Usrah yang didominasi ideanya oleh seorang naqib.

  • Naqib dianggap guru utama atau Murabbi sehingga saranan dan ideanya tidak dapat disanggah secara rasional dan ilmiah. Sistem unggul ini adalah punca kebangkitan Islam tetapi bukan meda untuk menghasilkan robot-robot pencetak pemikiran yang berbudaya dogma serta taqlid. Minda akal manusia yang berdogma atau bertaqlid ini akan menimbulkan memusnahkan
  • Pengertian serta halatuju yang ingin dicapai dalam melaksana system ini:-

            "USRAH bererti satu unit keluarga yang diikatoleh kesatuan 'aqidah, kesatuan fikrah, kesatuan kesedaran tentang persamaan sejarah dan nasib dan kesatuan cita-cita perjuangan untuk berkerja sama dan Bantu-membantu memperkukuhkan Jamaah Islam dari pelbagai sudut bagi membolehkan kerja-kerja amal jama'ie dan amal islami dilaksanakan teratur sehinga tertegaknya daulah dan khalifah Islamiyyah."

  • Elemen usrah merupakan elemen institusi tarbiyyah yang paling berkesan untuk mendidik dan melahirkan produk yang berkualiti bagi penyambungan mata rantai perjuangan Islam. Manhaj yang tersusun dan terancang serta perlaksanaan yang sesuai dengan tahap-tahap anggota-anggotanya adalah sebab keberjayaan sistem ini. Kefahaman yang benar lagi bersih serta fikrah kebangkitan yang tinggi merupakan syarat sebagai manusia yang beragama islam.

Budaya syura dan perbahasan perlakuan gerakan tidak dilakukan secara perkongsian pintar.

  • Perbahasan dieksklusifkan atas dasar wala', sir dan percaya kepada keputusan atasan. Penulis tidak mempersoalkan tindakan ini yang ada kewajarannya, tetapi perlu juga menerima andaian dan pandangan golongan pekerja dan pemangku daripada bawahan ini. Mereka lah yang merealisasikan gerakan Islam. Merekalah punca adanya gerakan.

Pemikiran kebendaan yang kian menular kedalam kotak pemikiran mahasiswa sehinggakan mahasiswa begitu mudah rebah bila dihadapkan dengan ibtila' yang berbentuk material.

  • Pemikiran yang hanya berharga dan menilai aspek benda sahaja dalam kehidupan manusia sebagaimana fahaman komunis. Mereka menggangap sesuatu yang wujud itu ialah sesuatu yang berupa benda yang dapat dirasa, diuji dan diperhatikan segala ciri-cirinya. Cetusan dari fahaman inilah lahirnya pendapat yang mengingkari tentang wujudnya Allah. Kerana ia tidak dapat ditanggap melalui pancaindera.

  • Berdasarkan teori ini lahirnya satu teori yang menggangap faktor ekonomi sebagai satu-satunya faktor asasi dalam kehidupan manusia. Falsafah ini jugalah yang menjadi pegangan utama umat Islam hari ini, walaupun bukan dalam bentuk sebagaimana pegangan dan amalan golongan komunis itu. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:-

"Dan kalau kami menghendaki, sesunggahnya kami tinggikan (darjat)nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaanya seperti anjing. Jika kamu menghalaunya diulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia menghulurkan lidahnya (juga). Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami.Maka ceritakanlah(kepada mereka) kisah–kisah itu agar mereka berfikir."

Kurangnya minat mahasiswa terhadap budaya berdiskusi dan berbahas.

  • Mahasiswa kini telah terlarut dalam budaya ananiyyah atau individualistic kerana kerencaman social kini. Kerencaman ini memanipulasikan mahasiswa sehingga kurangnya kepekaan dan keseriusan mahasiswa dengan isu agama, isu masyarakat, isu rakyat dan isu mahasiswa sendiri. Mereka kebanyakkannya bukan takut akan risiko tetapi kurangnya concern terhadap persekelilingnya sendiri. Diskusi dan perbahasan yang terlalu sukar dan tinggi topiknya tidak menjadi minatnya. Berbahas topic yang diluar skop akademiknya tidak akan dilayan.


Membaca bukan lagi budaya mahasiswa tetapi hanya budaya pelajar post graduates, budaya pensyarah dan budaya 'mat skema'.

  • Desawarsa mutakhirin ini, para pewaris ilmu agama seringkali menjadi   pertikaian umum serta ditohmah tidak berkelayakkan dalam mempamerkan kewibaan selaku ilmuan yang memikul amanah ilmu. Amanah yang tidak sanggup dipikul oleh mana-mana pihak tetapi pada masa yang sama MANUSIA sanggup menyatakan kesanggupan walaupun mereka ini penuh dengan sifat kerdil dan lemah dengan godaan nafsu dan syaitan durjana. Allah pernah berfirman:

"Sesungguhnya kami kemukakan tanggungjawab amanah (kami) kepada langit dan bumi serta gunung ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan dan bimbang tidak dapat memikulnya ,dan pada ketika itu manusia sanggup memikulnya.(ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakkan manusia suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan "

  • Menyentuh buku-buku yang bukan alirannya, bukan kursusnya dianggp pelik dan ganjil. Membeli buku bukan lagi budaya mulia, sehinggakan peruntukan pinjaman dan biasiswanya tidak diperuntukkan untuk membeli bahan-bahan ilmiah ini. Kebanyakkan mahasiswa Islam kurang menyentuh dan mengambil kira buku-buku bercorak Islam. Hasilannya, terbentuklah golongan berpemikiran eksklusif yang buta social dan buta medan gerakannya sendiri.

4.0) PERSEDIAAN DAN PERSIAPAN

Allah berfirman:-

"Maka siapkanlah olehmu untuk menghadapi musuh dengan kekuatan apa sahaja yang kamu mampu daripada kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuh kamu".

Persiapan seorang tentera dakwah kita sebenarnya tidak boleh lari dari membicarakan ciri-ciri yang tertentu yang dapat membezakan di antara kita sebagai da'ie dan sasaran kita (mad'u) yang mana dengan ciri-ciri tersebut kita dapat menangkis segala serangan yang akan dihadapkan baik berupa tekanan, ugutan, siksaan dan berbagai-bagai lagi bentuk ujian. Di samping itu kita mestilah mempunyai semangat yang jitu atas dasar kefahaman yang jelas, akhlak yang mulia, bekalan ruh yang mantap serta tubuh badan yang sihat sehingga mampu membantu kita untuk meneruskan tanggungjawab dakwah dan jihad.Persiapan yang harus diambil kira oleh para pendukung dakwah boleh digolongkan kepada tiga bahagian utama :-

  • Persiapan keperibadian Islam.

  • Persiapan keilmuan

  • Kaifiat dan adab dakwah

4.1 Persiapan keperibadian Islam.

Pembinaan keperibadian Islam perlu di beri perhatian lebih dahulu daripada kerja-kerja lain. Ini adalah kerana keperibadian Islam merupakan batu asas dalam struktur gerakan Islam. Para da'ie tidak boleh memainkan peranannya selagi mana keperibadian mereka tidak sempurna. Di antara ciri-ciri tersebut ialah ;-

4.1.1 Akidah yang sejahtera dan Iman yang benar

  • Dengan kesejahteraan akidah menjadikan seseorang itu bersifat rabbani tidak bersifat mementingkan dunia semata-mata. Akidah tersebut hendaklah berlandaskan ilmu dan kefahaman yang jelas.
  • Dengan keimanan yang benar mendorongkan seseorang untuk keluar berjihad pada jalan Allah tanpa berlengah-lengah. Mendorong untuk cinta kepada syahid dan berkorban diri dan harta untuk agama Allah.
  • Iman yang benar menjadikan penganutnya untuk sentiasa berkata benar dan tidak takut pada celaan orang-orang yang mencela, tidak kenal sifat putus asa dan ragu-ragu. Menjadikannya yakin bahawa kebatilan tetap akan hancur.
  • Seorang mukmin akan sentiasa berusaha dan bertawakkal kepada Allah S.W.T dengan sebenar-benar tawakkal.
  • Keimanan yang benar mendorong seseorang untuk taat kepada Rasulullah SAW dan menurut sunnahnya, sebab ia tahu bahawa taatkan rasul bermakna taatkan Allah.
  • Dengan keimanan, menumbuhkan perasaan 'izzah (kebanggan atau kekuatan) dalam diri.

4.1.2 Ibadat yang sah

  • Sesungguhnya Allah menjadikan manusia untuk menjadi khalifah di muka bumi. Dasar yang menjadi tunggak kepada persoalan ini adalah mentauhidkan Allah dan mengabdikan diri kepada-Nya.
  • Pengabdian kepada Allah adalah merupakan asas kepada dakwah yang kita bawa selama ini. Hakikatnya Allah tidak berhajatkan kepada ibadah kita kepada-Nya, sebaliknya ibadah yang difardhukan keatas kita adalah untuk kebaikan dan manfaat kita untuk menambahkan ketakwaan kita.

  • Ketakwaan membawa kita kepada kebahagiaan dunia dan akhirat. Segala fitnah dan cubaan hanya akan dapat di hadapi dengan ketakwaan kepada Allah.

  • Setiap ibadah fardhu ( solat, puasa, zakat dan haji ) mempunyai rahsia dan bekalan di sudut tarbiah yang menyempurnakan pembinaan peribadi muslim sejati.

  • Ibadah hendaklah difahami dengan erti kata yang luas bukan hanya terhenti kepada ibadah khusus sahaja bahkan ianya merangkumi segenap hidup manusia.

4.1.3 Akhlak yang mulia

  • Akhlak yang mulia adalah merupakan buah dari akidah dan ibadah yang sah.
  • Akhlak dan qudwah yang baik lebih memberi kesan berbanding dengan peringatan dengan lisan.

4.1.4 Pemikiran yang mantap dan kefahaman yang jelas

  • Islam menggalakkan penganutnya belajar dan mengajar.
  • Jika sekiranya menuntut ilmu wajib terhadap setiap muslim apatah lagi halnya dengan mereka yang ingin membawa risalah Islam.

  • Setiap da'ie hendaklah mengetahui usul-usul dalam agama dan perkara-perkara yang membenarkan akidah dan ibadahnya. Ia hendaklah memahami Islam dengan kefahaman yang luas dan jelas.

  • Ia hendaklah memahami apakah ertinya ia mengintima'kan dirinya dalam Islam dan apakah tuntutannya.

4.1.5 Kekuatan fizikal dan mampu untuk berusaha sendiri

  • Islam menyuruh kita untuk membuat persediaan apa saja kita mampu. Antara persediaan yang terpenting ialah kekuatan fizikal.
  • Kekuatan fizikal membolehkan seseorang untuk meneruskan amal walaupun dalam keadaan yang susah, menerus perjuangan di jalan dakwah dan memikul tanggungjawab.

  • Islam juga menyuruh penganutnya berusaha mencari rezeki yang halal dan menolak / melarang dari sifat malas, tawakkal dan mengharapkan jasa orang lain.

4.1.6 Berjihad pada jalan Allah

  • Setiap da'ie hendaklah memastikan dirinya bekerja untuk menegakkan agama Allah dengan apa saja cara sekalipun.
  • Kita hendaklah mengetahui bahawa Allah akan memberi ganjarannya kepada mereka yang ikhlas dalam berjihad.

4.1.7 Bersiap sedia terhadap masa dan memberi manfaat pada orang lain.

  • Hendaklah mengetahui bahawa hidupnya di muka bumi ini hanyalah sebentar saja sedangkan tanggungjawab yang harus dilaksanakan amat berat. Oleh itu ia tidak sepatutnya menghabiskan masanya dengan perkara yang tidak berfaedah.
  • Ia juga hendaklah memastikan bahawa ia benar-benar dapat menepati setiap janji dan pertemuan yang dirancangkan kerana sifat inilah yang menentukan samada kita mampu atau tidak berdepan dengan medan yang sebenarnya.

  • Seorang da'ie juga hendaklah sentiasa memastikan yang ia dapat berusaha untuk membantu rakannya dalam hal menggunakan masa dengan sebaik mungkin.

  • Ia juga hendaklah menyedarkan orang lain terhadap perlunya mereka berpegang teguh pada Islam. Keikhlasan dan mencurahkan kebaikan pada orang lain hendaklah sentiasa menjadi perhatian setiap da'ie.

4.1.8  Kehidupan yang tersusun ( munazzam )

  • Bermula dari sekecil-kecil perkara sehinggalah yang sebesar-besarnya hendaklah dipastikan bahawa kerja kita tersusun. Allah swt amat menyukai hambanya yang apabila melakukan sesuatu kerja yang dilakukannya dengan teliti (itqan).Dengan kerja yang tersusunlah akan mendorong da'ie untuk tidak membazirkan masanya dan lebih bersemangat dalam menjalankan amanah.

4.2 Persiapan ilmiah

4.2.1 Ilmu pengetahuan yang luas

  • Berilmu pengetahuan sebelum perlaksanaan adalah perlu sebelum bertindak. Kesungguhannya sahaja tidak berguna tanpa ilmu yang cukup. Seorang da'ie haruslah berpandangan luas dan mengetahui apa yang ia perkatakan.tanpa ilmu pengetahuan, kemudharatan mungkin lebih banyak dari kebaikan. Oleh itu adalah menjadi kewajipan para da'ie untuk memperdalamkan ilmu-ilmu pengetahuannya yang berdasarkan dalil Al-Quran, sunnah dan syara'. Para da'ie harus merasa cenderung untuk menambah dan memperkembangkan ilmu pengetahuannya.
  • Ilmu pengetahuan yang luas.

           Ilmu pengetahuan yang dimaksudkan disini ialah ilmu yang dapat menyampaikan  manusia kepada kesempurnaan hari akhirat. Yang dapat menggugah hati sehingga manusia terdorong untuk membuatnya sekalipun ia merasa hidupnya di dunia ini asing kerana melaksanakan ajaran agama.


      1. Tafakkuh Fin-nas

Oleh kerana risalah ini untuk manusia,maka adalah logik bagi para da'ie untuk memahami fitrah manusia itu, sifat-sifatnya, alam fikirannya dan alam perasaan masyarakat yang dihadapinya. Pengetahuan di bidang ilmu jiwa, kehidupan manusia sebagai individu dan sebagai makhluk ijtima'i banyak menolong da'ie dalam tugasnya. Faktor luaran seperti suasana, adat tradisi, taraf kehidupan dan taraf kecerdasan banyak mempengaruhi kemampuan untuk mencernakan dakwah.

4.2.3 Bahasa Al-Quran

Bagi orang yang tafaqquh fiddin, adalah menjadi suatu keperluan untuk menguasai bahasa Al-Quran supaya dapat menggali isinya yang merupakan sumber rujukan bagi dakwah Islam. Selain daripada Al-Quran, bahasa arab adalah bahasa kebudayaan,bahasa pemangku kecerdasan dan kunci segala ilmu pengetahuan. Bahasa arab juga adalah bahasa pengantar kaum muslimin seluruh dunia.

4.2.4 Bahasa pengantar

Bahasa pengantar ialah bahasa umat yang sedang dihadapi. Bahasa pengantar yang tersusun rapi merupakan jambatan yang akan membuka hati dan menggerak rasa individu yang di seru. Rasulullah saw sendiri pernah menyuruh beberapa sahabat supaya mempelajari bahasa Ibrani dan mempergunakannya dengan lancar dalam pergaulan sehari-hari dengan penduduk asli. Unsur-unsur pengetahuan umum yang kita sebut di atas dinamakan ilmu adat,termasuk di dalamnya ilmu jiwa, ilmu bumi dan penduduknya, antropologi sejarah, ilmu masyarakat, politik dan perbandingan agama. Ilmu-ilmu ini dapat membantu da'ie dalam merencanakan isi, cara dan siasah dakwah yang lebih tepat untuk sesuatu waktu dan keadaan,terutamanya dalam menghadapi golongan intelek.

4.3 Kaifiat dan Adab Dakwah

Tidak dapat dinafikan bahawa kaedah dan cara yang paling berkesan dan semestinya dilakukan oleh setiap mereka yang ingin menyeru manusia ke jalan Allah sehingga tertegaknya agama Islam di atas muka bumi ini adalah dengan cara berjemaah. Jemaah tersebut hendaklah merupakan jemaah yang munazzam dan mempunyai ciri-ciri yang sebenarnya.Di dalam melaksanakan tugas yang maha berat ini kita hendak memastikan bahawa kita betul-betul mengetahui bagaimanakah uslub (cara) yang paling baik untuk kita berdepan dengan orang yang di seru.

Jesteru, menyedari akan hakikat ini dan sebagai sebuah gerakan yang mempunyai perancangan, maka usaha-usaha yang gigih perlulah diambil untuk memperlengkapkan para da'ie dan bakal-bakal da'ie dengan bekalan-bekalan yang perlu dengan semaksima mungkin supaya kita nanti dapat berperanan dengan lebih berkesan apabila menerjunkan diri di arena dakwah

5.0) PENUTUP.

Untuk akhirnya cubalah bina keperibadian anda dan sedarilah bahawa anda telah dewasa dengan situasi kehidupan yang mengajar anda. Belajarlah berjalan sendiri walaupun sekadar (bertatih) Pengalaman sendiri adalah lebih kuat terpahat dalam diri tanpa menafikan kepentingan kita berkongsi pengalaman orang lain.Gandingan pengalaman diri sendiri dan pengalaman orang lain akan membuahkan natijah yang lebih mantap dan padu.Sesungguhnya tiada masa rehat untuk seorang pejuang walaupun kejayaan telah berada dalam genggaman.Perlu kita sedari bukan sekarang masanya kita nmemikirkan waktu untuk bermanja dan berehat yang lama tetapi halakan segala tindakan yang dibuat adalah untuk mengutip sebanyak mana ilmu dan seterusnya berjaya menunaikan harapan –harapan yang dihadapakan kepada kita.Teruskan usaha dan beristiqamahlah agar kejayaan yang telah dikecapi sehingga mencetuskan kecemerlangan untuk masa-masa akan datang ini perlu disedari kerana tanggungjawab seseorang pencinta agama Allah adalah terlalu besar sebagai agen yang akan merubah masyarakat. Dan membawanya ke arah kehidupan yang menghayati islam seluruhnya. Ketepikan segala faktor yang melemahkan anda. Yakinlah kepada diri sendiri kerana keyakinan anda adalah sebahagiaan dari kejayaan, jangan jadikan sebarang masalah yang timbul sebagai penghalang untuk maju ke hadapan anggaplah sebagai kurniaan dari Allah yang sebenarnya untuk mengajar kita agar lebih matang dalam berfikir dan bertindak.

Tanamkan satu semangat baru dari sekarang dan pandanglah hari depan dengan penuh keyakinan dan positif. Terbitkan mu'amalah yang baik dengan persekitaran anda dan perlu kita insafi bahawa perasaan setiap insan adalah berbeza . Jangan diri kita sebagai seorang yang mementingkan diri kerana akibatnya kita kan menjadi kera sumbang yang akan diketepikan oleh orang lain dan sesungguhnya Allah menjadikan insan berbagai keistimewaan adalah kerana setiap insan adalah lengkap kepada yang lain.Harapan kita semoga kita di golongkan oleh Allah SWT di kalangan hambanya yang berkasih sayang dan setiasa bersikap memberi dan menerima. Semoga generasi harapan ummah akan kembali bangkit mengorak langkah ke matlamat yang satu untuk Pencipta yang satu.


Disediakan Oleh,

Mohd Dzulhuzmi Nasruddin, Tahun Satu, Kej-Awam UTM

Penghasilan kertas kerja ini bukanlah cetusan penulis secara total. Ianya terhasil dari gabungan idea-idea kebanyakkan pendakwah yang menulis kertas kerja. Penulis hanya menyatukan dan selaraskan mengikut kesesuaian. Pembacaan yang teliti serta kefahaman yang tinggi terhadap tulisan ini tidak mendatangkan faedah sekiranya tindakan atau pelaksanaan dari kita sendiri tidak dicapai. Ianya tidak ubah seperti omongan kosong dan mimpi 'Mat Jenin' yang sememangnya membuang masa dan langsung tidak mendatangkan kemaslahatan ummah. Moga-moga, Allah meredhai usaha kita untuk mengembalikan wahana keizzahan generasi da'i.


6.0) RUJUKAN

  1. KK PERMASALAHAN UMMAH DAN PENYELESAIANNYA (Projek Pustaka Alaf Azahari Manhal PMRAM )
  2. KK KELAYUAN NILAI KEINTELEKTUALAN DALAM GERAKAN MAHASISWA ISLAM (Muhammad Nuruddin Bashah)
  3. USRAH DAN HARAKAH. (Ya'kob Husien)
  4. KK PERSIAPAN PENDOKONG AKIDAH. (Projek Pustaka Alaf Azahari Manhal PMRAM)
  5. BUKU PANDUAN BADAN DAKWAH DI SEKOLAH MENENGAH. (Al-Ustaz Fahrul Irfan Bin Johari.)
  6. PETUNJUK SEPANJANG JALAN ( Asysyahid Syed Qutb )



Posted at 12:03 pm by Laman_Cordova

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry