MENCARI PERMATA CORDOVA..







Laman_Cordova


Bismillahirrahmanirrahim, salam sejahtera sahabat teman yang saya hormati, semoga kalian beroleh sedikit permata ilmu yang dikongsi bersama..

Ahmad Asyraf Shari
-December 30th-21 tahun
-0129533884-smileaas@yahoo.com


Pesan Assyahid Hasan AlBanna

7 Kekuatan umat islam :

- kekuatan iman

- kekuatan ilmu

- kekuatan jihad

- kekuatan kesihatan

- kekuatan harta

- kekuatan harga diri&maruah

- kekuatan keadilan.




MASA ITU PERMATA BERHARGA






   
   

<< September 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30


  


 ARTIKEL TERDAHULU


WASIAT HASAN AL-BANNA


TAJDID DALAM MASYARAKAT ISLAM

DIABOLISME INTELEKTUAL

REALITI KEHIDUPAN MASYARAKAT BARAT

UNTUKMU MUJAHIDAH SEJATI

AL-URUF SEBAGAI SUMBER HUKUM

KESAN PENJAJAHAN PADA EPISTEMOLOGI ISLAM

SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH

MENJANA PENGHASILAN GENERASI DAKWAH

PROSES REENGINEERING IMEJ MAHASISWA

KERTAS KERJA HAKIKAT IFC

ENAM TOPI DE BONO

ISLAMOPHOBIA: INDOKTRINISASI BARAT YANG BERJAYA?

QAEDAH SULBAH SATU KEPERLUAN

KEPENTINGAN UKHWAH DALAM PERJUANGAN

MAHASISWA MINDANYA PERLU BEBAS

TAFSIR AL-IKHLAS 1

TAFSIR AL-IKHLAS 2

6 KASUT BERTINDAK DE BONO

APA ITU AQIDAH?

SELAMAT TAHUN BARU 2007

DAEI DAN FIQHUL WAQI' 1

DAEI DAN FIQHUL WAQI' 2



 RAKAN SEPERJUANGAN


ALUMNI SMKA FALAHIAH

FIKIR AMIN IDRIS

STUDENT POWER

SHARINGAN ALHAFIZ

KITARO BECKHAM

ANJUNG HIJAU ABE NAPI

PENASALJU ABE JA

PULAUHARAPAN FADHIL

AIMI NABIHAH

BINGKISAN ROHANI

PERMATA PERLIS

TEAM KUIM

CAHAYA LAUZAIE

LAMAN MUNAWWARAH


 LINK BERMANAFAAT


DIARI SEORANG MUJAHID

SAIFULISLAM

PARANG TUMPUL

ROSLAN SMS CORNER

UNIMALAYA TODAY

INFO DAKWAH

PMI UNIMALAYA

IKATAN STUDI ISLAM UKM

PMI UNITEKNOLOGI MALAYSIA

ANTI-RUFAQA'


 DOWNLOAD BAHAN BACAAN


ASAS AKHLAK DALAM HARAKAH

DASAR DASAR ISLAM

ADAB PERGAULAN

DAKWAH FARDIYYAH

AMAL ISLAMI 1

ANTARA SEMALAM&HARI INI

CARA HIDUP ISLAM

FIQHUSSUNAH 1

FIQH SIRAH 1

SYARAH USUL 20

TANGGUNGJAWAB PEMUDA

TABARRUJ



 TAFSIR FI ZILALILQURAN


SURAH AL-FATIHAH

SURAH AL-MUZAMMIL

SURAH AL-MUDASSIR

SURAH AL-MUTAFFIFIN

SURAH AL-TARIQ

SURAH AL-A'LA

SURAH AL-GHASIYAH

SURAH AL-INSYIRAH

SURAH AD DHUHA



 RISALAH TSULASA'


RISALAH TSULASA' 1

RISALAH TSULASA' 2

RISALAH TSULASA' 3

RISALAH TSULASA' 4

RISALAH TSULASA' 5

RISALAH TSULASA' 6

RISALAH TSULASA' 7

RISALAH TSULASA' 8



::: MENYOROTI CORDOVA :::

Cordova di Sepanyol pernah menjadi ibu kota sebuah kerajaan Islam dibawah pemerintahan Bani Umayyah.Hal itu terjadi sejak 750 M setelah Bani abbasiyyah menakluki Bani Umayyah di Damsyik. Sebenarnya Islam sudah sampai di Cordova pada 711 M lagi setelah tariq Bin Ziad melakukan perluasan wilayah ke Sepanyol atas perintah Musa Bin Nusair, gabenor Afrika Utara ketika itu dibawah al-Walid 1 daripada kerajaan Umaiyah. Tariq dengan mudah menguasai wilayah Sepanyol seperti Toledo,Sevilla, Malaga,Elvira dan Cordova. Ketika pemerintahan bani Umayyah masih berkuasa di damsyik, Toledo dijadikan ibu kota di Sepanyol.Namun, setelah digulingkan oleh Bani Abbasiyyah, Bani Umayyah membina pemerintahan di Sepanyol dan menjadikan Cordova sebagai ibu kota dibawah pemerintahan Abdurrahman al-Dakhil (Abdurrahman 1). Sejak itu Cordova mengalami kemajuan. Apabila berlaku perpecahan Islam di Sepanyol, Cordova jatuh ke tangan Kristian dan Islam dihapuskan secara paksa.Kini, Cordova merupakan ibu kota sebuah wilayah yang mempunyai nama yang sama di Sepanyol. Luas wilayahnya 13727km dan didiami sekitar 782000 orang. Marilah kita bersama mencari permata tinggalan kota Cordova?

Sumber : Insklopedia Islam untuk pelajar

   



THE 7 HABITS OF HIGHLY EFFECTIVE PEOPLE (BY STEPHEN R.COVEY)

Habit 1 : be proactive

Habit 2 : begin with the end in mind

Habit 3 : Put first things First

Habit 4 : Think Win-win

Habit 5 : Seek first to understand then to be understood

Habit 6 : synergize

Habit 7 : Sharpen the saw




7 TABIAT ORANG YANG AMAT BERKESAN (OLEH STEPHEN R.COVEY)

Tabiat 1 : Jadilah proaktif

Tabiat 2 : Mula dengan mengingati matlamat

Tabiat 3 : Buat perkara pertama dahulu

Tabiat 4 : Fikirkan menang-menang

Tabiat 5 : Cuba memahami dahulu, kemudian cuba untuk difahami

Tabiat 6 : Bersinergi

Tabiat 7 : Tajamkan gergaji





:::: HADIS AKHIR ZAMAN :::

Daripada Abu Hurairah r.a berkata : Bersabda Rasulullah saw " Islam bermula dengan dagang (asing) dan kembali dalam keadaan asing pula.Maka beruntunglah orang-orang yang asing"
Hadis Riwayat Muslim


ISLAM ADALAH CARA HIDUP KITA


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed
September 21, 2006
QAEDAH SULBAH : SATU KEPERLUAN

QAEDAH SULBAH : DALAM MEDAN DAKWAH

Menyoroti kembali sirah Nabawiyyah menunjukkan bahawa Rasulullah SAW memulakan perjuangan dakwah baginda di peringkat ta'sis yang didokongi oleh qaedah sulbah didalam marhalah awal penurunan Islam. Apa itu qaedah sulbah ? Yang dimaksudkan al Qaedatul Sulbah ialah suatu golongan yang dianggap sebagai core group, first liner ataupun barisan kepimpinan yang mesti lahir melalui satu proses penapisan yang rapi iaitu tapisan pentarbiahan ilmu, kefahaman dan amali. Pembentukan golongan ini adalah suatu tuntutan kerana ia merupakan sunnah yang pernah berlaku sebelumnya.

Contohnya ialah peranan golongan ansar dan muhajirin. Mereka inilah yang dianggap sebagai golongan al Qaedatul Sulbah, kerana merupakan golongan yang banyak membantu Rasullullah di dalam perkembangan dakwah islam di Madinah khususnya di dalam soal pentarbiahan masyarakat hatta di dalam soal yang memerlukan pengorbanan harta dan nyawa. Sikap mereka sebagai core group amat jelas kalau dilihat di dalam peristiwa perang Hunain. Kebanyakan daripada tentera Islam khususnya yang baru memeluk Islam tidak istiqamah (konsisten) berbanding dengan golongan ansar dan muhajirin yang tetap berdiri teguh bersama Rasulullah apabila timbul kekecohan di dalam perang tersebut.

Marhalah penting harakah Islamiah yang telah dijelaskan oleh Syaikh Abu Ammar berdasarkan kepada marhalah dakwah yang telah dilalui oleh Rasulullah SAW terbahagi kepada tiga :

  • marhalah ta'sis
  • marhalah infitah
  • marhalah tahaddi

Marhalah ta'sis di tiga tahun pertama di jelmakan melalui pembinaan kader-kader( core pillar- qaedah sulbah ) yang benar benar thabat dan itqan dalam mempertahankan kalimah tauhid. Sementara dakwah dizahirkan pada peringkat infitah bilamana telah sempurna peringkat ta'sis, manakala peringkat penggarapan kepemimpinan Islam telah diterjemahkan pada peringkat tahaddi. Sifat attadarruj (beransur2) mengikut marhalah merupakan elemen pentng dalam mencapai kejayaan.

Malahan,ketiga-tiga marhalah ini mampu disesuaikan dengan suasana semasa dan sepanjang zaman kerana sirah nabawiyyah merupakan sumber rujukan yang paling sesuai unutk di gunapakai dalam pelaksanaan methodologi dakwah. Aplikasi marhaliah dakwah Rasulullah saw ini mampu disesuaikan dengan waqi' semasa kampus. Bagi kampus yang belum mempunyai seharusnya kita menjadi first liner atau qaedah sulbah yang memulakan tapak jamaah dikampus. Pernah berkata Imam Hasan Al-Banna " Kita bukanlah pemula dan kita bukanlah pengakhir, tetapi kita adalah mata-mata rantai yang mengikat jalan dakwah ini". Namun, bila kita memulakan harakah dikampus kita sebenarnya adalah pemula. Keberanian dan usaha gigih perlu ada didalam diri pendakwah yang ingin menjadi golongan qaedah sulbah ini. Lihat sahaja Imam Hasan al-Banna yang menjadi antara mujaddid Islam secara keseluruhan, Imam Khomeini dan peranannya dalam mencetuskan Revolusi Iran. Mereka inilah core dalam tajdid Islam disamping ulama' silam yang berusaha menegakkan maqasid al-syariah, Cuma bezanya Hasan Al-Banna mentajdidkan Islam dalam bentuk menyeluruh dan mendasar sesuai dengan realiti semasa perjuangannya. Inilah think-thanker yang digeruni oleh kolonial Barat dan musuh2 Islam, dan dalam gelanggang dakwah masa kini golongan sebegini sudah mula dirasai kehilangannya.

Kegeringan qaedah sulbah dimedan dakwah kampus mula dirasai apabila semakin lama semakin sempit jalan perjuangan aliran kampus malaysia apabila di tekan dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti ( AUKU). AUKU semakin diperketatkan rentetan dengan peristiwa pasca 2001 apabila hampir keseluruhan organisasi Islam kampus terus ditekan menyebabkan taring aspirasi mahasiswa mula ditumpulkan. First liner yang digelar 'Umar al-Khattab Mellinium' semakin berkurang apabila mahasiswa di momokkan dengan pelbagai amaran dan ancaman dari pihak pentadbiran universiti mahupun kementerian sendiri. Sesungguhnya melalui proses penapisan yang rapi inilah iaitu tapisan pentarbiahan ilmu, kefahaman dan amali, para sofwatul muqtarah dapat dibentuk dan tegar dalam mempertahankan Islam di kampus dan didalam masyarakat. Inilah golongan yang digeruni oleh regim Aspirasi dalam pertempurannya demi mahasiswa fikrah islamiah ini.

Seharusnya mahasiswa gerakan Islam mutakhir ini perlu mengembalikan fokus masing-masing kepada objektif, visi dan misi jamaah. Proses menajamkan intrapersonal skill, kematangan berhujah, ketinggian ilmu, karismatik perlu ditekankan untuk memastikan qaedah sulbah terus dapat dilahirkan melalui proses pentarbiahan yang benar menepati piawaian harakah Islamiah. Bilakah lagi akan muncul individu berkarisma semacam Prof Zulkifli Muhammad,  setegas Imam Abu Hanifah, sebijak siasah Muawiyyah, seberani Umar al-Khattab dan selembut jiwa Imam Hasan Al-Banna? Berusahalah ahli gerakan sekalian, kita mampu menjadi golongan qaedah sulbah dimasa depan, Insyaallah....


Posted at 08:47 pm by Laman_Cordova

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry