MENCARI PERMATA CORDOVA..







Laman_Cordova


Bismillahirrahmanirrahim, salam sejahtera sahabat teman yang saya hormati, semoga kalian beroleh sedikit permata ilmu yang dikongsi bersama..

Ahmad Asyraf Shari
-December 30th-21 tahun
-0129533884-smileaas@yahoo.com


Pesan Assyahid Hasan AlBanna

7 Kekuatan umat islam :

- kekuatan iman

- kekuatan ilmu

- kekuatan jihad

- kekuatan kesihatan

- kekuatan harta

- kekuatan harga diri&maruah

- kekuatan keadilan.




MASA ITU PERMATA BERHARGA






   
   

<< February 2007 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28


  


 ARTIKEL TERDAHULU


WASIAT HASAN AL-BANNA


TAJDID DALAM MASYARAKAT ISLAM

DIABOLISME INTELEKTUAL

REALITI KEHIDUPAN MASYARAKAT BARAT

UNTUKMU MUJAHIDAH SEJATI

AL-URUF SEBAGAI SUMBER HUKUM

KESAN PENJAJAHAN PADA EPISTEMOLOGI ISLAM

SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH

MENJANA PENGHASILAN GENERASI DAKWAH

PROSES REENGINEERING IMEJ MAHASISWA

KERTAS KERJA HAKIKAT IFC

ENAM TOPI DE BONO

ISLAMOPHOBIA: INDOKTRINISASI BARAT YANG BERJAYA?

QAEDAH SULBAH SATU KEPERLUAN

KEPENTINGAN UKHWAH DALAM PERJUANGAN

MAHASISWA MINDANYA PERLU BEBAS

TAFSIR AL-IKHLAS 1

TAFSIR AL-IKHLAS 2

6 KASUT BERTINDAK DE BONO

APA ITU AQIDAH?

SELAMAT TAHUN BARU 2007

DAEI DAN FIQHUL WAQI' 1

DAEI DAN FIQHUL WAQI' 2



 RAKAN SEPERJUANGAN


ALUMNI SMKA FALAHIAH

FIKIR AMIN IDRIS

STUDENT POWER

SHARINGAN ALHAFIZ

KITARO BECKHAM

ANJUNG HIJAU ABE NAPI

PENASALJU ABE JA

PULAUHARAPAN FADHIL

AIMI NABIHAH

BINGKISAN ROHANI

PERMATA PERLIS

TEAM KUIM

CAHAYA LAUZAIE

LAMAN MUNAWWARAH


 LINK BERMANAFAAT


DIARI SEORANG MUJAHID

SAIFULISLAM

PARANG TUMPUL

ROSLAN SMS CORNER

UNIMALAYA TODAY

INFO DAKWAH

PMI UNIMALAYA

IKATAN STUDI ISLAM UKM

PMI UNITEKNOLOGI MALAYSIA

ANTI-RUFAQA'


 DOWNLOAD BAHAN BACAAN


ASAS AKHLAK DALAM HARAKAH

DASAR DASAR ISLAM

ADAB PERGAULAN

DAKWAH FARDIYYAH

AMAL ISLAMI 1

ANTARA SEMALAM&HARI INI

CARA HIDUP ISLAM

FIQHUSSUNAH 1

FIQH SIRAH 1

SYARAH USUL 20

TANGGUNGJAWAB PEMUDA

TABARRUJ



 TAFSIR FI ZILALILQURAN


SURAH AL-FATIHAH

SURAH AL-MUZAMMIL

SURAH AL-MUDASSIR

SURAH AL-MUTAFFIFIN

SURAH AL-TARIQ

SURAH AL-A'LA

SURAH AL-GHASIYAH

SURAH AL-INSYIRAH

SURAH AD DHUHA



 RISALAH TSULASA'


RISALAH TSULASA' 1

RISALAH TSULASA' 2

RISALAH TSULASA' 3

RISALAH TSULASA' 4

RISALAH TSULASA' 5

RISALAH TSULASA' 6

RISALAH TSULASA' 7

RISALAH TSULASA' 8



::: MENYOROTI CORDOVA :::

Cordova di Sepanyol pernah menjadi ibu kota sebuah kerajaan Islam dibawah pemerintahan Bani Umayyah.Hal itu terjadi sejak 750 M setelah Bani abbasiyyah menakluki Bani Umayyah di Damsyik. Sebenarnya Islam sudah sampai di Cordova pada 711 M lagi setelah tariq Bin Ziad melakukan perluasan wilayah ke Sepanyol atas perintah Musa Bin Nusair, gabenor Afrika Utara ketika itu dibawah al-Walid 1 daripada kerajaan Umaiyah. Tariq dengan mudah menguasai wilayah Sepanyol seperti Toledo,Sevilla, Malaga,Elvira dan Cordova. Ketika pemerintahan bani Umayyah masih berkuasa di damsyik, Toledo dijadikan ibu kota di Sepanyol.Namun, setelah digulingkan oleh Bani Abbasiyyah, Bani Umayyah membina pemerintahan di Sepanyol dan menjadikan Cordova sebagai ibu kota dibawah pemerintahan Abdurrahman al-Dakhil (Abdurrahman 1). Sejak itu Cordova mengalami kemajuan. Apabila berlaku perpecahan Islam di Sepanyol, Cordova jatuh ke tangan Kristian dan Islam dihapuskan secara paksa.Kini, Cordova merupakan ibu kota sebuah wilayah yang mempunyai nama yang sama di Sepanyol. Luas wilayahnya 13727km dan didiami sekitar 782000 orang. Marilah kita bersama mencari permata tinggalan kota Cordova?

Sumber : Insklopedia Islam untuk pelajar

   



THE 7 HABITS OF HIGHLY EFFECTIVE PEOPLE (BY STEPHEN R.COVEY)

Habit 1 : be proactive

Habit 2 : begin with the end in mind

Habit 3 : Put first things First

Habit 4 : Think Win-win

Habit 5 : Seek first to understand then to be understood

Habit 6 : synergize

Habit 7 : Sharpen the saw




7 TABIAT ORANG YANG AMAT BERKESAN (OLEH STEPHEN R.COVEY)

Tabiat 1 : Jadilah proaktif

Tabiat 2 : Mula dengan mengingati matlamat

Tabiat 3 : Buat perkara pertama dahulu

Tabiat 4 : Fikirkan menang-menang

Tabiat 5 : Cuba memahami dahulu, kemudian cuba untuk difahami

Tabiat 6 : Bersinergi

Tabiat 7 : Tajamkan gergaji





:::: HADIS AKHIR ZAMAN :::

Daripada Abu Hurairah r.a berkata : Bersabda Rasulullah saw " Islam bermula dengan dagang (asing) dan kembali dalam keadaan asing pula.Maka beruntunglah orang-orang yang asing"
Hadis Riwayat Muslim


ISLAM ADALAH CARA HIDUP KITA


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

February 20, 2007
FIQHUL WAQI' 2

DAIE DAN FIQHUL WAQI' (2)

NABI SAW INSAN MEMAHAMI WAQI'

       Rasulullah SAW pernah bersabda  : " Kalau bukan kerana kaum kamu yang baru saja keluar dari masa jahiliah nescaya akan ku ubah Kaabah itu,dan aku lekatkan kebumi (pintu kaabah) dan aku jadikan baginya dua pintu iaitu pintu yang manusia masuk daripadanya dan pintu yang manusia keluar darinya". ( Bukhari dan Muslim).

      Rasulullah saw meninggalkan perkara tersebut kerana keutamaan tidak melakukannya adalah lebih utama dalam situasi orang Quraisy yang baru saja memeluk Islam.Jika Nabi saw melakukan juga ,nescaya Quraisy akan lari dari Islam.Keluarnya Quraisy dari Islam adalah mafsadah diatas maslahah yang hendak diteguhkan.Rasulullah meraikan pandangan umum dalam perkara yang tidak menggangu amal yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Penetapan suatu tindakan mesti memerhatikan suasana dan mengambil kira waqi' adalah berlandaskan kaedah fiqh iaitu :

" Adat (kebiasaan) itu boleh ditetapkan sebagai hukum".

