Tulisan
ini adalah ditulis bagi menghayati kembali permata-permata berharga
tinggalan mujaddid alaf baru,Assyahid al-Imam Hasan AlBanna.
Mudah-mudahan peringatan yang ditinggalkan assyahid dalam diaplikasikan
dalam kehidupan kita sekalian sebagai pendakwah dan mahasiswa cemerlang.

WASIAT MURSYIDUL AM IKHWANULMUSLIMIN ASSYAHID IMAM HASAN AL-BANNA
"
Bacalah al-Quran,tatapilah buku-buku ilmu,pergilah ke majlis-majlis
ilmu,dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara
yang tiada memberi faedah " (Hasan al-Banna)
Fokus
penekanan dalam wasiat Hassan al-Banna berkenaan dengan Al-Quran,
bacaan, zikrullah dan pengisian masa dengan program yang mendatangkan
manfaat dan menolak kemafsadan atau disebut sebagai perkara yang
bermaslahat.
Al-Quran sebagai rakan karib
Al-Quran
merupakan kalamullah yang diturunkan kepada Rasulullah pada 17Ramadhan
di gua Hira' ketika rasulullah beruzlah dari kepompong kejahilan
masyarakat Arab jahiliyyah. Proses penurunan al-Quran berlaku melalui
penyimpanan kalamullah di Luh Mahfuz, diturunkan baitul 'Izzah,
seterusnya ke BaitulHaram dan akhirnya diturunkan secara tadarruj
(berperingkat) kepada Rasulullah SAW. Al-Quran merupakan sumber rujukan
yang paling utama sebagaimana disebut oleh Rasulullah :
"
Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara jika kamu berpegang padanya kamu
tidak akan sesat selama-lamanya iaitu Al-Quran dan Assunnah"
Al-Quran
mengandungi manhaj lengkap dalam kehidupan manusia dan bersesuaian
dengan zaman meliputi unsur bayyinah (penerangan) dalam Al-Quran iaitu taghrib (nikmat dan ganjaran), tarhib(ancaman), tamsil (penceritaan sejarah) dan masail (permasalahan). Imam Al-Banna telah mendoktrin Ikhwanul Muslimin melalui prinsip Ikhwan antaranya " Al-quran dusturuna"
iaitu Al- Quran adalah perlembagaan kami.Al-Quran menjadi asas kepada
pergerakan harakah Islamiyyah dari dahulu hingga kini, setiap
perancangan tanzim hendaklah didasarkan dan dipandu oleh dasar
Al-Quran. Melalui itulah, penggunaan elemen dan sumber lain dalam usul
fiqh seperti istihsan, masalih mursalah dan al-uruf yang
lebih bersifat semasa dipertimbangkan untuk kemaslahatan umat.Amalan
bacaan dan pengkajian kandungan Al-Quran hendaklah dijadikan amalan
umat Islam, seperti yang digunapakai dan diamalikan oleh golongan
terdahulu seperti golongan qaedah sulbah Rasulullah saw.
"Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu,sumber hidayah kepada anda dan
saya.Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat.Sentiasalah membaca, menghafal dan
cuba hayati mesej arahannya" ( Hassan Al-Banna)
Kelebihan dan mukjizat Al-Quran :
-
Gaya bahasa dan susunan kata yang tiada bandingannya
-
Realistik dan bersesuaian sepanjang zaman
-
Mukjizat teragung kepada Rasulullah saw
-
Konklusi kepada keseluruhan kitabullah terdahulu iaitu Zabur, taurat dan Injil
-
Sumber keilmuan utama umat Islam, sumber qat'ie ulama' dalam berhujah dan berijtihad.
-
Dan lain-lain lagi kelebihan yang tidak disebut penulis.
Keilmuan budaya pendakwah
Menurut
Dr Karim Zaidan didalam bukunya Usul Addakwah menekankan unsur ilmu
sebagai elemen khususi yang diperlukan oleh Pendakwah lantaran elemen
dakwah terdiri dari tiga perkara iaitu : daei (pendakwah) , Mad'u (
golongan sasaran/ market), dan Maudhu' ( tajuk/ ilmu yang ingin
disampaikan). Imam al-Banna menyeru supaya pemuda pemudi Islam mengisi
masa dengan pembudayaan ilmu dengan penyertaan yang aktif melalui
majlis keilmuan samada ceramah, seminar, musyafahah watalaqqi , pembacaan dan pengkajian. Hayatilah firman Allah dalam Al-mujadalah (ayat 11).
Pengkajian
dan penghayatan ilmu serta zikrullah mampu untuk membuka mata hati.
Ianya akan membawa manusia kepada keyakinan yang tinggi kepada Allah
serta mampu sanggup melaksanakan rubu' Islam: Ibadah, Jinayat,
Munakahat dan Muamalat. Keyakinan itu ialah menurut Ibnu Taimiyyah ;
-
Ilmu yakin : Sesuatu yang didapati melalui pendengaran, pengkhabaran, perbandingan dan pemerhatian.
-
Ainul yakin : Sesuatu yang diperolehi melalui apa yang disaksi dan dilihat dengan mata kepala sendiri
-
Hakkul
Yakin: Sesuatu yang diperolehi bilamana ia sendiri yang
terlibat,merasai dan mengetahuinya melalui pengajaran yang diambil.
Zikrullah Mainan Lisan
Secara umumnya zikir berasal dari al-zikr
yang membawa maksud mengingati.Dalam Istilah syara' menyebut
zikir adalah satu amalan/perbuatan melalui elemen qalbi (hati), qawli
(kata-kata) dan fi'li (amal perbuatan) yang menjurus kepada mengingati
Allah dan menyedarikeberadaan Allah memerhati dan melihatnya. Maklum
diketahui bahawa penglihatan Allah mempunyai sifat melihat dengan tiada mata
yang meliputi alam 'ulwi dan alam sulfi.Sewajibnya setiap gerak langkah
dan amalan seharian kita bertunjangkan pemfokusan kepada Allah,itulah
disebut ibadah,yang meliputi keseluruhan hidup manusia melalui ibadah
umum (sifat dan amalan manusiawi) dan ibadah khusus ( amalan
melambangkan taabud kepada Allah).
"Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Disini ada
ketenteraman,disini ada kedamaian, Jadilah hamba yang sejahtera" ( Hassan Al-Banna)
Penutup
Secara
umumnya, flow penyampaian mesej didalam wasiat ini jelas menunjukkan
kepentingan nilai keilmuan. Imam Hasan menyeru supaya membaca Al-Quran
yang menjadi sumber fakta ilmiah dan tunjang keilmuan, lantaran itu
Imam hasan menyeru supaya memahami kandungan Al-Quran melalui pembacaan
buku-buku dan menghadiri majlis ilmu. Kerana natijahnya bila al-Quran
dapat difahami dan diperkuatkan dengan hujah-hujah ghaibiyyat dan
saintifik menjadikan seseorang itu mampu mendekatkan diri kepada
Khaliqnya, inilah zikrullah.
Ahmad Asyraf Shari