TAFSIR SURAH
AL-IKHLAS (2)
Ayat 3 Surah
Al-ikhlas berbunyi :
” Dia
tidak beranak dan tidak diperanakkan”
Mustahil
bagi Allah Dia beranak dan diperanakkan, kerana sesuatu makhluq
bernyawa yang beranak menginginkan penyambungan keturunan yang
berterusan.Jika seseorang itu tiada anak,maka keturunannya akan
terputus.Allah SWT langsung tidak berkehendak pada keturunan kerana
Dialah yang membuat keturunan makhluk.
Ayat 4 Surah
Al-Ikhlas bermaksud :
” Dan
Tiada setara denganNya, seorang pun ”
Sememangnya
Allah itu tiada yang boleh melebihiNya, kerana Zat dan KekuasaanNya
melangkaui batasan fikiran manusia.Tuhan itu mutlaq kuasanya,tidak
terbahagi,tiada gandingan dan bandingan. Keyakinan tentang sifat
kekuasaaan dan nama yang mulia diterjemahkan melalui tauhid asma’
wa sifat. Penegasan ini juga disebut dalam Surah Assyura ayat 11 :
Tiada ada seperti zat Allah segala zat,dan tiada ada seperti sifatNya
segala sifat. Ianya disyarahkan dalam kitab ” Perisai bagi sekelian
mukallaf” karangan Syeikh Abdul Qadir AlMandili. Sememangnya hanya
Allah yang sebenarnya Hidup kerana makhluk tidak memberi bekas.Secara
syariatnya manusia ada,tetapi secara hakikatnya manusia itu tiada.
MARTABAT
SURAH AL-IKHLAS
Imam
Ghazali menyebut dalam kitabnya ”Jawahirul Quran” : Kepentingan
Al-Quran itu adalah pada 3 dasar utama iaitu makrifat kepada ALLAH
SWT, makrifat pada hari akhirat dan makrifat pada
siratulMustaqim.Maka Al-Ikhlas mengandungi satu dari makrifat
tersebut iaitu makrifatullah, dengan membersihkanNya,mensucikan
fikiran terhadapNya dengan mentauhidkanNya.
Didalam
kitab ”Faridatul Faraid” karangan Syeikh Ahmad Al-Fathani
(anak murid Syeikh daud al-Fathani” menyebut tentang fadhilat Surah
Al-ikhlas bagi orang yang hampir meninggal dunia. Beliau menukilkan ”
Dan setengah dari azab qubur itu bahawa mengapit oleh dua lubang
qubur hingga berselisih segala tulang rusuknya dan tiada lepas
daripadanya melainkan orang yang diistisna’kan seperti orang yang
membaca surah al-Ikhlas dalam sakit matinya”..
AQIDAH DAN
PENGORBANAN
Menyoroti
kisah Nabi SAW dan para sahabat r.a dapat difahami betapa peneguhan
i’tiqad itu memerlukan pengorbanan (tadhiyah) yang tinggi.Lihat
sahaja kisah Bilal Bin Rabah Al-Habsyi yang diseksa semata-mata tegar
menyebut kalimah ’Ahad”, disana kita melihat ianya satu
pengorbanan kecil pada mata Bilal untuk mendapat kenikmatan sejati di
dalam Islam.Begitu juga kisah Ashabul Ukhdud,Ashabul Kahfi dan
sebagainya. Jelas,bahawa mempertahankan aqidah memerlukan pengorbanan
yang hebat, dan mantaliti yang tajarrud dan pegangan yang thabat.
Menurut Assyahid Hasan Al-Bana ketika mendefinisikan maksud
pengorbanan, beliau menyatakan pengorbanan itu ialah berkorban
jiwa,harta,masa, kehidupan dan segalanya untuk mencapai
matlamat.Tiada jihad didunia ini tanpa pengorbanan dan tidak akan
lenyap pengorbanan demi memperjuangkan fikrah islamiyyah.
Maka kerana
memahami matlamat akhir kehidupan, kita perlu sanggup untuk berkorban
mempertahankan aqidah. Dewasa kini pelbagai gerakan yang timbul untuk
menafikan hak istimewa Islam dan memperlekehkan Islam yang harus
diperangi secara kolektif dan bersama.
AQIDAH
SEBAGAI TUNJANG HIDUP
Didalam kitab
’Faridatul Faraid’ dinyatakan bahawa tanda agama itu ada empat :
Sah i’tiqadnya
Benar qasadnya
Mengerjakan
segala yang disuruh
Meninggalkan
segala yang dilarang
Maka, tanda
beragama yang utama adalah aqidah sahihah. Dan surah ini menukilkan
bicara bab aqidah dengan jelas disamping dikuatkan dengan surah
al-kafiruun yang menjadi bara’ antara Islam dan kufur.
Ibnu
Qayyim Jauziyyah menyebut ”Menegakkan aqidah ialah dengan ilmu.
Persediaan ilmu hendaklah ada sebelum beramal. Sebab ilmu itu imam,
penunjuk jalan,dan hakim yang memberi keputusan dimana tempatnya dan
telah sampai dimana”. Surah Al-Ikhlas mengikut Ibnu Qayyim adalah
punca ilmu tentang aqidah. Inilah menyebabkan Rasulullah saw
mengatakan Surah Al-ikhlas sebagai sepertiga dari al-Quran.
KESIMPULAN
Secara umumnya
kita maklum bahawa Surah ini diantara surah yang penting dalam
Al-Quran yang membicarakan perihal aqidah. Bahkan Rasulullah saw
pernah mengatakan bahawa tujuh petala langit dan bumi diasaskan
diatas Qul Huwallahu ahad seperti diriwayatkan oleh Ubay bin
Anas.Betapa besarnya nilai surah ini. Malahan dalam satu lagi hadis
riwayat at-tirmizi dari Abu Hurairah menyatakan seseorang yang
membaca Al-Ikhlas wajib baginya masuk syurga. Namun, apa yang penting
adalah intipati yang perlu difahami dalam bicara aqidah. Sebagai umat
Islam, kini yang dicabar kedaulatan Islam, maka kita seharusnya
bangkit dari kelekaan untuk terus mengukuhkan dan menjaga pancang
jiwa kita dalam Islam iaitu AQIDAH ISLAMIYYAH.
Ahmad Asyraf
Shari
www.ulumcordova.blogdrive.com
Rujukan
Tafsir Al-Azhar
Juz 30 ( Prof Hamka Amrullah)
Aqaid Islamiyyah
(Syed Sabiq)
Perisai bagi
sekelian mukallaf ( Sheikh Abdul Qadir Al-Mandili)
Konsep-konsep
umum Islam (Abu Urwah)
Penjelasan
Risalah Taalim ( Muhammad Abdullah Khatib)