MENCARI PERMATA CORDOVA..







Laman_Cordova


Bismillahirrahmanirrahim, salam sejahtera sahabat teman yang saya hormati, semoga kalian beroleh sedikit permata ilmu yang dikongsi bersama..

Ahmad Asyraf Shari
-December 30th-21 tahun
-0129533884-smileaas@yahoo.com


Pesan Assyahid Hasan AlBanna

7 Kekuatan umat islam :

- kekuatan iman

- kekuatan ilmu

- kekuatan jihad

- kekuatan kesihatan

- kekuatan harta

- kekuatan harga diri&maruah

- kekuatan keadilan.




MASA ITU PERMATA BERHARGA






   
   

<< May 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31


  


 ARTIKEL TERDAHULU


WASIAT HASAN AL-BANNA


TAJDID DALAM MASYARAKAT ISLAM

DIABOLISME INTELEKTUAL

REALITI KEHIDUPAN MASYARAKAT BARAT

UNTUKMU MUJAHIDAH SEJATI

AL-URUF SEBAGAI SUMBER HUKUM

KESAN PENJAJAHAN PADA EPISTEMOLOGI ISLAM

SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH

MENJANA PENGHASILAN GENERASI DAKWAH

PROSES REENGINEERING IMEJ MAHASISWA

KERTAS KERJA HAKIKAT IFC

ENAM TOPI DE BONO

ISLAMOPHOBIA: INDOKTRINISASI BARAT YANG BERJAYA?

QAEDAH SULBAH SATU KEPERLUAN

KEPENTINGAN UKHWAH DALAM PERJUANGAN

MAHASISWA MINDANYA PERLU BEBAS

TAFSIR AL-IKHLAS 1

TAFSIR AL-IKHLAS 2

6 KASUT BERTINDAK DE BONO

APA ITU AQIDAH?

SELAMAT TAHUN BARU 2007

DAEI DAN FIQHUL WAQI' 1

DAEI DAN FIQHUL WAQI' 2



 RAKAN SEPERJUANGAN


ALUMNI SMKA FALAHIAH

FIKIR AMIN IDRIS

STUDENT POWER

SHARINGAN ALHAFIZ

KITARO BECKHAM

ANJUNG HIJAU ABE NAPI

PENASALJU ABE JA

PULAUHARAPAN FADHIL

AIMI NABIHAH

BINGKISAN ROHANI

PERMATA PERLIS

TEAM KUIM

CAHAYA LAUZAIE

LAMAN MUNAWWARAH


 LINK BERMANAFAAT


DIARI SEORANG MUJAHID

SAIFULISLAM

PARANG TUMPUL

ROSLAN SMS CORNER

UNIMALAYA TODAY

INFO DAKWAH

PMI UNIMALAYA

IKATAN STUDI ISLAM UKM

PMI UNITEKNOLOGI MALAYSIA

ANTI-RUFAQA'


 DOWNLOAD BAHAN BACAAN


ASAS AKHLAK DALAM HARAKAH

DASAR DASAR ISLAM

ADAB PERGAULAN

DAKWAH FARDIYYAH

AMAL ISLAMI 1

ANTARA SEMALAM&HARI INI

CARA HIDUP ISLAM

FIQHUSSUNAH 1

FIQH SIRAH 1

SYARAH USUL 20

TANGGUNGJAWAB PEMUDA

TABARRUJ



 TAFSIR FI ZILALILQURAN


SURAH AL-FATIHAH

SURAH AL-MUZAMMIL

SURAH AL-MUDASSIR

SURAH AL-MUTAFFIFIN

SURAH AL-TARIQ

SURAH AL-A'LA

SURAH AL-GHASIYAH

SURAH AL-INSYIRAH

SURAH AD DHUHA



 RISALAH TSULASA'


RISALAH TSULASA' 1

RISALAH TSULASA' 2

RISALAH TSULASA' 3

RISALAH TSULASA' 4

RISALAH TSULASA' 5

RISALAH TSULASA' 6

RISALAH TSULASA' 7

RISALAH TSULASA' 8



::: MENYOROTI CORDOVA :::

Cordova di Sepanyol pernah menjadi ibu kota sebuah kerajaan Islam dibawah pemerintahan Bani Umayyah.Hal itu terjadi sejak 750 M setelah Bani abbasiyyah menakluki Bani Umayyah di Damsyik. Sebenarnya Islam sudah sampai di Cordova pada 711 M lagi setelah tariq Bin Ziad melakukan perluasan wilayah ke Sepanyol atas perintah Musa Bin Nusair, gabenor Afrika Utara ketika itu dibawah al-Walid 1 daripada kerajaan Umaiyah. Tariq dengan mudah menguasai wilayah Sepanyol seperti Toledo,Sevilla, Malaga,Elvira dan Cordova. Ketika pemerintahan bani Umayyah masih berkuasa di damsyik, Toledo dijadikan ibu kota di Sepanyol.Namun, setelah digulingkan oleh Bani Abbasiyyah, Bani Umayyah membina pemerintahan di Sepanyol dan menjadikan Cordova sebagai ibu kota dibawah pemerintahan Abdurrahman al-Dakhil (Abdurrahman 1). Sejak itu Cordova mengalami kemajuan. Apabila berlaku perpecahan Islam di Sepanyol, Cordova jatuh ke tangan Kristian dan Islam dihapuskan secara paksa.Kini, Cordova merupakan ibu kota sebuah wilayah yang mempunyai nama yang sama di Sepanyol. Luas wilayahnya 13727km dan didiami sekitar 782000 orang. Marilah kita bersama mencari permata tinggalan kota Cordova?

Sumber : Insklopedia Islam untuk pelajar

   



THE 7 HABITS OF HIGHLY EFFECTIVE PEOPLE (BY STEPHEN R.COVEY)

Habit 1 : be proactive

Habit 2 : begin with the end in mind

Habit 3 : Put first things First

Habit 4 : Think Win-win

Habit 5 : Seek first to understand then to be understood

Habit 6 : synergize

Habit 7 : Sharpen the saw




7 TABIAT ORANG YANG AMAT BERKESAN (OLEH STEPHEN R.COVEY)

Tabiat 1 : Jadilah proaktif

Tabiat 2 : Mula dengan mengingati matlamat

Tabiat 3 : Buat perkara pertama dahulu

Tabiat 4 : Fikirkan menang-menang

Tabiat 5 : Cuba memahami dahulu, kemudian cuba untuk difahami

Tabiat 6 : Bersinergi

Tabiat 7 : Tajamkan gergaji





:::: HADIS AKHIR ZAMAN :::

Daripada Abu Hurairah r.a berkata : Bersabda Rasulullah saw " Islam bermula dengan dagang (asing) dan kembali dalam keadaan asing pula.Maka beruntunglah orang-orang yang asing"
Hadis Riwayat Muslim


ISLAM ADALAH CARA HIDUP KITA


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

May 3, 2006
DIABOLISME INTELEKTUAL

DIABOLISME INTELEKTUAL

      He's 'Diabolico'. He's dangerous". Ini adalah sedutan dialog dari siri cerita Power Rangers the Rescue. Pernahkah anda menontonnya? Di sini penulis tertarik dengan perkataan diabolico yang diperkatakan oleh salah seorang anggota power rangers tersebut.Oleh yang demikian, penulis berusaha mencari apakah yang dimaksudkan dengan diabolico dan cuba mengaitkannya dengan situasi yang berlaku sepanjang zaman. Diabolico adalah watak yang dimainkan dalam cerita tersebut bagi menggambarkan watak jahat yang baru dilahirkan dan musuh kepada sekumpulan anak muda yang dikenali sebagai power rangers. Perkataan asalnya adalah diabolos. Diabolos adalah iblis. Sebagaimana kita ketahui, iblis dikutuk dan dihalau keluar dari syurga kerana menolak perintah Tuhan dan enggan bersujud kepada Adam a.s. Tetapi, iblis ini bukannya makhluk yang atheist ataupun ragu terhadap Tuhan.Diabolos adalah iblis dalam bahasa Yunani kuno,menurut A. Jeffery dalam bukunya Foreign Vocabulary of The Quran, cetakan Baroda 1938 (halaman 48). Maka istilah "diabolisme" adalah pemikiran, watak dan perilaku ala iblis ataupun pengabdian padanya. Dalam Al Quran dinyatakan bahawa Iblis termasuk bangsa jin (18: 50), yang diciptakan dari api (15: 27).Sebagaimana kita ketahui, ia dikutuk dan dihalau kerana menolak perintah Tuhan agar bersujud kepada Adam a.s. Apakah iblis Atheist? Jawapannya tidak. Apakah ia agnestik? Jawapannya juga bukan. Iblis tidak mengingkari adanya Tuhan. Iblis juga tidak meragukan wujud mahupun ketunggalanNya. Iblis bukannya tidak mengenal Tuhan malah ia percaya dengan yakin seratus peratus. Lalu mengapa ia dilaknat dan disebut kafir?Di sinilah terletaknya persoalannya. Kenal dan tahu sahaja tidak mencukupi. Percaya dan mengakui pun tidak memadai. Mereka yang kafir dari kalangan Ahli Kitab pun kenal dan mengetahui siapa dan bagaimana sifat dan perilaku Rasulullah SAW, sebagaimana ibu bapa mengenali anak kandungnya sendiri (). Namun mereka tetap tidak dan enggan masuk Islam. Jelaslah bahawapengetahuan, kepercayaan dan kenyataan henaklah disertai dengan kepatuhan dan ketundukan dan diikuti dengan kesediaan dan kemahuan untuk merendah diri,menurut dan melaksanakan perintah, "Knowledge and recognition should be followed by acknowledgement and submission, tegas Professor Naquib al Attas.

      Kesalahan iblis bukan kerana ia tidak mengetahui atau tiada ilmu tentang ketuhanan. Kesalahannya adalah membangkang- "aba" (2: 34, 13: 31, 20: 116),menganggap dirinya hebat- "istikbara" (2: 34, 38: 73,38: 75) dan melawan perintah Tuhan- "fasaqa an amri rabbih" (18: 50). Dalam hal ini, Iblis tidak bersendirian. Sudah ramai orang yang berjaya direkrutkan sebagai saf dan kroninya, berfikiran dan berperilaku seperti dilakukan oleh Iblis. Diabolisme adalah "prototype" intelektual iblis. Sebagaimana yang dikisahkan dalam Al Quran, sejurus setalah ia divonis,iblis mohon kepada Tuhan agar ajalnya ditangguhkan.Permohonannya dimakbulkan dan dibebaskan untuk sementera waktu, ia pun bersumpah untuk mengheret orang lain ke jalannya dengan pelbagai cara. "hasutlah siapa sahaja di kalangan mereka dan seruanmu.Kerahkanlah seluruh pasukanmu, kavalri mahupun infantri. Menyusuplah dalam urusan kewangan dan keluarga mereka. Janjikan mereka dengan kenikmatan dan keselamatan". Demikianlah yang telah difirmankan kepada Iblis (17: 64). Maka iblis bertekad, "sesungguhnya akan kuhalangi mereka dari jalanMu yang lurus. Akan kudatangi mereka dari arah depan dan belakang, dari sebelah kanan dan sebelah kiri mereka"(7: 16-17).

      Menurut Ibn Abbas, iblis bertekad untuk menyesatkan manusia dengan menebarkan keraguan, membuat manusia ragu dan lupa akan akhirat, tidak menyukai akan kebaikan dan kebenaran dan tergila-gilakan dunia, meragukan manusia dalam persoalan agama, berbuat maksiat dan sebagainya (lihat tafsir Ibn Kathir).Tidak sulit untuk mendefinisikan cendekiawan yang bermentaliti iblis. Sebab, ciri-cirinya telah cukup terang dab telah diterangkan dalam Al Quran sebagai berikut: Selalu membantah dan membangkang kepada kebenaran (6:121). Meskipun ia kenal, mengetahui dan memahami,namun tidak pernah mengakui dan menerima kebenaran.Seperti ingkarnya firaun dan pengikutnya, zulman wa 'uluwwa, meskipun dan padahal hatinya mengakui danmeyakini (wa isytayqanat-ha anfusuhum). Maka dicarinya pelbagai alasan untuk menyanggah dan menolak kebenaran demi mempertahankan pendapat peribadinya yang tanpa dibimbing oleh wahyu Ilahi. Bukan tidak mengetahui kebenaran, namun sememangnya ia tidak mahu tunduk kepada kebenaran. Tidak hairanlah sekiranya kita nelihat ada umat Islam yang mengakui Muslim, namun ada sifat-sifat sebegini. Mempertahankan ideologi sendiri tanpa dibimbingi wahyu Ilahi dan membangkang kebenaran ini juga disebut sebagai al-'inadiyyah. Sifat Takabbur dan Sombong. Sikap ini telah diterangkan dalm hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Muslim: "Sombong ialah menolak yang Haq dan meremehkan orang lain (Al kibru batarul haqq wa ghamtun nas).Akibatnya orang yang mengikuti kebenaran sebagaimana yang dinyatakan dalam Al Quran atau hadis Nabi SAW dianggap sebagai dogmatic, literalis, legesentris, fundamentalis, konservatif dan sebagainya.

      Adapun orang yang berfikiran liberal, berpandangan relativistik dan skeptis, menghujjah Al Quran dan Hadis, meragukan dan menolak kebenaran disanjung sebagai intektual kritis, reformis dan sebagainya meskipun terbukti ia adalah zindiq, heretik dan bermental iblis. Mereka menganggap orang beriman itu bodoh (sufaha'). Intelektual seperti inilah yang diancam oleh Allah dalam Al Quran: " Akan Aku palingkan mereka dari Ayat-ayat-Ku.".Sehingga walaupun mereka melihat dan menyaksikan kebenaran,mereka tetap tidak akan mempercayainya. Dan sekiranya mereka melihat jalan kebenaran, mereka tidak akan menempuhnya.Sekiranya mereka melihat jalan kesesatan,mereka akan menyelusurinya (7: 146).Mengkaburkan dan Menyembunyikan Kebenaran (Talbis wa Kitman al haqq). Cendekiawan diabolik bukannya tidak mengetahui mana satu kebenaran dan yang mana satu yang salah. Namun, ia sengaja memutarbelitkan data dan fakta. Yang batil, digubah dan dikemaskan strukturnya agar tidak nampak ia sau kebatilan malah seolah-olah kelihatan suatu yang benar. Dan sebaliknya, yang haqq,ia sengaja menukarkan kepada kebatilan sehingga tidak ada nampak ciri-ciri kebenaran. Dan lebih dasyat lagi,ia campur adukkan anatar yang haq dan yang batil sehingga tidak jelas anatar yang haq dan yang batil sehingga tidak jelas perbezaan antara kedua-duanya.

      Strategi ini amat efektif dan ampuh yang akan membuatkan umat Islam menjadi 'kecoh'. Contohnya seperti para pengasas gagasan inklusivisme dan pluralisme agama. Mereka ini mengutip ayat-ayat Al Quran (2:62 dan 5:69) untuk menjustifikasikanpemikiran liarnya bagi mengatakan semua agama adalah sama tanpa mempedulikan konteks 'siyaq', 'lihaq' atau 'sibaq' mahupun 'tafsir bil ma'thur' dari ayat-ayat tersebut. Hal ini sama dilakukan oleh para orientalis barat dalam membuat kajian terhadap Al Quran dan Hadis. Mereka memperbesarkan perkara yang kecil, memperkotak katikkan perkara yang sudah tuntas dan jelas sambil memanipulasikan (tahrif) sumber-sumber yang ada. Hal ini tidak menjadi suatu kehairanan kerana meraka di kalangan yahudi dan kristian yang mana kerekteristiknya telah dijelaskan oleh Allah dalam Al Quran, " Ya ahlal kitab lima talbisunal haqq bil baathil wa taktumul haqq wa antum ta'lamun?"Tetapi yang mengejutkan ialah hal yang sama ini dilakukan oleh mereka yang zahirnya Muslim. Hal ini kerana watak dan sifatnya yang dilakoninya itu adalah sifat iblis yang juga disebut sebagai syaitan.

      Dalam bahasa Ibrani, syaitan digelar syatan  yang beerti lawan atau musuh. Dalam Al Quran ditegaskan bahawa syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia (12: 5, 17: 53 dan 35:6). Selain membangkang kebenaran ('asiyy), syaitan berwatak jahat, liar dan kurang ajar (marid). Bagi menggelincirkan (istazalla),menjerumuskan (yughwi) dan menyesatkan (yudillu) orang, syaitan juga mempunyai stratetgi. Antaranya ialah menyusup dan mempengaruhi (yatakhabbat), merasuk dan merosak (yanzagh), menakluk (istahwa) dan menguasai (istahwadza), menghalang (yasudd) dan menakuti (yukhawwif), merekomendasi (sawwala), menyeru(yad'u) dan menjebak (yaftin), mencipta imej positif untuk kebatilan (zayyana lahum a'maa lahum), membisikkan perkara negatif ke dalam hati dan fikiran (yuwaswis), menjanjikan dan memberikan manfaat (ya 'iduhum wa yumannihim), memperdaya dengan tipu muslihat (dalla bi ghurur), membuat orang lupa dan lalai (yunsi), merebakkan konflik dan kebencian (yuqi'ul 'adawah wal baghdaa), menganjurkan perbuatan maksiat (ya'muru bil fahsya' wal munkar) dan menyuruh supaya orang menjadi kafir (qala lil insaani kafur).Inilah antara strategi yang juga telah dipraktikkan oleh angkatannya dari kalangan cendikiawan dan para ilmuan yang digelar diabolik. Mereka juga digelar sebagai awliyya as Syaitan (4: 76), ikhwan syaitan (3:175), hizb syaitan (58: 19) dan junuud iblis (26: 94). Mereka menikam agama dan mempropogandakan pemikiran liar atas nama Hak Asasi Manusia (HAM), kebebasan berekspresi, demokrasi, pembaharuan, pencerahan atau penyegaran. Semua ini sebenarnya buakn suatu yang baru dan pertama kali terjadi seperti segera diketahui oleh setiap yang membaca sejarah pemikiran Islam. Semua ini merupakan reproduksi dan repetasi, "history repeats itself". Hanya pelakonya yang berbeza namun karektornya dan peranannya adalah sama. Ada Firaun, ada Musa as. Muncul Suhrawardi al Maqtul, ada Imam Ibn Taimiyyah. Lahirnya Hamzah Fansuri namun datang Ar Raniri. Sememangnya Al Quran telah mengungkapkan,"memang ada manusia yang suka menghujjah Allah tanpa ilmu dan menjadi pengikut-pengikut syaitan yang durhaka. Telah ditetapkan atas mereka bahawa sesiapa yang menjadikan syaitan itu sebagai kawan, maka akan disesatkan olehnya dan dihumban ke neraka" (22: 3-4)

      Oleh yang demikian, manusia yang beriman diingatkan agar senantiasa menyedari bahawa "sesungguhnya syaitan itu mewahyukan kepada pengikutnya untuk menyesatkan ke dalam pertengkaran. Jika dituruti, kalian akan menjadi orang-orang musyrik" (6: 121). Hal ini bererti kita sebagai umat Islam dan beriman dengan wahyu Ilahi perlu berasaskan dengan ilmu, adab dan bertunjang sumber-sumber dalam Islam dalam melaksanakan segala tuntutanNya.

 

 


Posted at 04:41 pm by Laman_Cordova

Dr S Arif
August 16, 2006   01:57 AM PDT
 
Tulisan ini adalah buah pena Dr Syamsuddin Arif yang di-published kat www.hidayatullah.com
Teman anda (Moh Zaid Sabri) telah berdusta & menipu anda apabila dia mendakwa artikel ini konon karyanya.
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry