MENCARI PERMATA CORDOVA..







Laman_Cordova


Bismillahirrahmanirrahim, salam sejahtera sahabat teman yang saya hormati, semoga kalian beroleh sedikit permata ilmu yang dikongsi bersama..

Ahmad Asyraf Shari
-December 30th-21 tahun
-0129533884-smileaas@yahoo.com


Pesan Assyahid Hasan AlBanna

7 Kekuatan umat islam :

- kekuatan iman

- kekuatan ilmu

- kekuatan jihad

- kekuatan kesihatan

- kekuatan harta

- kekuatan harga diri&maruah

- kekuatan keadilan.




MASA ITU PERMATA BERHARGA






   
   

<< July 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31


  


 ARTIKEL TERDAHULU


WASIAT HASAN AL-BANNA


TAJDID DALAM MASYARAKAT ISLAM

DIABOLISME INTELEKTUAL

REALITI KEHIDUPAN MASYARAKAT BARAT

UNTUKMU MUJAHIDAH SEJATI

AL-URUF SEBAGAI SUMBER HUKUM

KESAN PENJAJAHAN PADA EPISTEMOLOGI ISLAM

SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH

MENJANA PENGHASILAN GENERASI DAKWAH

PROSES REENGINEERING IMEJ MAHASISWA

KERTAS KERJA HAKIKAT IFC

ENAM TOPI DE BONO

ISLAMOPHOBIA: INDOKTRINISASI BARAT YANG BERJAYA?

QAEDAH SULBAH SATU KEPERLUAN

KEPENTINGAN UKHWAH DALAM PERJUANGAN

MAHASISWA MINDANYA PERLU BEBAS

TAFSIR AL-IKHLAS 1

TAFSIR AL-IKHLAS 2

6 KASUT BERTINDAK DE BONO

APA ITU AQIDAH?

SELAMAT TAHUN BARU 2007

DAEI DAN FIQHUL WAQI' 1

DAEI DAN FIQHUL WAQI' 2



 RAKAN SEPERJUANGAN


ALUMNI SMKA FALAHIAH

FIKIR AMIN IDRIS

STUDENT POWER

SHARINGAN ALHAFIZ

KITARO BECKHAM

ANJUNG HIJAU ABE NAPI

PENASALJU ABE JA

PULAUHARAPAN FADHIL

AIMI NABIHAH

BINGKISAN ROHANI

PERMATA PERLIS

TEAM KUIM

CAHAYA LAUZAIE

LAMAN MUNAWWARAH


 LINK BERMANAFAAT


DIARI SEORANG MUJAHID

SAIFULISLAM

PARANG TUMPUL

ROSLAN SMS CORNER

UNIMALAYA TODAY

INFO DAKWAH

PMI UNIMALAYA

IKATAN STUDI ISLAM UKM

PMI UNITEKNOLOGI MALAYSIA

ANTI-RUFAQA'


 DOWNLOAD BAHAN BACAAN


ASAS AKHLAK DALAM HARAKAH

DASAR DASAR ISLAM

ADAB PERGAULAN

DAKWAH FARDIYYAH

AMAL ISLAMI 1

ANTARA SEMALAM&HARI INI

CARA HIDUP ISLAM

FIQHUSSUNAH 1

FIQH SIRAH 1

SYARAH USUL 20

TANGGUNGJAWAB PEMUDA

TABARRUJ



 TAFSIR FI ZILALILQURAN


SURAH AL-FATIHAH

SURAH AL-MUZAMMIL

SURAH AL-MUDASSIR

SURAH AL-MUTAFFIFIN

SURAH AL-TARIQ

SURAH AL-A'LA

SURAH AL-GHASIYAH

SURAH AL-INSYIRAH

SURAH AD DHUHA



 RISALAH TSULASA'


RISALAH TSULASA' 1

RISALAH TSULASA' 2

RISALAH TSULASA' 3

RISALAH TSULASA' 4

RISALAH TSULASA' 5

RISALAH TSULASA' 6

RISALAH TSULASA' 7

RISALAH TSULASA' 8



::: MENYOROTI CORDOVA :::

Cordova di Sepanyol pernah menjadi ibu kota sebuah kerajaan Islam dibawah pemerintahan Bani Umayyah.Hal itu terjadi sejak 750 M setelah Bani abbasiyyah menakluki Bani Umayyah di Damsyik. Sebenarnya Islam sudah sampai di Cordova pada 711 M lagi setelah tariq Bin Ziad melakukan perluasan wilayah ke Sepanyol atas perintah Musa Bin Nusair, gabenor Afrika Utara ketika itu dibawah al-Walid 1 daripada kerajaan Umaiyah. Tariq dengan mudah menguasai wilayah Sepanyol seperti Toledo,Sevilla, Malaga,Elvira dan Cordova. Ketika pemerintahan bani Umayyah masih berkuasa di damsyik, Toledo dijadikan ibu kota di Sepanyol.Namun, setelah digulingkan oleh Bani Abbasiyyah, Bani Umayyah membina pemerintahan di Sepanyol dan menjadikan Cordova sebagai ibu kota dibawah pemerintahan Abdurrahman al-Dakhil (Abdurrahman 1). Sejak itu Cordova mengalami kemajuan. Apabila berlaku perpecahan Islam di Sepanyol, Cordova jatuh ke tangan Kristian dan Islam dihapuskan secara paksa.Kini, Cordova merupakan ibu kota sebuah wilayah yang mempunyai nama yang sama di Sepanyol. Luas wilayahnya 13727km dan didiami sekitar 782000 orang. Marilah kita bersama mencari permata tinggalan kota Cordova?

Sumber : Insklopedia Islam untuk pelajar

   



THE 7 HABITS OF HIGHLY EFFECTIVE PEOPLE (BY STEPHEN R.COVEY)

Habit 1 : be proactive

Habit 2 : begin with the end in mind

Habit 3 : Put first things First

Habit 4 : Think Win-win

Habit 5 : Seek first to understand then to be understood

Habit 6 : synergize

Habit 7 : Sharpen the saw




7 TABIAT ORANG YANG AMAT BERKESAN (OLEH STEPHEN R.COVEY)

Tabiat 1 : Jadilah proaktif

Tabiat 2 : Mula dengan mengingati matlamat

Tabiat 3 : Buat perkara pertama dahulu

Tabiat 4 : Fikirkan menang-menang

Tabiat 5 : Cuba memahami dahulu, kemudian cuba untuk difahami

Tabiat 6 : Bersinergi

Tabiat 7 : Tajamkan gergaji





:::: HADIS AKHIR ZAMAN :::

Daripada Abu Hurairah r.a berkata : Bersabda Rasulullah saw " Islam bermula dengan dagang (asing) dan kembali dalam keadaan asing pula.Maka beruntunglah orang-orang yang asing"
Hadis Riwayat Muslim


ISLAM ADALAH CARA HIDUP KITA


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed
July 21, 2006
SURUHANJAYA ANTARA AGAMA : SATU ANCAMAN

KERTAS KERJA HAKIKAT SEBENAR SURUHANJAYA ANTARA AGAMA IRC/ ICM

PERSATUAN MAHASISWA ISLAM UM

MUQADDIMAH

Suruhanjaya Antara Agama atau dikenali sebagai IRC telah lama dicadangkan di peringkat Majlis Peguam Malaysia (MPM) dan dicadangkan untuk dilancarkan pada 24 dan 25 Februari 2005 yang lepas. Cadangan untuk menubuhkan Majlis Antara Agama (nama asal) yang dibawa oleh sekumpulan pertubuhan agmaa dan bukan kerajaan telah mendapat tentangan dari pelbagai pihak termasuk pertubuhan Islam dan kerajaan sendiri.

IRC merupakan hasil perancangan antara Majlis Perundingan Agama-agama bukan Islam (MCCBCHS) dengan Majlis Peguam Malaysia (MPM). Dengan agenda menyamaratakan semua agama, The Bar Council (MPM) memayungi beberapa pertubuhan untuk berlindung di bawah mereka malah penubuhan ICM ini hanyalah usaha untuk memusnahkan ketuanan dan keutuhan Islam. Di belakang MPM, satu badan pertubuhan dari Jerman iaitu Konrad Adenaeur Faundation (KAF) menjadi penaung termasuk dari sudut idea dan kewangan.

Apa yang lebih digeruni adalah umat Islam yang menerajui pemerintahan negara menyambut baik kehadiran IRC ini. Penganjur IRC bekerja keras untuk mendapatkan restu dari pucuk pimpinan negara dengan mengaburi mata masyarakat iaitu dengan menjemput pimpinan negara bersama-sama merasmikan IRC ini selepas menyedari tentangan berterusan daripada masyarakat. Menteri Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan, Dato' Seri Mohd Rais Yatim dalam ucaptama beliau, merasmikan persidangan ICM di Hotel Equatorial, Bangi menyatakan baginya tidak ada halangan untuk menubuhkan ICM. Katanya lagi, penubuhan majlis ini akan membantui halatuju yang seragam dan persefahaman antara agama selain menggalakkan amalan hidup secara harmoni semua penganut agama. Menurutnya lagi, penubuhan IRC ini selaras dengan pelaksanaan konsep Islam Hadhari yang mahu rakyat hidup dalam suasana harmoni.

Ujarnya lagi, denagn adanya ICM semua penganut agama boleh menganjurkan dan mengahdiri perayaan pelbagai agama dan lebih ekstrem lagi, beliau mengeluarkan kenyataan yang jelas bertentangan dengan akidah Islam yang membawa kepada penghinaan agam Islam sendiri, " Tiada mana-mana penganut agama yang boleh menyatakan bahawa agama mereka lebih baik dari agama lain".

KENAPA PERLU HENTIKAN ICM

Agenda ICM sebenarnya ingin memusnahkan Islam dan persefahaman kaum di Malaysia ini. Antara faktor yang meyebabkan ICM ini terpakasa ditangguhkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi setelah menghidu agenda sebenar IRC dan mendapat desakan yang padu dari umat Islam seluruhnya dan dari parti Pembangkang, PAS ialah:

Menghina Islam

Meneliti tentatif program, pembentang kertas kerja merupakan orang yang banyak menimbulkan kontroversi tentang Islam, malah pernah secara tidak beradab mempertikai isu-isu asas dalam Islam, misalnya Malek Imtiaz, Haris Fathillah (selalu memberi ucapan tentang murtad dalam perjumpaan Majlis Peguam), Leonard Teoh (peguambela yang mewakili Aishah Bukhari dalam isu murtad), dan seorang wakil Sisters in Islam. Antara fungsi utama IRC nanti ialah mengadakan satu mekanisme untuk menyelesaikan masalah antara agama, misalnya hak orang Islam untuk murtad, dan ini tentulah tidak dapat dibiarkan begitu saja oleh orang Islam.

Presiden MCCBCHS (Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism and Sikhism), V Harcharan Singh, secara terus terang dalam wawancara TheSun weekend, 29 Januari lalu, menimbulkan hal-hal sensitif ini, termasuk keperluanorang Islam diberi hak murtad. Kenyataan itu sebenarnya adalah lanjutan daripadamemorendum "anti-Islam" majlis berkenaan kepada Majlis Peguam, yang kemudiannya mencetuskan idea penubuhan IRC. Harcharan juga mengkritik pihak penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) atas tindakan menahan orang-orang Islam yang melakukan kerja-kerja bertentangan dengan agama, di sebuah kelab malam baru-baru ini. Beliau mempersoal kuasa JAWI untuk berbuat demikian, bukan lagi sekadar mengkritik kaedah penahanan dilakukan. Baginya, isu-isu berkaitan moral harus dibiarkan kepada keluarga dan individu sahaja.

Bukan itu sahaja IRC yang dicadang itu seperti dimaklumkan penganjurnya, Malek Imtiaz Sarwar bukanlah satu badan yang prihatin dalam hal ehwal mempraktikkan agama, tetapi mementingkan hak asasi manusia tentang agama, seperti hak keluar dari agama, hak mempersoal mana-mana agama, tidak kira sama ada mereka penganut agama berkenaan atau tidak. Sehinggakan perlu diwujudkan pendaftar Murtad di setiap mahkamah rendah atau tinggi.

Membelakangi Kuasa Yang Di Pertuan Agong

Menurut Ketua Penerangan Dewan pemuda PAS Pusat Wilayah Persekutuan, Herman Samsudden, penubuhan ICM ini sebenarnya telah membelakangi kuasa DYMM Yang Di Pertuan Agong sebagai ketua agama di negara ini. Tindakan ini secara sedar atau tidak telah membelakangi urusan Majlis raja-Raja Melayu yang sepatutnya berhak ke atas hal ehwal umat Islam. Menurut beliau lagi, sekiranya sesuatu penubuhan yang bertitik tolak kepadac agama Islam atau yang menyentuh agama Islam seharusnya melibatkan pengetahuan pihak Majlis Raja-raja, mufti dan ulama'. Selain itu, DPPWP tidak mengiktiraf Sisters In Islam dan Majlis peguam Malaysia sebagai wakil umat islam di negara ini dalam membahaskan isu atau cadangan menubuhkan ICM kerana bukan di kalangan Ulama'.

IRC bakal Memusnahkan keharmonian berbilang kaum

Walaupun usaha menubuhkan Majlis Antara Agama (IRC) ditentang hebat masyarakat Islam namun satu persidangan bertaraf nasional telah diadakan Februari lepas. Penganjur giat melobi untuk mendapat sokongan kerajaan. Persidangan ini sengaja mempersoalkan beberapa prinsip asas Islam. Idea asal IRC tercetus dari memorandum dan desakan Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh (MCCBCHS) yang diserahkan kepada Majlis Peguam. Kini ia dijuarai Majlis Peguam sendiri. Agama dalam kad pengenalan. Keseluruhan memorandum MCCBCHS bertarikh 21Ogos2001 itu berbau anti-Islam. Antara aduan dan tuntutan mereka ialah:

· Orang Islam hendaklah diberi hak untuk murtad. Supaya dapat berbuat demikian,
mahkamah sivil dan bukanlah badan berkuasa syariah, yang berhak menuntut kebebasan untuk murtad sebagai satu aspek kebebasan agama yang diperuntukkan oleh Perlembagaan bagi orang Islam.

· Definisi Muslim dalam undang-undang negeri adalah amat luas dan tidak mematuhi Perlembagaan. Usaha yang dibuat oleh badan-badan berkuasa syariah adalah melampau dan boleh dipertikai.

· Kad pengenalan orang Islam sepatutnya tidak mencatatkan agama mereka.

· MCCBCHS dan juga beberapa orang dalam Majlis Peguam, serta jawatankuasa kecil hak asasi manusia di bawahnya, tidak peduli dan sensitif dengan hakikat bahawa: Bukan Islam tidak berhak membangkitkan isu-isu yang hanya menyentuh orang Islam sahaja dan juga ajaran Islam.

· Ada cadangan supaya IRC boleh bertindak seperti mahkamah, iaitu memutuskan masalah yang timbul antara orang Islam dan bukan Islam dan juga antara sesama Islam, sehingga menguatkuasakan hukumannya. Ertinya, badan yang dianggotai orang Islam dan bukan Islam ini boleh memutuskan bahawa orang Islam mempunyai hak untuk murtad

Berselindung atas Nama Kemanusiaan

Memorandum itu juga berselindung atas nama kemanusiaan. Hujah mereka, ramai yang menganut Islam secara terpaksa kerana mahu berkahwin. Apabila gagal dalam perkahwinan akan menghadapi masalah besar untuk kembali kepada agama asal, dan terpaksa menanggung kesusahan.Namun, jika alasan ini diterima maka kemudiannya, alasan-alasan lain juga akan didesak untuk diterima.

Golongan tertentu dalam Kristian dikatakan giat berusaha menubuhkan IRC sambil memperkudakan agama-agama lain yang sendiri terkilan kerana penganut mereka dipengaruhi Kristian. Tiada kompromi terhadap sebarang usaha untuk mempersoalkan prinsip asas Islam, yang tidak terpakai kepada bukan Islam, dan menyentuh orang Islam sahaja, tidak kira sama ada saudara baru atau dilahirkan sebagai Muslim. Mereka berhak memperdebatkan ajaran agama mereka sahaja dan tidak mempersoalkan ajaran agama-agama lain, apatah lagi jika ia ditimbulkan demi kepentingan mereka.

Cuba bayangkan senario ini nanti: Jika orang Islam pun mencabar ajaran Kristian, misalnya patung yang digantung atas salib adalah Jesus Christ, iaitu Nabi Isa kepada orang Islam.Islam menafikan Nabi Isa mati disalib. Oleh itu, adakah orang Islam boleh mendesak agar patung itu dikeluarkan, salib saja boleh pakai?
Begitu juga berkaitan Sikh,yang dalam kitab mereka merujuk Tuhan sebagai Allah. Apa akan jadi apabila umat Islam menggesa supaya istilah Allah itu digantikan dengan nama tuhan yang lain?

Peranan Konrad Adenaeur Foundation (KAF)

Satu lagi perkembangan kurang sihat dalam hal berkaitan adalah campur tangan Peter Schier, Pengarah Konrad Adenauer Foundation (KAF) Malaysia, dengan memberi bantuan kewangan, bagi mempromosikan aktiviti seumpama itu. Awal-awal lagi satu kumpulan Muslim menjelaskan sikap penentangan mereka kepadanya, terutama campurtangannya sebagai orang asing dalam masalah agama di Malaysia. Ketika itu beliau beranggapan penubuhan IRC adalah tidak sesuai, bukan disebabkan ia bersifat anti-Islam, tetapi kerana masalah rumit dalam perlantikan wakil-wakil untuk setiap agama.Kini jelas beliau tidak bercakap benar!Peter Schier terbabit dalam beberapa aktiviti yang memberi gambaran buruk kepada Islam.Beliau pernah menganjurkan persidangan Etika Global,yang merupakan satu konsep sekular,bertujuan menggantikan agama sebagai sumber ajaran moral dan etika.Beliau mengambil ajaran-ajaran bersamaan dari semua agama, yang digabungkan semuanya menjadi sumber utama etika dan moral, manakala agama kemudiannya diketepikan.

Dalam kegiatan yang sama beliau juga menayangkan satu dokumentari mengenai Etika Global. Di dalamnya ada beberapa aspek yang memberi gambaran buruk kepada Islam. Ini ditentang beberapa tokoh Islam terkemuka seperti Prof Kamal Hassan dan pemimpin ABIM. Beliau turut menjadi editor bersama buku bertajuk "Is Malaysia an Islamic State?" yang mana beberapa isu-isu bertentangan dengan kedudukan Islam di Malaysia telah diheboh-hebohkan?

Peter Schier dikatakan pakar dalam campurtangan masalah politik di negeri beliau bertugas. Pada tahun 90-an, semasa beliau di Kemboja sebagai wakil KAF, beliau telah diserang oleh beberapa pihak di sana kerana campurtangannya dalam hal ehwal politik negara itu. Sekarang nampaknya beliau melakukan kerja yang sama di Malaysia.Tepat sekali digambarkan beliau sebagai "cultural saboteuer" (pakar sabotaj budaya). Kerajaan digesa supaya meninjau gerak-gerinya yang sentiasa memasukkan pendirian "anti-Islam" melalui kegiatan KAF di negara ini sebelum tercetus tragedi tidak diingini.

Aktiviti Promosi IRC

Selepas mendapat memorandum MCCBCHS, Majlis Peguam pada 8 Disember 2001 mengadakan festival hak asasi yang bertemakan Hak Kebebasan Agama. Majlis juga menerbitkan satu keluaran khas INSAF (buletin Majlis Peguam) tentang hak kebebasan agama menurut perspektif semua agama. Anehnya, agama lain digambarkan tiada khilaf tentang kebebasan agama dengan menerbitkan satu artikel saja untuk agama-agama itu, tapi bagi Islam pula ada tiga artikel khusus supaya menunjukkan khilaf; dua oleh Sisters In Islam dan satu oleh Ustaz Abdul Ghani Shamsudin dari PUM. Jawatankuasa kecil Syariah menulis beberapa surat kepada Majlis Peguam, menegaskan penentangan mereka kepada IRC.

Pada 17 Mei 2003, dianjurkan bengkel hak kebebasan agama. Beberapa NGO Islam seperti ABIM, ACCIN dan juga JUST serta Sisters in Islam menarik diri dari bengkel ini. Dalam konferens undang-undang Persatuan Peguam, isu hak murtad ditimbulkan beberapa kali sehingga ada beberapa hakim mengeluarkan kata-kata yang bertentangan dengan ajaran Islam mengenai murtad. Akhir Februari lepas, mereka telah merancang satu persidangan kebangsaan bagi mendirikan IRC.
Draf undang-undang penubuhannya telah siap. Badan-badan Islam dinasihati supaya
tidak mendekati secara apa pun persidangan ini.

Tipu Helah

Majlis Peguam seolah-olah dalam keadaan terdesak bagi mendapatkan penglibatan orang Islam dalam mendirikan IRC. Justeru, mereka terpaksa melakukan apa saja untuk menunjukkan IRC mendapat sokongan orang Islam. Antaranya, nama-nama individu Islam yang telah begitu lama menarik diri dan tidak menghadiri mesyuarat untuk mendirikan IRC, masih dikekalkan dalam minit perjumpaan itu seolah-olah mereka mengambil bahagian aktif. Manakala AJK Syariah dimasukkan ke dalam IRC tanpa persetujuan mereka.

Dalam jawatankuasa penubuhan IRC, agama-agama lain diwakili seorang saja, tetapi untuk Islam diwakili pelbagai pihak yang bertentangan, yakni ACCIN (pendapat arus perdana Islam), kumpulan Kassim Ahmad(diwakili Sham Haris Fadhillah), Sisters in Islam dan Dr Chandra Muzaffar (yang berpendapat orang Islam harus diberi hak murtad).Tujuannya bagi menunjukkan dalam Islam ada pelbagai pendapat tentang murtad, selain melaga-lagakan pihak yang bertentangan itu. Walhal agama-agama lain juga mempunyai pertentangan yang ketara, tetapi dengan diwakili seorang saja seolah-olah agama-agama bukan Islam itu sepakat. Ini jelas satu pembohongan selain menimbulkan fitnah terhadap Islam.

PENUTUP

Islam merupakan Agama Samawi yang diturunkan Allah S.W.T kepada umat manusia bagi memberi panduan hidup dunia dan akhirat. Adapun agama-agama samawi lain seperti yang terkandung dalam kitab Taurat dan Injil, namun agama yang hanya diiktiraf oleh Allah S.W.T adalah agama Islam. Agama-agama lain telah banyak mengalami perubahan dek kerana tuntutan hawa nafsu sedangkan Islam dijaga kesuciannya oleh yang Maha Pencipta. Firman Allah S.W.T dalam surah Ali Imran;

ﺇﻦﺍﻠﺪﻴﻦﻋﻧﺪﺍﷲﺃﻹﺴﻼﻢ

" Sesungguhnya agama yang disisi (diredhai) Allah adalah Islam"

Firman Allah S.W.T lagi;

ﺇﻧﺎﻧﺤﻦﻧﺰﻠﻧﺎﺍﻠﺬﻜﺭﻮﺇﻧﺎﻠﻪﻠﺤﻔﻈﻮﻦ
" Sesungguhnya Kami yang menurunkan Az-Zikr (Al-Quran) dan Kamilah yang akan menjaganya"

Dengan itu semakin hari semakin ramai di kalangan musuh Allah yang mula membenci Islam secara terang-terangan dan menzahirkan kebencian mereka melalui jalan rasmi dan pandangan masyarakat seolah-olah dikaburi oleh pelbagai janji dan alasan yang logik mengikut akal fikiran manusia yang tanpa bimbingan wahyu. Salah satunya adalah dengan menubuhkan IRC ini bagi menggalakkan umat Islam keluar dari Islam dengan sewenang-wenangnya. Selain itu terdapat lagi gerakan-gerakan yang ingin menghancurkan Islam seperti gerakan Missionary yang mempunyai kelab mereka tersendiri malah kukuh menjalankan aktivitinya di negara kita seperti Kelab Rotary Malaysia dan Kelab Lion King Malaysia. Allah S.W.T telah berfirman dalam surah Al –Baqarah;

ﻮﻠﻦﺗﺮﻀﻰﻋﻧﻚﺍﻠﻴﻬﻮﺪﻮﻻﺍﻠﻧﺼﺮﻯﺤﺗﻰﺗﺗﺒﻊﻤﻠﺗﻬﻢ

" Tidak akan sesekali redha yahudi dan tidak akan Nasrani (kepada umat islam) sehingga umat islam mengikut mereka".

Ada yang menyatakan bahawa penyamarataan agama mampu mencapai kesefahaman yang jitu dalam kehidupan intergriti di Malaysia. Oleh itu, pihak yang sangat membenci Islam ini mengambil ruang dan peluang dengan bertopengkan umat islam yang jahil ini demi meneruskan rancangan jahat mereka ingin menghancurkan islam. Ingatlah bahawa Nabi Muhammad S.A.W juga pernah membangunkan Islam di dalam masyarakat majmuk yang lebih banyak suku dan keturunan serta bangsa yang berbeza. Tetapi, tidak pernah sekalipun timbul isu yang menyebabkan keharmonian itu tergugat. Nabi S.A.W pernah bersabda;

ﻹﺳﻶﻢﻴﻌﻠﻭﻭﻻﻴﻌﻠﻰﻋﻠﻳﻪ

"Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi melainkan Islam

Justeru, penyamarataan antara agama merupakan salah satu agenda yahudi dan nasara yang ingin melihat kejatuhan Islam ketika mana umat islam sedang leka dengan salah satu lagi agenda mereka iaitu perang pemikiran dengan menghidangkan pelbagai hiburan kepada umat Islam. Wahai umat islam, sedarlah… bangkitlah segera. Sekarang bukan lagi masanya untuk bertelagah antara parti politik, tetapi sekarang adalah masanya kita perlu mengembalikan Islam ke tempat asalnya. Kerana Islam sekarang semakin hari semakin ditindas oleh musuh-musuh Allah kerana kejahilan dan kelalaian umat Islam. Ayuh, marilah bersama menegakkan Islam di muka bumi ini. Jangan biarkan kelompangan dan kelemahan diri kita dimanipulasikan oleh musuh Allah.

 

 

 


Posted at 08:16 pm by Laman_Cordova

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry