MENCARI PERMATA CORDOVA..







Laman_Cordova


Bismillahirrahmanirrahim, salam sejahtera sahabat teman yang saya hormati, semoga kalian beroleh sedikit permata ilmu yang dikongsi bersama..

Ahmad Asyraf Shari
-December 30th-21 tahun
-0129533884-smileaas@yahoo.com


Pesan Assyahid Hasan AlBanna

7 Kekuatan umat islam :

- kekuatan iman

- kekuatan ilmu

- kekuatan jihad

- kekuatan kesihatan

- kekuatan harta

- kekuatan harga diri&maruah

- kekuatan keadilan.




MASA ITU PERMATA BERHARGA






   
   

<< June 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30


  


 ARTIKEL TERDAHULU


WASIAT HASAN AL-BANNA


TAJDID DALAM MASYARAKAT ISLAM

DIABOLISME INTELEKTUAL

REALITI KEHIDUPAN MASYARAKAT BARAT

UNTUKMU MUJAHIDAH SEJATI

AL-URUF SEBAGAI SUMBER HUKUM

KESAN PENJAJAHAN PADA EPISTEMOLOGI ISLAM

SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH

MENJANA PENGHASILAN GENERASI DAKWAH

PROSES REENGINEERING IMEJ MAHASISWA

KERTAS KERJA HAKIKAT IFC

ENAM TOPI DE BONO

ISLAMOPHOBIA: INDOKTRINISASI BARAT YANG BERJAYA?

QAEDAH SULBAH SATU KEPERLUAN

KEPENTINGAN UKHWAH DALAM PERJUANGAN

MAHASISWA MINDANYA PERLU BEBAS

TAFSIR AL-IKHLAS 1

TAFSIR AL-IKHLAS 2

6 KASUT BERTINDAK DE BONO

APA ITU AQIDAH?

SELAMAT TAHUN BARU 2007

DAEI DAN FIQHUL WAQI' 1

DAEI DAN FIQHUL WAQI' 2



 RAKAN SEPERJUANGAN


ALUMNI SMKA FALAHIAH

FIKIR AMIN IDRIS

STUDENT POWER

SHARINGAN ALHAFIZ

KITARO BECKHAM

ANJUNG HIJAU ABE NAPI

PENASALJU ABE JA

PULAUHARAPAN FADHIL

AIMI NABIHAH

BINGKISAN ROHANI

PERMATA PERLIS

TEAM KUIM

CAHAYA LAUZAIE

LAMAN MUNAWWARAH


 LINK BERMANAFAAT


DIARI SEORANG MUJAHID

SAIFULISLAM

PARANG TUMPUL

ROSLAN SMS CORNER

UNIMALAYA TODAY

INFO DAKWAH

PMI UNIMALAYA

IKATAN STUDI ISLAM UKM

PMI UNITEKNOLOGI MALAYSIA

ANTI-RUFAQA'


 DOWNLOAD BAHAN BACAAN


ASAS AKHLAK DALAM HARAKAH

DASAR DASAR ISLAM

ADAB PERGAULAN

DAKWAH FARDIYYAH

AMAL ISLAMI 1

ANTARA SEMALAM&HARI INI

CARA HIDUP ISLAM

FIQHUSSUNAH 1

FIQH SIRAH 1

SYARAH USUL 20

TANGGUNGJAWAB PEMUDA

TABARRUJ



 TAFSIR FI ZILALILQURAN


SURAH AL-FATIHAH

SURAH AL-MUZAMMIL

SURAH AL-MUDASSIR

SURAH AL-MUTAFFIFIN

SURAH AL-TARIQ

SURAH AL-A'LA

SURAH AL-GHASIYAH

SURAH AL-INSYIRAH

SURAH AD DHUHA



 RISALAH TSULASA'


RISALAH TSULASA' 1

RISALAH TSULASA' 2

RISALAH TSULASA' 3

RISALAH TSULASA' 4

RISALAH TSULASA' 5

RISALAH TSULASA' 6

RISALAH TSULASA' 7

RISALAH TSULASA' 8



::: MENYOROTI CORDOVA :::

Cordova di Sepanyol pernah menjadi ibu kota sebuah kerajaan Islam dibawah pemerintahan Bani Umayyah.Hal itu terjadi sejak 750 M setelah Bani abbasiyyah menakluki Bani Umayyah di Damsyik. Sebenarnya Islam sudah sampai di Cordova pada 711 M lagi setelah tariq Bin Ziad melakukan perluasan wilayah ke Sepanyol atas perintah Musa Bin Nusair, gabenor Afrika Utara ketika itu dibawah al-Walid 1 daripada kerajaan Umaiyah. Tariq dengan mudah menguasai wilayah Sepanyol seperti Toledo,Sevilla, Malaga,Elvira dan Cordova. Ketika pemerintahan bani Umayyah masih berkuasa di damsyik, Toledo dijadikan ibu kota di Sepanyol.Namun, setelah digulingkan oleh Bani Abbasiyyah, Bani Umayyah membina pemerintahan di Sepanyol dan menjadikan Cordova sebagai ibu kota dibawah pemerintahan Abdurrahman al-Dakhil (Abdurrahman 1). Sejak itu Cordova mengalami kemajuan. Apabila berlaku perpecahan Islam di Sepanyol, Cordova jatuh ke tangan Kristian dan Islam dihapuskan secara paksa.Kini, Cordova merupakan ibu kota sebuah wilayah yang mempunyai nama yang sama di Sepanyol. Luas wilayahnya 13727km dan didiami sekitar 782000 orang. Marilah kita bersama mencari permata tinggalan kota Cordova?

Sumber : Insklopedia Islam untuk pelajar

   



THE 7 HABITS OF HIGHLY EFFECTIVE PEOPLE (BY STEPHEN R.COVEY)

Habit 1 : be proactive

Habit 2 : begin with the end in mind

Habit 3 : Put first things First

Habit 4 : Think Win-win

Habit 5 : Seek first to understand then to be understood

Habit 6 : synergize

Habit 7 : Sharpen the saw




7 TABIAT ORANG YANG AMAT BERKESAN (OLEH STEPHEN R.COVEY)

Tabiat 1 : Jadilah proaktif

Tabiat 2 : Mula dengan mengingati matlamat

Tabiat 3 : Buat perkara pertama dahulu

Tabiat 4 : Fikirkan menang-menang

Tabiat 5 : Cuba memahami dahulu, kemudian cuba untuk difahami

Tabiat 6 : Bersinergi

Tabiat 7 : Tajamkan gergaji





:::: HADIS AKHIR ZAMAN :::

Daripada Abu Hurairah r.a berkata : Bersabda Rasulullah saw " Islam bermula dengan dagang (asing) dan kembali dalam keadaan asing pula.Maka beruntunglah orang-orang yang asing"
Hadis Riwayat Muslim


ISLAM ADALAH CARA HIDUP KITA


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

June 14, 2006
MAHASISWA KINI..

PROSES 'RE-ENGINEERING' IMEJ MAHASISWA :

SATU KEPERLUAN

AHMAD ASYRAF SHARI (KUTKM MELAKA) 

Muqaddimah

Mahasiswa merupakan satu golongan yang mempunyai satu entiti penting dalam kelompok masyarakat dewasa kini yang perlu ditunjukkan halatuju yang jelas demi memastikan visi pembentukan sebagai golongan sofwatul muqtarah dalam masyarakat berjaya.Mahasiswa disignifikankan dengan golongan pemuda-pemudi yang terbukti sebagai harapan negara dan bangsa dimasa depan. Rasulullah saw didokongi oleh golongan syabab dalam menelusuri perjuangan dan mereka merupakan golongan intelligent yang berhati bersih dan berakhlak mulia. Seharusnya mahasiswa memerlukan imej tersendiri sebagai internal force masyarakat yang dipercayai masyarakat sebagai pewaris kepimpinan negara. "Jika ingin melihat negara di masa hadapan perhatikanlah pemuda pemudi masa kini.Inilah corak yang akan terbentuk bagi sesebuah negara kelak".

Kata keramat Pak Soekarno sebagai refleksi kepada keteguhan jiwa pemuda adalah melalui ucapan masyhurnya: "Berikan aku 10 mahasiswa/pemuda yang benar tegar fisikal dan mindanya, akan kugegarkan dunia dengan pemuda-pemuda ini"

Faktor pendesak 're-engineering' imej mahasiswa

  • Kebejatan akhlak mahasiswa yang membimbangkan. Keruntuhan nilai moral dan akhlak tidak hanya menghantui belia yang tidak terpelajar tetapi turut terbelenggu kepada laman intelektual mahasiswa masa kini.
  • Indoktrinisasi mahasiswa menjadi robot yang hanya di atur mantalitinya sebagai workers bukan sebagai ahli masyarakat yang bersosial dengan suasana sekeliling. Ianya menyebabkan universiti hanya menjadi pusat pembentukan pekerja yang tiada nilai sosial, nilai akhlak yang cetek dan tidak bertindak sebagai agen perubah masyarakat.
  • Ketidakpercayaan masyarakat kepada mahasiswa sebagai jurubicara umat kerana ketandusan isu,idea dan kontang karisma kepimpinan menyebabkan masyarakat mula memandang enteng sumbangan yang bakal diberikan kepada masyarakat dan negara dimasa hadapan.
  • Nilai adab dan tatasusila yang kian meruncing dikalangan mahasiswa terhadap lapisan masyarakat seperti pensyarah, ibubapa dan rakan taulan. Pengaruh hedonisme melampau memburukkan lagi proses pembentukan nilai berasaskan budaya ketimuran dan akhlak islamiyyah.

Keseimbangan IQ,EQ dan SQ

Peri pentingnya keseimbangan ketiga-tiga elemen kecerdasan manusia ini iaitu intellectual quotient (IQ), Emotional quotient (EQ) dan spiritual quotient (SQ) adalah sebagai sumber penampilan imej yang seharusnya dominan dalam kehidupan golongan intelek (mahasiswa) kini. Apa itu IQ,EQ dan SQ?

·     Intellectual quotient merujuk kepada kemampuan intelek,analisa, logik dan rasional. Contoh penggunaan IQ ialah dalam pengiraan matematik , 2+3=5.

·        Emotional quotient merujuk kepada kemampuan mengesan emosi yang dirasai oleh diri sendiri dan orang lain.Contoh penggunaan EQ ialah memahami perasaan bosan apabila berkomunikasi,dapat mengawal perasaan dalam keadaan tertekan.

·      Spiritual quotient merujuk kepada kemampuan memberi makna hakiki (ultimate meaning) kepada setiap tindakan dan pengalaman.Contohnya mengaitkan tuhan dengan amalan seharian (konsep ibadah).

Bagi mahasiswa, seharusnya ketiga-tiga elemen ini dapat diserap dengan penekanan dan pemusatan difokuskan kepada SQ yang bertindak sebagai tunjang kepada IQ dan EQ dalam hidup manusia khususnya pada golongan mahasiswa ini.Namun, mutakhir ini mahasiswa hanya mementingkan unsur IQ yang berjumlah 6% dalam proses pembentukan peribadi manusia sedangkan 94% EQ dan SQ diabaikan.Mereka hanya diuji IQnya melalui peperiksaan lantas menjadikan fokus pembelajaran mereka hanyalah untuk skor didalam peperiksaan,tidak lebih dari itu. Secara tidak langsung,tidak berlaku keseimbangan untuk IQ,EQ dan SQ dalam kehidupan kebanyakan mahasiswa mutaakhir ini. Kita melihat sebenarnya SQ yang menjadi pusat minda dan berkisar tentang hablummillah (hubungan dengan Allah) yang menjadi gesaan agama yang ada didunia supaya kembali kepada Tuhan. Tidakkah dengan mengingati Allah jiwa akan menjadi tenang? Disanalah tergabung jalinnya unsur IQ,EQ dan SQ ini. Lihatlah pada sejarah agung Salahudin Al-Ayubi yang dapat diambil ibrah dari kisahnya yang mengabungkan ketiga elemen ini. Kebijaksanaannya menyusun strategi perang adalah refleksi dari dari IQ yang strategis,sifat prihatin dan belas ehsan kepada musuh iaitu Raja Richard adalah dari emosinya dapat dikawal dengan baik (EQ) dan pertautan hatinya di malam hari bermunajat memohon pertolongan Allah adalah asas SQ yang cemerlang. Inilah resepi pejuang di jalan Allah sepanjang zaman. 

Mahasiswa zikir dan fikir

Penyempurnaan ketiga elemen adalah bergantung kepada methodologi zikir dan fikir yang perlu diadun serentak kearah mahasiswa intelek beretika. Apakah zikir? Ia merujuk kepada membaca,memahami,dan mengambil iktibar serta 'ibrah secara langsung dari ayat-ayat maqruah iaitulah Al-Quran. Manakala fikir difahami sebagai melihat,merenung,dan berfikir tentang ayat manzurah (alam dan ciptaan Allah).

Mahasiswa fikir-zikir perlu dibentuk supaya mereka menjadi golongan yang matang siasah,bijak berstrategi tanpa melupakan pergantungan harap pada Khaliq.Inilah krisis yang menimpa mahasiswa dewasa kini,krisis identiti dan pembentukan jatidiri. Inilah formula ilmuan Islam yang tawazun antara tuntutan hablummillah wa hablumminannas.Tauhidullah menjadi asas yang membolehkan falsafah tarbiah islamiah dapat diaplikasikan dalam kehidupan yang menunjukkan dengan 'fikir' manusia sebagai khalifah akan dipimpin oleh 'zikir'nya sebagai hamba.Pengembalian mahasiswa kepada Islam melalui method zikir-fikir memungkinkan mahasiswa memfokuskan kembali falsafah asal penubuhan universiti sebagai medan cambahan minda dan pembentukan individu. Dengan zikir menjadikannya senantiasa tahu tujuan hidupnya iaitu 'abid dan dengan fikir ia ingat tentang tujuan hidupnya sebagai khalifah. Firman Allah swt :

æóãóÇ ÎóáóÞúÊõ ÇáúÌöäóø æóÇáÅäúÓó ÅöáÇ áöíóÚúÈõÏõæäö

"Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKu" (Az-Zariyat:56)

Juga telah berkata Imam Mawardi:Bangunkan agama dan bersiasahlah (tadbirlah) dunia dengannya.Kedua-duanya memerlukan elemen fikir dan zikir yang perlu digabungjalin untuk diaplikasikan dalam hidup mahasiswa kini.

Budaya Ilmu Yang Tawazun

Pembentukan mahasiswa zikir-fikir juga bergantung kepada content yang perlu difahami dalam bidang keilmuan.Keseimbangan didalam penguasaan ilmu iaitu ilmu wahyu (revealed knowledge) yang merujuk kepada pembangunan insaniah serta modal insan dan penguasaan ilmu aqliah (aqquired knowledge) yang merujuk pembangunan kemajuan (sistem hidup).Contoh terbaik individu seimbang dalam kedua-dua ilmu ini ialah Nabi Muhammad SAW. Kehebatannya dalam pelbagai bidang yang memerlukan kepakaran seperti peperangan, perniagaan, motivasi, kepimpinan,ilmu kekeluargaan dan sebagainya seimbang dengan ilmu wahyu ajaran Jibril as kepada baginda. Disebabkan faktor inilah Rasulullah saw diiktiraf di Barat (Micheal J.Hart) dalam bukunya '100 the most influented person in the world' meletakkan Rasulullah saw berada diranking yang pertama. Pensegmentasian mengikut bidang kepakaran (specialist) tanpa dikukuhkan dengan tunjang utama iaitu agama menjadikan mahasiswa tumpul daya saing,kurang prihatin pada isu semasa dan tiada kesedaran sebagai pendakwah kepada masyarakat. Spesifikasi mereka hanya berlegar disekeliling bidang yang diceburi,tiada added value yang berjalan seiring memandu hala tuju hidup bakal graduan ini.Jurutera dengan dunia pembinaannya, doktor dengan dunia perubatannya, peguam dengan dunia kata-kata dan faktanya semata-mata. Isu protaz (profesional ustaz) atau ulama' profesional perlu diperhalusi oleh institusi pendidikan dewasa kini.Ia dilihat sebagai satu peluang kita untuk memajukan negara yang dibarisi individu dan kelompok yang beretika dan berakhlak selaras dengan tuntutan Islam. Ikrar harian dalam solat perlulah difahami falsafahnya "Sesungguhnya solatku,ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah ,Tuhan semesta alam", sebagai tanda taabudiyah kepadaNya dan sebagai motivasi harian manusia supaya tekun berusaha keranaNya.

Kesimpulan

Sesungguhnya elemen yang dibincangkan didalam kertas kerja ini,elemen 3 Quotient (IQ,EQ,SQ),konsep fikir-zikir dan keseimbangan 'revealed-aqquired knowledge' memerlukan praktikal dari semua pihak yang terlibat dalam misi pembentukan mahasiswa.Ia hanya akan bersifat terlalu idealistik jika ianya hanya dibincang tanpa diambil serius dan diimplementasi oleh pihak terlibat.Seharusnya pembentukan mahasiswa yang menjadi aset masyarakat haruslah digerakkan oleh mahasiswa yang berkesedaran dan faham tentang halatuju sebenar institusi tinggi dinegara kita.Ianya memerlukan tenaga bersama (kolaborasi) antara mahasiswa supaya bergerak didalam satu barisan (jamaah/team) untuk mengangkat kembali martabat tenaga mahasiswa yang disanjungi satu ketika dahulu.Ini kerana tenaga kolektif membawa keberkatan dan kemenangan.Ayuh bangun mahasiswa!

Ahmad Asyraf Shari


Posted at 11:25 am by Laman_Cordova

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry