MENCARI PERMATA CORDOVA..







Laman_Cordova


Bismillahirrahmanirrahim, salam sejahtera sahabat teman yang saya hormati, semoga kalian beroleh sedikit permata ilmu yang dikongsi bersama..

Ahmad Asyraf Shari
-December 30th-21 tahun
-0129533884-smileaas@yahoo.com


Pesan Assyahid Hasan AlBanna

7 Kekuatan umat islam :

- kekuatan iman

- kekuatan ilmu

- kekuatan jihad

- kekuatan kesihatan

- kekuatan harta

- kekuatan harga diri&maruah

- kekuatan keadilan.




MASA ITU PERMATA BERHARGA






   
   

<< April 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30


  


 ARTIKEL TERDAHULU


WASIAT HASAN AL-BANNA


TAJDID DALAM MASYARAKAT ISLAM

DIABOLISME INTELEKTUAL

REALITI KEHIDUPAN MASYARAKAT BARAT

UNTUKMU MUJAHIDAH SEJATI

AL-URUF SEBAGAI SUMBER HUKUM

KESAN PENJAJAHAN PADA EPISTEMOLOGI ISLAM

SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH

MENJANA PENGHASILAN GENERASI DAKWAH

PROSES REENGINEERING IMEJ MAHASISWA

KERTAS KERJA HAKIKAT IFC

ENAM TOPI DE BONO

ISLAMOPHOBIA: INDOKTRINISASI BARAT YANG BERJAYA?

QAEDAH SULBAH SATU KEPERLUAN

KEPENTINGAN UKHWAH DALAM PERJUANGAN

MAHASISWA MINDANYA PERLU BEBAS

TAFSIR AL-IKHLAS 1

TAFSIR AL-IKHLAS 2

6 KASUT BERTINDAK DE BONO

APA ITU AQIDAH?

SELAMAT TAHUN BARU 2007

DAEI DAN FIQHUL WAQI' 1

DAEI DAN FIQHUL WAQI' 2



 RAKAN SEPERJUANGAN


ALUMNI SMKA FALAHIAH

FIKIR AMIN IDRIS

STUDENT POWER

SHARINGAN ALHAFIZ

KITARO BECKHAM

ANJUNG HIJAU ABE NAPI

PENASALJU ABE JA

PULAUHARAPAN FADHIL

AIMI NABIHAH

BINGKISAN ROHANI

PERMATA PERLIS

TEAM KUIM

CAHAYA LAUZAIE

LAMAN MUNAWWARAH


 LINK BERMANAFAAT


DIARI SEORANG MUJAHID

SAIFULISLAM

PARANG TUMPUL

ROSLAN SMS CORNER

UNIMALAYA TODAY

INFO DAKWAH

PMI UNIMALAYA

IKATAN STUDI ISLAM UKM

PMI UNITEKNOLOGI MALAYSIA

ANTI-RUFAQA'


 DOWNLOAD BAHAN BACAAN


ASAS AKHLAK DALAM HARAKAH

DASAR DASAR ISLAM

ADAB PERGAULAN

DAKWAH FARDIYYAH

AMAL ISLAMI 1

ANTARA SEMALAM&HARI INI

CARA HIDUP ISLAM

FIQHUSSUNAH 1

FIQH SIRAH 1

SYARAH USUL 20

TANGGUNGJAWAB PEMUDA

TABARRUJ



 TAFSIR FI ZILALILQURAN


SURAH AL-FATIHAH

SURAH AL-MUZAMMIL

SURAH AL-MUDASSIR

SURAH AL-MUTAFFIFIN

SURAH AL-TARIQ

SURAH AL-A'LA

SURAH AL-GHASIYAH

SURAH AL-INSYIRAH

SURAH AD DHUHA



 RISALAH TSULASA'


RISALAH TSULASA' 1

RISALAH TSULASA' 2

RISALAH TSULASA' 3

RISALAH TSULASA' 4

RISALAH TSULASA' 5

RISALAH TSULASA' 6

RISALAH TSULASA' 7

RISALAH TSULASA' 8



::: MENYOROTI CORDOVA :::

Cordova di Sepanyol pernah menjadi ibu kota sebuah kerajaan Islam dibawah pemerintahan Bani Umayyah.Hal itu terjadi sejak 750 M setelah Bani abbasiyyah menakluki Bani Umayyah di Damsyik. Sebenarnya Islam sudah sampai di Cordova pada 711 M lagi setelah tariq Bin Ziad melakukan perluasan wilayah ke Sepanyol atas perintah Musa Bin Nusair, gabenor Afrika Utara ketika itu dibawah al-Walid 1 daripada kerajaan Umaiyah. Tariq dengan mudah menguasai wilayah Sepanyol seperti Toledo,Sevilla, Malaga,Elvira dan Cordova. Ketika pemerintahan bani Umayyah masih berkuasa di damsyik, Toledo dijadikan ibu kota di Sepanyol.Namun, setelah digulingkan oleh Bani Abbasiyyah, Bani Umayyah membina pemerintahan di Sepanyol dan menjadikan Cordova sebagai ibu kota dibawah pemerintahan Abdurrahman al-Dakhil (Abdurrahman 1). Sejak itu Cordova mengalami kemajuan. Apabila berlaku perpecahan Islam di Sepanyol, Cordova jatuh ke tangan Kristian dan Islam dihapuskan secara paksa.Kini, Cordova merupakan ibu kota sebuah wilayah yang mempunyai nama yang sama di Sepanyol. Luas wilayahnya 13727km dan didiami sekitar 782000 orang. Marilah kita bersama mencari permata tinggalan kota Cordova?

Sumber : Insklopedia Islam untuk pelajar

   



THE 7 HABITS OF HIGHLY EFFECTIVE PEOPLE (BY STEPHEN R.COVEY)

Habit 1 : be proactive

Habit 2 : begin with the end in mind

Habit 3 : Put first things First

Habit 4 : Think Win-win

Habit 5 : Seek first to understand then to be understood

Habit 6 : synergize

Habit 7 : Sharpen the saw




7 TABIAT ORANG YANG AMAT BERKESAN (OLEH STEPHEN R.COVEY)

Tabiat 1 : Jadilah proaktif

Tabiat 2 : Mula dengan mengingati matlamat

Tabiat 3 : Buat perkara pertama dahulu

Tabiat 4 : Fikirkan menang-menang

Tabiat 5 : Cuba memahami dahulu, kemudian cuba untuk difahami

Tabiat 6 : Bersinergi

Tabiat 7 : Tajamkan gergaji





:::: HADIS AKHIR ZAMAN :::

Daripada Abu Hurairah r.a berkata : Bersabda Rasulullah saw " Islam bermula dengan dagang (asing) dan kembali dalam keadaan asing pula.Maka beruntunglah orang-orang yang asing"
Hadis Riwayat Muslim


ISLAM ADALAH CARA HIDUP KITA


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed
April 27, 2006
TAJDID DALAM MASYARAKAT ISLAM

Assalamualaikum, tulisan kecil saya ini adalah mengupas sekitar persoalan tajdid dalam masyarakat Islam dewasa kini disamping pengenalan kepada mujaddid sepanjang kurun. Perlu disedari bahawa golongan pemuda,mahasiswa dan ulama' bertanggungjawab mentajdid ummah yang kian terhakis iman dan akhlak islamnya lantaran serangan bidaah terbesar zaman ini iaitu sekularisme. Mudah-mudahan ianya menjadi permata kita bersama,Insyaallah (Ahmad Asyraf Shari )


PARADIGMA AMAN : TAJDID DALAM MASYARAKAT ISLAM

Tulisan ini memberi pemfokusan kepada bidang usul fiqh dan bidang yang signifikan dengannya. Pada kali ini, penulis ingin membincangkan serba sedikit berkenaan dengan ' Tajdid dan keperluan masa kini' . Perbincangan akan  berkisar berkenaan bab tajdid, tabdid, ibtida' dan tajaddud serta elemen berkenaan yang sesuai untuk diadaptasi dan diasimilasi dalam thaqafah kita sebagai pendokong Harakah Islamiah. Disamping bertindak sebagai benteng hujahan golongan intelektual simplistik yang bersifat taassuf dalam mempelopori dunia keilmuan Islam mutaakhir ini. Contohnya seperti pendokong Islam Liberal yang lantang mempersoalkan kewibawaan Imam al-Ghazali sebagai hujjatul Islam hanya kerana Imam al-Ghazali mengkritik idealisme falsafah yang didokong oleh Ibnu Sina dan al-Farabi. Mahupun IRC atau nama terbarunya IFC ( Interfaith Commision) yang mempersoalkan kembali perkara usul dan hukum qat'ie didalam Islam serta jelas mempermainkan isu Islamic status  bagi umat Islam yang harus difleksibel dan sebagainya.

PENAKRIFAN TAJDID DAN TABDID

Tajdid dan tabdid merupakan dua perkataan kontra dari sudut etimologi yang hendaklah di ketahui oleh setiap individu Muslim supaya tidak tergelincir dari landasan al-fiqh itu sendiri. Tajdid didefinisikan sebagai usaha mengembalikan sikap serta praktikal umat Islam kepada Islam, serta proses renovasi atau perubahan kepada nilai Islam ortodoks (asli ).Sementara, tabdid adalah penghapusan segala ajaran Islam yang lama dan menggantikannya dengan ajaran yang baru, atau ibtida' iaitu mengadakan sesuatu dalam agama dengan unsur yang bukan dari Islam. Contohnya dominasi golongan falsafah dan ilmu kalam dalam kerajaan Bani Abbasiyyah yang menerapkan elemen philosophy melampau dalam aqidah dan amalan, serta ajaran sufisme eksterim seperti aqidah wahdatul wujud, ittihad wal hulul dan "Ana al-haq" oleh al-Hallaj.

Dr Yusof Qaradawi ( mujaddid kurun ke 15 hijrah ) menyebutkan secara sorih karekteristik dan analogi tajdid yang perlu difahami didalam buku Liiqat wa hiwaaraat hawla qadaaya al-Islam wal asr,"?.tajdid membawa maksud mengembalikan sesuatu kepada asal, ia seumpama memperbaiki bangunan yang usang tanpa mengubah struktur asalnya, tetapi jika bangunan itu diruntuhkan dan dibina baru, maka ianya bukanlah tajdid! " .

PEMBAHAGIAN TAJDID

Tajdid Kulliy atau tajdid makro ialah usaha tajdid yang dilakukan secara menyeluruh mencakupi segala bidang kehidupan umat Islam. Fundamental bagi tajdid ini adalah sistem pemerintahan yang dimobilasi oleh pendokong Islam untuk memfokuskan kembali visi dan misi mereka kepada Allah SWT.Contohnya Umar Abdul Aziz yang melaksanakan perubahan setelah hak kekhalifahan telah berakhir dizaman Saidina Ali dan diganti dengan sistem beraja yang menjadi badan eksekutif, judisiari dan legislatif ketika itu.Begitu juga dengan Salahuddin al-ayyubi yang berjaya membebaskan Masjid al-aqsa dari crusades ( tentera salibiyyah) serta kejayaan mengembalikan sistem pemerintahan Mesir dari Kerajaan Fatimiyyah kepada pemerintahan Islam yang sebenar.

Tajdid juz'iy atau tajdid mikro merupakan tajdid didalam aspek tertentu yang bersifat dharuri dan critical seperti usaha Imam assyafie dalam ilmu fiqah dan memperkenalkan method 'Usul fiqh' yang digunapakai dalam usaha untuk mengeluarkan fatwa.Juga Imam Bukhari didalam ulumul hadis, serta usaha Imam al-Ghazali memerangi falsafah sesat yang dipelopori dan dipengaruhi oleh tokoh Yunani seperti Plato,Socrates mahupun Aristotle.

MENGENALI MUJADDID SEPANJANG ZAMAN

Penulis ingin membawa pembaca memperhalusi hadis Rasulullah SAW iaitu : " Sesungguhnya Allah akan membangkitkan bagi umat Islam ini setiap seratus tahun seseorang yang akan memperbaharui urusan agama" ( Status : hadis shahih dari Abu Hurairah). Perkataan 'man' iaitu seseorang mengikuti Imam assayuti ialah individu sementara Dr Yusof Qaradawi membawa paradigma baru yang lebih bersifat kolektif dengan menyatakan bahawa mujaddid boleh ditujukan kepada mufrad (satu) atau jama'(ramai).

Secara logikalnya jika kita menelusuri sejarah Islam menunjukkan bahawa pentarbiah umat Islam didatangkan dalam bentuk jamaah dengan bervariasi ilmu yang ditajdidkan. Mana mungkin proses pentajdidan secara overall mampu untuk dilaksanakan secara individu dalam tempoh tersebut, seharusnya memerlukan kepada tenaga kolektiviti yang energetic untuk merubah aspek kritikal yang telah dijangkiti 'virus' jahiliah didalam Islam. Disini penulis mengemukakan beberapa tokoh mujaddid yang memberi sumbangan yang besar kepada Islam :

a)  Umar Abdul Aziz , dikenali sebagai mujaddid pertama serta digelar Khalifah Arrasyidin yang kelima. Ini disebabkan sumbangan beliau memfokuskan kembali umat Islam yang terleka dengan habuan duniawi kepada madrasah keilmuan dan rubu' Islam,serta kebajikan umat Islam contohnya berkenaan dengan ekonomi, management skill dan sebagainya. Malahan, setiap fraksi dan mazhab turut mengakui ketokohan dan nilai karismatik pada Umar Abd Aziz, termasuk golongan Syiah dan Khawarij.

b)     Imam mazhab seperti Imam Malik, Imam assyafie,Imam Abu Hanifah, imam Ahmad serta imam-imam yang lain.Merekalah yang meletakkan kaedah yang menyeluruh dalam hukum fikah, dan diatas usaha mereka kita mampu menikmati kemudahan infrastruktur yang dibenarkan berdasarkan hukum fiqah contohnya seperti masalih mursalah.

c)    Imam Hasan al-banna yang mempelopori tajdid Islam dengan gerakan Ikhwanul Muslimin, serta selari dengan zamannya ialah Assyeikh Abul A'la al-maududi yang mendominasi dengan gerakan Jamaat Islami di Pakistan.

Selain tokoh tersebut, ramai lagi ulama' yang diklasifikasikan sebagai mujaddidun sepanjang zaman seperti Imam Al-Izz Abd Salam, Salahuddin al-ayyubi, Rashid Ridha, Imam al-Ghazali yang tidak disebut oleh penulis. Seharusnya selaku pendokong gerakan Islam budaya mengkoreksi setiap bidang ilmu terutamanya ilmu usul didalam Islam perlu dijadikan prioriti sebagai senjata yang paling ampuh untuk bertempur dengan gelombang neokolonialisme yang mencetuskan Ahzab Moden sama ada dari sudut fizikal, mantaliti, ekonomi dan sebagainya. Waspadalah dengannya, wahai para mujahidin!!

Ahmad Asyraf Shari


Posted at 06:43 pm by Laman_Cordova

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Home Next Entry