PARADIGMA AMAN: SUMBER RUJUKAN AL-'URUF
Pengenalan
Al-'uruf merupakan salah satu sumber yang berlaku sedikit kontradiksi antara ulama' fiqh dalam penentuan hukum,dimana di satu pihak menggunakannya sebagai sumber hukum tetapi sebahagiannya tidak mengganggapnya sebagai sumber hukum , yang hanya thabat dan berpegang pada hukum yang disepakati umat Islam dan jumhur ulama' iaitu Al-Quran , assunnah, ijma' dan qias.
Takrifan al-urf dari sudut etimologi bahasa arab ialah ma'rifah (pengetahuan) dan maksudnya diharmoniskan kepada sesuatu yang ma'ruf dan behavior yang dianggap baik oleh akal yang sejahtera. Pengertian istilah menyebut sebagai adat majoriti sesuatu kaum dari sudut perkataan (taqrir), pengucapan dan amalan; dihayati dalam urusan kehidupan dan muamalat mereka. Sesetengah ulama' mendefinisikan 'uruf dan 'adat sebagai elemen yang berbeza namun jumhur telah memusatkan kata 'uruf dan 'adat membawa maksud yang sama iaitu amalan kebiasaan(tabiat) manusia yang dihayati .
Dalil kehujahan Al-Uruf dari Al-Quran:
"Hendaklah kamu pemaaf menyuruh agar mengerjakan yang baik, dan tinggalkan mereka yang jahil itu "Al- A'raf:199
Jenis Al-'Uruf
-
Uruf qauli atau lafzi ( pengucapan atau perkataan) contohnya di Malaysia apabila disebut 'daging' tidak ditakrifkan sebagai daging ikan atau daging ayam, tetapi diekslusifkan kepada sebutan bagi daging lembu.Bagi orang arab, al-walad diekslusifkan kepada anak lelaki bukan pada anak perempuan.
-
Uruf amali atau fi'li (amal perbuatan) contohnya waqi' masyarakat Malaysia dalam bab pembelian barangan tanpa ada ijab qabul dengan lafaz tetapi dengan cara unjuk-berunjuk (method tunjuk sahaja). Uruf 'am (umum) contohnya pembelian secara tempahan (al-istisna),yang menjadi methodologi umum didalam pembelian didalam masyarakat global dan di negara ini.
-
Uruf khas iaitu adat yang bersifat ekslusif (khusus) kepada sesebuah sekelompok masyarakat atau sesebuah komuniti kecil contohnya amalan kebiasaan golongan peniaga mensabitkan hutang berdasarkan catatan dokumen khas dan rekod-rekod, serta boleh dijadikan bahan bukti dan keterangan dalam mana-mana urusan.
-
Uruf syara' iaitu lafaz yang digunapakai oleh syara' dan tidak didefinisikan berdasarkan kepada etimologi bahasa semata-mata, contohnya assolah (solat),saum (puasa), hajj dan sebagainya. Inilah uruf yang terpenting diperbahaskan oleh ulama'.
-
Uruf sahih iaitu uruf yang tidak berlawanan (contra) dengan nas syara' dan qa'idahnya, tidak menghalalkan yang haram dan tidak membatalkan yang wajib. Lawannya ialah uruf fasid iaitu uruf yang berlawanan dengan hukum syara' contohnya amalan kebiasaan masyarakat yang meminum arak bagi bangsa Eropah,berjudi bagi masyarakat Cina dan sebagainya.
Status Al-Urf, Kehujahan, Perubahan Hukum
Ulama' jumhur telah menthabatkan bahawa uruf fasid merupakan uruf yang perlu dihazafkan dari mantaliti dan kehidupan mujtama' muslim(masyarakat) kerana faktor amalan berpaksikan hawa nafsu dan bersifat merosakkan syariat itu sendiri.Malahan,uruf sahih mestilah di'highlight'kan dan diambil perhatian kerana para fuqaha' variasi mazhab mengambil kira dalam istinbat hukum,penafsiran nas-nas dalam hukum yang bersifat samar-samar dan ketika proses implementation hukum-hukum Islam sendiri.
Fundamental bagi pengambilan uruf sebagai sumber didalam perhujahan hukum Islam dirujuk kepada menjaga maslahah umum dan mengurangkan mudharat mahupun kesukaran bagi masyarakat umum. Contohnya ,Islam mengekalkan dan mengiktiraf perayaan Arab Jahiliah dengan menggantikan dengan dua perayaan utama dalam Islam,iaitu Hari raya 'idulftri dan 'iduladha, serta memperakui beberapa jenis mualamat seperti mudharabah, syarikah dan sebagainya.
Kehujahan uruf diiktirafkan didasarkan kepada hadis Rasulullah SAW "Apa-apa yang dipandang oleh orang Islam sesuatu itu baik maka ia disisi Allah juga baik"(Riwayat Ahmad dan Ibnu Mas'ud). Namun, penghujahan ini tidak bersifat rigid atau statik kerana hukumnya berubah berdasarkan kepada kefleksibelan uruf itu sendiri. Disebabkan itulah, kita melihat ada sedikit kontradiksi pendapat antara para fuqaha' dari mazhab yang sama, ini disebabkan perubahan di atas stand perbezaan masa bukan perbezaan dalil dan hujah.
Contohnya,Imam assyafie yang mempunyai dua pendapat iaitu Qaul qadim, dan qaul jadid iaitu dua pendapat yang berbeza semasa berada di dua lokasi yang berbeza uruf iaitu di Mesir dan di Iraq.Inilah antara lainnya kemudahan yang disediakan oleh Islam untuk kemaslahatan umat Islam iaitu mengambilkira elemen adat dalam penghujahan hukum didalam sistem perundangan Islam.Itulah sifat syumuliyyah Islam yang merangkumi kehidupan global manusia yang bersifat memudahkan bukan menyusahkan .Wallahua'lam.
AHMAD ASYRAF HJ SHARI