Melalui kaedah ini, meraikan dan mengambil kira pandangan umum setempat merupakan salah satu dari dasar-dasar Islam.Pandangan yang diraikan adalah yang tidak bertentangan dengan syariat islam. Jika ia melanggar syariat Islam,maka ianya akan tertolak.

BAGAIMANA MEMAHAMI WAQI'

Dalam kemahiran fiqhul waqi' keperluan seorang daei itu termasuklah AL-FAHMU yang jelas dalam islam (perkara thawabit dan mutaghayyirat), mengkaji uruf setempat dan budaya masyarakat, melihat peluang dakwah dari pelbagai sudut dan method.

        Dalam buku Risalah Usrah karangan Abu urwah menyatakan duat perlulah mempunyai basiran naqid atau pandangan tajam dalam memberi pendapat untuk mengeluarkan dirinya dan harakah dari kekeliruan yang berlaku dalam realiti. Duat yang mempunyai basiran naqid akan membantu  medan dakwah dalam menghadapi rintangan dan cabaran dalam waqi semasa.

        Kefahaman yang jelas tentang dasar-dasar dalam Islam akan menjadikan seseorang daei itu jelas matlamat dan halatujunya tanpa mudah dirungkai oleh cabaran realiti semasa. Maka Islam yang perlu difahami ialah islam yang syumul yang terangkum dalam 3 bidang utama iaitu : AQIDAH , FEQAH (SYARIAT) dan TASAWWUF (AKHLAK),juga termasuk memahami rubu' dalam feqah iaitu Ibadah, Jinayat, Muamalat dan Munakahat.

        Bagi seorang daei yang ingin memahami waqi' perlu mengenali dan memahami konsep maslahah dan mafsadah serta mempunyai kefahaman dalam memilih iaitu Fiqh Al-Aulawiyyat dan Fiqh muazzanat. Dalam erti kata yang lain, kedua-dua fiqh ini perlu digabungjalin dan berkolaborasi dalam kefahaman untuk memahami realiti semasa.

PENUTUP

        Dr Yusuf Qaradawi dalam Bukunya " Kewajipan  Menguasai Enam Jenis Fiqh Bagi Pendakwah Islam Di Alaf Baru" menyarankan peri pentingnya seorang daei mempunyai kemahiran dalam fiqhul waqi'. Khalifah Umar Abdul Aziz pernah menyebut "Berbicaralah dengan orang ramai tentang hukum mengikut  tahap dan taraf yang mereka bicarakan.Malahan kita melihat ramai tokoh mujtahidin yang membuat perubahan hukum kerana perubahan masa,perubahan maslahah dan perubahan uruf. Kerana itu kita melihat fatwa yang dikeluarkan cepat berubah disebabkan perubahan pada waqi' itu sendiri. Ibnu Qayyim juga menekankan perihal waqi ini dalam kitabnya I'lam al-Muwaqqi'in.

        Secara umumnya,dapatlah kita fahami dalam kepelbagaian dan kecelaruan umat kini, para daei seharusnya memahami suasana kini dan berusaha menjadi formula terbaik dan mekanisme terbaik dalam memastikan para mad'u yang disasarkan semakin dekat dan cintakan Islam,bukan semakin menjauhinya kerana kegagalan para daei dalam memahami apakah itu Fiqhul waqi'.

RUJUKAN

1.   Risalah usrah Jilid 3 : Abu Urwah

2.     usul dakwah : Dr Abdul karim Zaidan

3.    Sirah Nabawiyyah : Tn Guru Nik Abdul Aziz

4.     Kewajipan  Menguasai Enam Jenis Fiqh Bagi Pendakwah Islam Di Alaf Baru : Dr Yusuf Qaradawi

5.     Kewajipan Generasi Muda Islam Kini : Dr Yusuf Qaradawi



Posted at 03:09 pm by Laman_Cordova

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry