MENCARI PERMATA CORDOVA..







Laman_Cordova


Bismillahirrahmanirrahim, salam sejahtera sahabat teman yang saya hormati, semoga kalian beroleh sedikit permata ilmu yang dikongsi bersama..

Ahmad Asyraf Shari
-December 30th-21 tahun
-0129533884-smileaas@yahoo.com


Pesan Assyahid Hasan AlBanna

7 Kekuatan umat islam :

- kekuatan iman

- kekuatan ilmu

- kekuatan jihad

- kekuatan kesihatan

- kekuatan harta

- kekuatan harga diri&maruah

- kekuatan keadilan.




MASA ITU PERMATA BERHARGA






   
   

<< February 2007 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28


  


 ARTIKEL TERDAHULU


WASIAT HASAN AL-BANNA


TAJDID DALAM MASYARAKAT ISLAM

DIABOLISME INTELEKTUAL

REALITI KEHIDUPAN MASYARAKAT BARAT

UNTUKMU MUJAHIDAH SEJATI

AL-URUF SEBAGAI SUMBER HUKUM

KESAN PENJAJAHAN PADA EPISTEMOLOGI ISLAM

SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH

MENJANA PENGHASILAN GENERASI DAKWAH

PROSES REENGINEERING IMEJ MAHASISWA

KERTAS KERJA HAKIKAT IFC

ENAM TOPI DE BONO

ISLAMOPHOBIA: INDOKTRINISASI BARAT YANG BERJAYA?

QAEDAH SULBAH SATU KEPERLUAN

KEPENTINGAN UKHWAH DALAM PERJUANGAN

MAHASISWA MINDANYA PERLU BEBAS

TAFSIR AL-IKHLAS 1

TAFSIR AL-IKHLAS 2

6 KASUT BERTINDAK DE BONO

APA ITU AQIDAH?

SELAMAT TAHUN BARU 2007

DAEI DAN FIQHUL WAQI' 1

DAEI DAN FIQHUL WAQI' 2



 RAKAN SEPERJUANGAN


ALUMNI SMKA FALAHIAH

FIKIR AMIN IDRIS

STUDENT POWER

SHARINGAN ALHAFIZ

KITARO BECKHAM

ANJUNG HIJAU ABE NAPI

PENASALJU ABE JA

PULAUHARAPAN FADHIL

AIMI NABIHAH

BINGKISAN ROHANI

PERMATA PERLIS

TEAM KUIM

CAHAYA LAUZAIE

LAMAN MUNAWWARAH


 LINK BERMANAFAAT


DIARI SEORANG MUJAHID

SAIFULISLAM

PARANG TUMPUL

ROSLAN SMS CORNER

UNIMALAYA TODAY

INFO DAKWAH

PMI UNIMALAYA

IKATAN STUDI ISLAM UKM

PMI UNITEKNOLOGI MALAYSIA

ANTI-RUFAQA'


 DOWNLOAD BAHAN BACAAN


ASAS AKHLAK DALAM HARAKAH

DASAR DASAR ISLAM

ADAB PERGAULAN

DAKWAH FARDIYYAH

AMAL ISLAMI 1

ANTARA SEMALAM&HARI INI

CARA HIDUP ISLAM

FIQHUSSUNAH 1

FIQH SIRAH 1

SYARAH USUL 20

TANGGUNGJAWAB PEMUDA

TABARRUJ



 TAFSIR FI ZILALILQURAN


SURAH AL-FATIHAH

SURAH AL-MUZAMMIL

SURAH AL-MUDASSIR

SURAH AL-MUTAFFIFIN

SURAH AL-TARIQ

SURAH AL-A'LA

SURAH AL-GHASIYAH

SURAH AL-INSYIRAH

SURAH AD DHUHA



 RISALAH TSULASA'


RISALAH TSULASA' 1

RISALAH TSULASA' 2

RISALAH TSULASA' 3

RISALAH TSULASA' 4

RISALAH TSULASA' 5

RISALAH TSULASA' 6

RISALAH TSULASA' 7

RISALAH TSULASA' 8



::: MENYOROTI CORDOVA :::

Cordova di Sepanyol pernah menjadi ibu kota sebuah kerajaan Islam dibawah pemerintahan Bani Umayyah.Hal itu terjadi sejak 750 M setelah Bani abbasiyyah menakluki Bani Umayyah di Damsyik. Sebenarnya Islam sudah sampai di Cordova pada 711 M lagi setelah tariq Bin Ziad melakukan perluasan wilayah ke Sepanyol atas perintah Musa Bin Nusair, gabenor Afrika Utara ketika itu dibawah al-Walid 1 daripada kerajaan Umaiyah. Tariq dengan mudah menguasai wilayah Sepanyol seperti Toledo,Sevilla, Malaga,Elvira dan Cordova. Ketika pemerintahan bani Umayyah masih berkuasa di damsyik, Toledo dijadikan ibu kota di Sepanyol.Namun, setelah digulingkan oleh Bani Abbasiyyah, Bani Umayyah membina pemerintahan di Sepanyol dan menjadikan Cordova sebagai ibu kota dibawah pemerintahan Abdurrahman al-Dakhil (Abdurrahman 1). Sejak itu Cordova mengalami kemajuan. Apabila berlaku perpecahan Islam di Sepanyol, Cordova jatuh ke tangan Kristian dan Islam dihapuskan secara paksa.Kini, Cordova merupakan ibu kota sebuah wilayah yang mempunyai nama yang sama di Sepanyol. Luas wilayahnya 13727km dan didiami sekitar 782000 orang. Marilah kita bersama mencari permata tinggalan kota Cordova?

Sumber : Insklopedia Islam untuk pelajar

   



THE 7 HABITS OF HIGHLY EFFECTIVE PEOPLE (BY STEPHEN R.COVEY)

Habit 1 : be proactive

Habit 2 : begin with the end in mind

Habit 3 : Put first things First

Habit 4 : Think Win-win

Habit 5 : Seek first to understand then to be understood

Habit 6 : synergize

Habit 7 : Sharpen the saw




7 TABIAT ORANG YANG AMAT BERKESAN (OLEH STEPHEN R.COVEY)

Tabiat 1 : Jadilah proaktif

Tabiat 2 : Mula dengan mengingati matlamat

Tabiat 3 : Buat perkara pertama dahulu

Tabiat 4 : Fikirkan menang-menang

Tabiat 5 : Cuba memahami dahulu, kemudian cuba untuk difahami

Tabiat 6 : Bersinergi

Tabiat 7 : Tajamkan gergaji





:::: HADIS AKHIR ZAMAN :::

Daripada Abu Hurairah r.a berkata : Bersabda Rasulullah saw " Islam bermula dengan dagang (asing) dan kembali dalam keadaan asing pula.Maka beruntunglah orang-orang yang asing"
Hadis Riwayat Muslim


ISLAM ADALAH CARA HIDUP KITA


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed
February 9, 2007
DAEI DAN WAQI'

DAIE DAN FIQHUL WAQI'

 DAIE DAN DAKWAH

 " Dakwah?Malaslah nak berdakwah. Dakwah bukannya kerja saya. Lagipun saya mana layak berdakwah, ilmu tak cukup".

 Seringkala rungutan ini diluahkan dari individu ISLAM yang mempunyai tanggungjawab dakwah pasca sekularisme ini, kerana banyaknya hambatan fikrah anti-Islam menyusup masuk ke minda umat islam terutamanya anak muda kini. Kerana itu, Syeikh Saad Al-Jubair menyebut : Jika sekiranya semua orang mengatakan dirinya tidak layak berdakwah,nescaya tiada seorang pun akan berdakwah. Namun benar, dalam berdakwah seseorang itu perlulah mempunyai dua ciri asas iaitu AL-AMANAH dan AL-QUWWAH.

 Dr Abdul Karim Zaidan menjelaskan dalam bukunya Usul dakwah tentang rukun dakwah ada tiga iaitu daei (pendakwah, pengajak),mad'u (sasaran, market) dan maudhu' (kandungan dakwah). Rangkaian bertiga ini adalah modul asas dalam dakwah Ilallah,disamping sikap daei "Seek understand then to be understood". Slogan "Win-win situation" perlu dijadikan sandaran amalan berdakwah bagi seorang daei. Dakwah adalah MENGAJAK kepada Islam yang syumul,caranya berHIKMAH dengan kefahaman yang jelas tentang waqi'.

MEMAHAMI SUASANA

 Waqi dalam bahasa mudahnya diistilahkan sebagai suasana semasa, kondisi setempat dan yang berkaitan dengan masa dan tempat kini. Daei perlu memahami waqi'. Kenapa? Rasulullah SAW adalah insan yang cukup memahami waqi' kerana itulah dakwah nabi terbahagi tiga fasa yang jelas kena pada masa dan tempatnya iaitu: ta'sis, infitah dan tahaddi. Iskandar Zulqarnain diberi al-Quwwah oleh untuk memahami waqi walau kemana beliau pergi.Beliau mampu memahami bahasa hampir kesemua kaum yang beliau takluki (baca: payungi) walaupun ia terletak jauh di pedalaman contohnya bangsa yang diganggu Yakjuk makjuk.Pembacaan yang tepat tentang kondisi semasa penting dalam pebentukan manhaj dakwah seseorang daei yang strategis. Saidina Umar menyebut " Sesungguhnya Islam akan terungkai dari diri seseorang bila dia tidak mengenali hakikat jahiliah". Hakikat jahiliah disini adalah manhaj jahiliah yang sama jalan ceritanya (dasar,prinsip yang sama) dan karakternya yang berbeza perlu difahami  mengikut zaman supaya kita tidak tertipu dengan helah dan taktik kotor musuh Islam.

MENGAPA FAHAM WAQI' PENTING?

 Kefahaman yang perlu jelas dalam diri setiap individu yang bergelar daei adalah menjawab persoalan mengapa memahami waqi itu satu elemen penting dalam jalan dakwah? Antara sebabnya ialah :Pendakwah yang berjaya dulu,dan sebelum ini seperti Nabi SAW, Hasan Al-Banna, adalah "engineer" akhlak yang amat memahami hakikat islam dan suasana zaman,dan tempatnya.Ia menjadi formula kepada mereka yang sesuai diambil ibrah kepada para daei pasca modernisasi kini.

Waqi mematangkan daei dan perancangannya.Perancangan (planning)  dan implementasi yang mengambil kira unsur uruf dan waqi' akan menjadikannya lebih membumi dan praktikal sesuai dengan tempat tersebut.Lihat sahaja contoh Nabi SAW semasa perang khandak, rasulullah bertindak mengarahkan sahabat baginda untuk mengali parit sebagai strategi perang. Ia sememangnya diluar jangkaan musuh kerana stail peperangan begitu tidak pernah digunakan di Tanah Arab.Namun, ianya adalah teknologi perang Parsi yang bertindak sebagai kematangan strategi perang yang mengambil kira unsur kebiasaan dan maslahah.

  Memahami suasana mengelakkan kegopohan (isti'jal).Dengan perancangan dan time frame yang jelas, sasaran dan matlamat dakwah dapat dicapai dan dilaksanakan step by step (marhaliyyah) supaya tidak terjadinya budaya kegopohan dalam berdakwah. Dakwah menekankan tiga unsur penting iaitu taaruf (know), tafahum (understand) dan takaful (help and collaborate). Ia juga perlu melalui proses pemeringkatan iaitu taarif, takwin dan tanfiz.

 (BERSAMBUNG)



Posted at 05:04 pm by Laman_Cordova

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry