SELAMAT TAHUN BARU 2007!!
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Tahun baru menjengah lagi,tahun 2007 mengikut kalendar Masehi. Serentak dengan itu, sudah 50 tahun negara kita yang tercinta MALAYSIA dinobatkan sebagai negara merdeka berorientrasikan perjanjian persefahaman bersama kerajaan Bristish. Bermula tahun baru (baca :2007) maka pelbagai azam baru ditanam,ditabur dan di sematkan dalam minda.
Namun, sememangnya masyarakat kita tidak boleh ketinggalan melaksanakan acara WAJIB tahunan iaitu sambutan TAHUN BARU yang dilihat pelbagai pro dan kontra yang timbul,jika kena dengan caranya,baiklah sambutannya jika melampau dan keluar dari batasan Islam maka rosaklah sambutannya. Apa pun seharusnya kehadiran 2007 seharusnya diletakkan sebagai turning point kearah perubahan yang lebih baik (continous improvement) atau dalam bahasa Jepun disebut sebagai KAIZEN. Ianya selaras dengan sabdaan Nabi SAW :
Sesiapa yang hari ini lebih BURUK dari semalam maka ia tergolong di kalangan orang yang RUGI, Sesiapa yang hari ini SAMA seperti semalam maka ia tergolong di kalangan orang yang TERPEDAYA, Sesiapa yang hari ini lebih BAIK dari semalam maka ia tergolong di kalangan orang yang BERUNTUNG.
Moga hadirnya tahun baru meningkatkan usaha kita dalam membentuk jiwa dan fizikal yang lebih baik, dan rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara berdasarkan sabdaan Nabi SAW :
Muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, hidup sebelum mati, sihat sebelum sakit.
Disebalik tahun Masehi yang diingati ramai orang jangan lupa 1 MUHARAM yang akan menjelang tidak kurang dari sebulan (baca:20 Januari 2007). Awal Muharam detik penghijrahan Nabi ke Madinatul Munawwarah, permulaan kalendar Hijriyyah dan ianya seharusnya AMAT bermakna untuk umat Islam seluruhnya lebih2 lagi di Malaysia yang tercinta ini..
SELAMAT TAHUN BARU MASEHI 2007!!
SELAMAT TAHUN BARU ISLAM HIJRIYYAH 1428!!
Posted at 10:10 am by
Laman_Cordova