" Hari ini hari mesyuarat Persatuan Fakulti Kejuruteraan Elektronik pada jam 9mlm di bilik mesyuarat Fakulti. Anda diminta hadir ke mesyuarat tersebut"
Begitulah antara cetusan pelbagai mesej yang diterima oleh Laman Cordova untuk hadir ke meeting persatuan atau apa2 proksi.Jika difikir kembali kadangkala membosankan jika meeting dilaksanakan tanpa tercapai matlamat yang kehendaki. Yelah, berbincang tanpa ada GOAL yang jelas umpama sembang kemas atau cakap atas angin,tak membumi, tidak jelas.

Pernah laman cordova membaca buku " Belajar berfikir",karangan Ainon Mohd&Abdullah Hasan, satu persoalan yang suka untuk laman cordova kongsikan dengan sahabat sekalian tentang teori 6 topi berfikir Edward de Bono. Teori ini agak signifikan dengan pengurusan daya pemikiran dalam mesyuarat iaitu setiap individu ada gaya berfikir masing2 untuk menvariasikan method perbincangan dan mendasari isu dari segenap sudut. Ya, walapun teori ini datang dari BARAT namun tiada salahnya kita aplikasikannya jika mendatangkan maslahah tanpa melampaui batas syariat.
Apa teori enam topi berfikir de Bono? Ia membahagikan setiap topi pada individu berbeza untuk membawa watak yang berbeza. Jenis topi berwarna de Bono ini antaranya ialah :
PERTAMA Topi hijau : bayangkan bumi yang subur,pohon yang menghijau. Topi hijau lambang kreatif&konstruktif.Bila pakai topi ini ia amat berminat dengan idea baru,alternative, bersifat proaktif bukan reaktif.Suka bertanya,menyoal dan mencabar.
KEDUA Topi putih : bayangkan kertas putih kosong. Ia adalah maklumat semata2,tiada tafsiran, tiada emosi, dan hanya pentingkan maklumat dalam berdiskusi.
KETIGA Topi Biru : Bayangkan langit membiru,tinggi. Maka, topi biruberfikir tentang berfikir. Ia mengawal topi2 yang lain,biasanya dimiliki oleh Pengerusi majlis.
KEEMPAT Topi hitam : bayangkan malam yang gelap. Topi hitam topi yang kritikal, pemikiran negative.Ia menghindarkan kita dari melakukan kesilapan dan sifatnya sentiasa mencari salah. Seeloknya gunanya dengan kadar yang minimum.
KELIMA Topi kuning: bayangkan pagi yang cerah. Ia akan membawa pemikiran yang optimis, positif dan cuba mengeluarkan idea secara positif.
KEENAM topi merah : melambangkan perasaan. Ia mengambil kira perihal perasaan dan kesannya pada pelaksana sesuatu pekerjaan.Menilai dengan belas ihsan dan reaksi umum.
Ini antara teori de Bono tentang 6 topi berfikir yang Laman Cordova ingin kongsikan bersama.Insyaallah, jika ada kelapangan kita akn berbincang pula tentang teori 6 kasut bertindak pula.Segala yang baik datangnya dari ALLAH dan boleh diambil pengajarannya,yang lemah kelemahan kita bersama, akuilah dan perbaikilah ia. Selamat bermesyuarat!!