Kertas kerja ini dibentangkan semasa Seminar Ketamadunan Islam 2006 di Bangi, Selangor. Menyingkap persoalan kerosakan yang berlaku dalam masyarakat Barat yang menjadikan materialisme sebagai asas dalam kehidupan dengan menolak tamadun insaniyyah dimana jelas ianya memakan diri ketamadunan mereka sendiri. Selamat membaca¡
KERTAS KERJA : REALITI KEHIDUPAN
MASYARAKAT BARAT
AHMAD ASYRAF BIN SHARI
KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA
PENDAHULUAN
Islam merupakan agama yang bersifat kamil wa kamalat (sempurna dan menyempurnakan).Islam merupakan way of life yang terbaik bagi manusia kerana ia meliputi semua segmen dalam kehidupan manusia. Ianya menepati dan bersesuaian dengan fitrah kemanusiaan. Firman Allah :
Pada hari ini,Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. (Al-Maidah : 3)
Kertas kerja ini membincangkan kesan apabila Islam tidak dijadikan jalan kehidupan dan apabila nafsu dijadikan sebagai penghulu dalam kehidupan.
TAMADUN BARAT
-
Ahli fikir barat sangat menitik beratkan teori dari tamadun Yunani dan Romawi
-
Pemikiran Yunani dan Rom yang menekankan keagungan manusia dari faktor ketuhanan
-
Tamadun Barat tidak diasaskan pada basis agama, tetapi atas asas sains dan teknologi
-
Sangat mengagumi tamadun rom dan Yunani kerana takjub dengan kehebatan dua kuasa besar dunia ini
-
Tamadun Yunani dikatakan tamadun yang dijadikan panduan dalam permulaan detik sejarah dunia Barat
-
Athens merupakan pusat ilmu falsafah yang terkenal, berasaskan konsep kemanusiaan mendapat tempat sebagai peneraju dunia, menolak konsep sumber wahyu
-
Tamadun Rom juga berasaskan dari tamadun Yunani.
-
Pemerintahan byzantium (Rom timur) merupakan zaman bersejarah bagi tamadun Rom ¨C memberi penumpuan kepada agama Kristian
-
Benua Eropah mengalami kejatuhan selepas keruntuhan Rom dan dikenali sebagai dark ages ( zaman gelap)
-
Kemudian, mengalami renaissance (pembaharuan) dari kemelut keagamaan kepada pegangan Rom dan Yunani- mula menitikberatkan pegangan 'logic and age of reason'
-
Idea-idea Barat seperti demokrasi, women's liberation dan freedom
PENDEWAAN NILAI BARAT
-
Said Hawwa dalam Jundullah thaqafatan wa akhlakan menyatakan realiti semasa masyarakat Islam telah melaksanakan hukum selain Islam
-
Peringkat penolakan nilai Islam: Terang-terangan mengajak mengambil sistem selain dari Islam Bertindak secara sembunyi Berpendapat hukum Islam tidak sesuai untuk zaman moden Berpuashati dengan sistem kufur yang memerintah
-
Ingatilah firman Allah dalam surah annisa' ayat 50 :
Tidakkah Engkau (hairan) melihat (Wahai Muhammad) orang-orang (munafik) Yang mendakwa Bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran Yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) Yang telah diturunkan dahulu daripadamu? mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka Dengan kesesatan Yang amat jauh.
PERTEMBUNGAN PERADABAN
-
Samuel P.Hungtinton melalui tesis The Clash Of the civilization and the remaking of the new world Order ¨C menaja pemikiran pertembungan peradaban.
-
Hungtinton menggunakan istilah east(Tamadun timur) dan west ( tamadun barat)
REALITI MASYARAKAT
Kerapuhan agama Kristian dan kebobrokan sistem gereja
-
Pegangan atau akidah mereka berpandukan agama Kristian, Berkitab injil dan mengimani Nabi Isa sebagai 'anak tuhan'¡Æ Konsep pegangan adalah konsep trinity ; Tuhan Bapa iaitu Allah, tuhan anak Nabi Isa dan Maryam
-
Penyelewengan kitab injil kepada empat buah ; Matta, marqus, Luqa dan Yuhana
-
Agama kristian adalah slogan dimana lambang salib menjadi tempat berhimpun, gereja sebagai tempat bersiar-siar dimusim cuti.
-
Pelantikan paderi yang mengamalkan homoseksual sebagai ketua gereja
Keruntuhan sistem kekeluargaan
-
Di amerika syarikat , gejala homoseksual menjadi kebiasaan dan banyak dibahaskan oleh Parti Republikan(konservatif) dan Parti Demokratik ( liberalisme)
-
Di Britain fenomena ibu bapa menjual anak kecil untuk membeli barangan elektrik
-
Fenomena penceraian, anak-anak tanpa keluarga ( children without parents), rumahtangga yang roboh ( broken house)
-
Di Perancis, fenomena " Love dogs than baby"
Kebejatan Akhlak
-
Budaya kerosakan akhlak dan pengaruh hedonisme
-
Mengalami masalah sosial yang teruk seperti penagihan dadah, free sex, homoseks, lesbian, gay, punk ,pemujaan mayat mati atau vombie, pelacuran dan perjudian.
-
Industri pornografi (gambar lucah) menjadi sumber ekonomi Barat, eksploitasi wanita sebagai aset industri pelacuran
-
Jenayah juvana yang membimbangkan masyarakat Barat
Material lawan kemanusiaan
-
Sistem kapitalis mengejar kemewahan material, perasaan hubbun duniya mengikis sifat kemanusiaan.
-
Membangunkan industri senjata nukleur dan menghancurkan negara lain
-
Kehilangan nilai karamah insaniyyah antara masyarakat Barat
ISLAM DAN TEKNOLOGI
-
Teknologi adalah perkataan yang berasal dari Barat dan membawa maksud aplikasi sains secara praktikal atau mekanikal terhadap industri dan kehidupan
-
Orang Barat akan menjadi maju apabila mereka meninggalkan agama mereka (Kristian) tetapi umat Islam akan maju apabila mengikut agamanya (Islam)
-
Teknologi adalah ciptaan barang material dan fizikal yang tidak boleh dikaitkan dengan mana-mana tamadun,ia bersifat madaniyyah (bahan material civilization) yang bersifat universal seperti microwave, gas cooker dan lain-lain
-
Teknologi boleh dicipta oleh mana-mana tamadun seperti komputer ( tengok kegunaannya)
-
Rasulullah saw pernah mengambil teknologi perang dari Persia dalam perang khandak
-
Ciptaan meriam pertama dizaman Khalifah Muhammad al-fateh semasa menakluki kota Constantinaple (Istanbul )
-
Firman Allah dalam surah Luqman ayat ke 20 :
Tidakkah kamu memperhatikan Bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa Yang ada di langit dan Yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada Kami nikmat-nimatNya Yang zahir dan Yang batin? Dalam pada itu, ada di antara manusia orang Yang membantah mengenai (sifat-sifat) Allah Dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau sebarang petunjuk; dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah Yang menerangi kebenaran.
Posted at 10:56 am by
Laman_Cordova