MENCARI PERMATA CORDOVA..







Laman_Cordova


Bismillahirrahmanirrahim, salam sejahtera sahabat teman yang saya hormati, semoga kalian beroleh sedikit permata ilmu yang dikongsi bersama..

Ahmad Asyraf Shari
-December 30th-21 tahun
-0129533884-smileaas@yahoo.com


Pesan Assyahid Hasan AlBanna

7 Kekuatan umat islam :

- kekuatan iman

- kekuatan ilmu

- kekuatan jihad

- kekuatan kesihatan

- kekuatan harta

- kekuatan harga diri&maruah

- kekuatan keadilan.




MASA ITU PERMATA BERHARGA






   
   

<< May 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31


  


 ARTIKEL TERDAHULU


WASIAT HASAN AL-BANNA


TAJDID DALAM MASYARAKAT ISLAM

DIABOLISME INTELEKTUAL

REALITI KEHIDUPAN MASYARAKAT BARAT

UNTUKMU MUJAHIDAH SEJATI

AL-URUF SEBAGAI SUMBER HUKUM

KESAN PENJAJAHAN PADA EPISTEMOLOGI ISLAM

SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH

MENJANA PENGHASILAN GENERASI DAKWAH

PROSES REENGINEERING IMEJ MAHASISWA

KERTAS KERJA HAKIKAT IFC

ENAM TOPI DE BONO

ISLAMOPHOBIA: INDOKTRINISASI BARAT YANG BERJAYA?

QAEDAH SULBAH SATU KEPERLUAN

KEPENTINGAN UKHWAH DALAM PERJUANGAN

MAHASISWA MINDANYA PERLU BEBAS

TAFSIR AL-IKHLAS 1

TAFSIR AL-IKHLAS 2

6 KASUT BERTINDAK DE BONO

APA ITU AQIDAH?

SELAMAT TAHUN BARU 2007

DAEI DAN FIQHUL WAQI' 1

DAEI DAN FIQHUL WAQI' 2



 RAKAN SEPERJUANGAN


ALUMNI SMKA FALAHIAH

FIKIR AMIN IDRIS

STUDENT POWER

SHARINGAN ALHAFIZ

KITARO BECKHAM

ANJUNG HIJAU ABE NAPI

PENASALJU ABE JA

PULAUHARAPAN FADHIL

AIMI NABIHAH

BINGKISAN ROHANI

PERMATA PERLIS

TEAM KUIM

CAHAYA LAUZAIE

LAMAN MUNAWWARAH


 LINK BERMANAFAAT


DIARI SEORANG MUJAHID

SAIFULISLAM

PARANG TUMPUL

ROSLAN SMS CORNER

UNIMALAYA TODAY

INFO DAKWAH

PMI UNIMALAYA

IKATAN STUDI ISLAM UKM

PMI UNITEKNOLOGI MALAYSIA

ANTI-RUFAQA'


 DOWNLOAD BAHAN BACAAN


ASAS AKHLAK DALAM HARAKAH

DASAR DASAR ISLAM

ADAB PERGAULAN

DAKWAH FARDIYYAH

AMAL ISLAMI 1

ANTARA SEMALAM&HARI INI

CARA HIDUP ISLAM

FIQHUSSUNAH 1

FIQH SIRAH 1

SYARAH USUL 20

TANGGUNGJAWAB PEMUDA

TABARRUJ



 TAFSIR FI ZILALILQURAN


SURAH AL-FATIHAH

SURAH AL-MUZAMMIL

SURAH AL-MUDASSIR

SURAH AL-MUTAFFIFIN

SURAH AL-TARIQ

SURAH AL-A'LA

SURAH AL-GHASIYAH

SURAH AL-INSYIRAH

SURAH AD DHUHA



 RISALAH TSULASA'


RISALAH TSULASA' 1

RISALAH TSULASA' 2

RISALAH TSULASA' 3

RISALAH TSULASA' 4

RISALAH TSULASA' 5

RISALAH TSULASA' 6

RISALAH TSULASA' 7

RISALAH TSULASA' 8



::: MENYOROTI CORDOVA :::

Cordova di Sepanyol pernah menjadi ibu kota sebuah kerajaan Islam dibawah pemerintahan Bani Umayyah.Hal itu terjadi sejak 750 M setelah Bani abbasiyyah menakluki Bani Umayyah di Damsyik. Sebenarnya Islam sudah sampai di Cordova pada 711 M lagi setelah tariq Bin Ziad melakukan perluasan wilayah ke Sepanyol atas perintah Musa Bin Nusair, gabenor Afrika Utara ketika itu dibawah al-Walid 1 daripada kerajaan Umaiyah. Tariq dengan mudah menguasai wilayah Sepanyol seperti Toledo,Sevilla, Malaga,Elvira dan Cordova. Ketika pemerintahan bani Umayyah masih berkuasa di damsyik, Toledo dijadikan ibu kota di Sepanyol.Namun, setelah digulingkan oleh Bani Abbasiyyah, Bani Umayyah membina pemerintahan di Sepanyol dan menjadikan Cordova sebagai ibu kota dibawah pemerintahan Abdurrahman al-Dakhil (Abdurrahman 1). Sejak itu Cordova mengalami kemajuan. Apabila berlaku perpecahan Islam di Sepanyol, Cordova jatuh ke tangan Kristian dan Islam dihapuskan secara paksa.Kini, Cordova merupakan ibu kota sebuah wilayah yang mempunyai nama yang sama di Sepanyol. Luas wilayahnya 13727km dan didiami sekitar 782000 orang. Marilah kita bersama mencari permata tinggalan kota Cordova?

Sumber : Insklopedia Islam untuk pelajar

   



THE 7 HABITS OF HIGHLY EFFECTIVE PEOPLE (BY STEPHEN R.COVEY)

Habit 1 : be proactive

Habit 2 : begin with the end in mind

Habit 3 : Put first things First

Habit 4 : Think Win-win

Habit 5 : Seek first to understand then to be understood

Habit 6 : synergize

Habit 7 : Sharpen the saw




7 TABIAT ORANG YANG AMAT BERKESAN (OLEH STEPHEN R.COVEY)

Tabiat 1 : Jadilah proaktif

Tabiat 2 : Mula dengan mengingati matlamat

Tabiat 3 : Buat perkara pertama dahulu

Tabiat 4 : Fikirkan menang-menang

Tabiat 5 : Cuba memahami dahulu, kemudian cuba untuk difahami

Tabiat 6 : Bersinergi

Tabiat 7 : Tajamkan gergaji





:::: HADIS AKHIR ZAMAN :::

Daripada Abu Hurairah r.a berkata : Bersabda Rasulullah saw " Islam bermula dengan dagang (asing) dan kembali dalam keadaan asing pula.Maka beruntunglah orang-orang yang asing"
Hadis Riwayat Muslim


ISLAM ADALAH CARA HIDUP KITA


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed
May 25, 2006
EPISTEMOLOGI ISLAM

Kertas kerja ini adalah kertas kerja bagi Seminar Ketamadunan Islam 2006 di Bangi, Selangor. Kertas kerja ini berlegar di sekitar kesan penjajahan Barat pada nilai epistemologi Islam sepanjang zaman. Kita mengakui emperialisme barat membawa pelbagai methodologi dakyah dengan dominasi 3G- Glory, Gospel dan Gold. Sejauhmana ianya terkesan pada nilai epistemologi Islam,disini saya memberi tasawwur asas kepada perbahasan tersebut,Insyaallah.

 

KERTAS KERJA : KESAN PENJAJAHAN BARAT KEPADA EPISTEMOLOGI ISLAM

AHMAD ASYRAF BIN SHARI - KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA

PROSES PEMBARATAN SISTEM PENDIDIKAN

Tokoh westernisasi (tokoh pembaratan Islam), Missionary barat dan orientalis berusaha sedaya upaya untuk menghancurkan nur Islam. Mereka mewujudkan pelbagai organisasi antaranya Paderi Lamnes Al-yasuei telah mengatur strategi pepecahan keatas umat Islam selepas kejatuhan khilafah Islamiah Turki 1924.Beberapa kejayaan telah dicapai,terutamanya di medan pendidikan, pengubahsuaian dalam hukum Al-Quran dan muncul gerakan pembebasan wanita.

Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) Dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan Yang demikian). (Assof :8)

Sistem pembelajaran Al-Quran diketepikan ,dimana sedikit demi sedikit pelajaran berteraskan Al-Quran dan assunnah dihapuskan dari peringkat rendah ke peringkat universiti. Al-Azhar sebagai institusi yang masih mengekalkan sistem Al-Quran dan sunnah telah cuba diganggu oleh golongan westernisasi ini.Mereka menekankan bahawa Al-Azhar memerlukan perubahan, sehingga kesannya tenaga pengajar al-azhar turut termakan dengan hasutan pemikiran Barat ini.

DEFENISI EPISTEMOLOGI

  • Epistemologi adalah istilah yang dikaitkan dengn perbahasan falsafah, dimana ‘epsteme’ bermaksud pengetahuan dan logos bermksud ilmu,sains,kajian atau teori dan perbincangan.
  • Secara mudahnya ia ditakrifkan sebagai ‘kajian tentang ilmu pengetahuan’. Secara teknikalnya ia merujuk kepada disiplin ilmu yang menyelidiki tentang ilmu.

  • Kemunculan ahli falsafah Yunani yang dikenali sebagai sufsa’iyyun (sophist) menghasilkan kemunculan perbincangan epistemologi secara terbuka.

EPISTEMOLOGI ISLAM DAN BARAT

  • Epistimologi mengikut Islam adalah satu perbahasan mengenai penentuan dan penilaian terhadap sesuatu perkara sama ada benar(diterima) atau palsu(ditolak). Perkara yang benar hendaklah berasaskan ilmu al-yakin.
  • Epistimologi Barat menurut Prof Al-attas “ kebudayaan barat berasaskan dasar falsafah bukan agama, mereka hanya menegaskan dasar teori iaitu ilmu pengetahuan atau hasil akal nazari yang berlandaskan sangkaan,dugaan dan penerokaan akal jasmani yang mungkin benar atau tidak”.

PENJAJAHAN KEATAS ISLAM

Serangan Monggul

  • Berlaku sejak abad ke 12 sekitar 1220-1230 di Azerbaijan dan timur laut Iran

  • Puncak malapetakala ialah penghancuran kota Baghdad dimana khazanah ilmu dan saintifik telah dibinasakan

  • Hulagu menawan Baghdad, air sungai Dajlah,Baghdad bertukar sebanyak 2 kali:

- Hari pertama : merah dengan darah umat Islam yang disembelih

- Hari kedua : hitam dengan dakwah buku-buku yang dibuang.

  • Baghdad mempunyai Bait al-Hikmah sebagai perpustakaan terunggul didunia

  • Baghdad juga merupakan pusat industri penerbitan buku terbesar didunia

- separuh dari 2.5 juta penduduk terlibat dengan proses penerbitan buku.

- Membaca buku menjadi kegilaan dan hobi penduduk Baghdad

  • Baghdad menjadi syurga buku-buku diabad 13 sedangkan Eropah masih jahil dan buta huruf dalam kegelapan.

Perang Salib

  • Penjajahan disusuli dengan Perang Salib yang dilancarkan oleh pemerintah Kristian pada Zaman Pertengahan di Eropah

  • Berlaku selama 200 tahun menyebabkan kejatuhan Kota Grenada kepada Crusaders

  • Peperangan dicetuskan disebabkan faktor perbezaan dari sudut ekonomi,agama dan politik

  • Hasil ketamadunan Islam telah dicuri dan dirampaskan oleh masyarakat eropah.

SEKULARISME

Takrifan

  • Dalam bahasa arab disebut ‘almaniyah ( ÚáãÇäíå )

  • Dr Yusuf Qaradawi ,bukunya ‘Pertentangan Islam dan sekular’ terjemahan yang betul dalam bahasa Arab ialah al-Ladiniyyah ( ÇáÇ Ïíäíå ) iaitu tanpa agama atau al-Dunyawiyyah (ÇáÏäíÇæíå ) iaitu keduniaan.

  • Perkataan ÇáÏäíÇæíå bukan berlawanan dengan perkataan ukhrawiyyah sahaja tetapi mempunyai makna khusus iaitu “ Perkara yang tiada kaitan dengan agama”

  • SM Naquib Al-attas , bukunya Islam dan sekularisme menyebut “ pembebasan manusia dari unsur agama yang kemudian mencangkupi kawalan bidang metafizik keatas pemikiran dan bahasanya”

Prinsip sekularisme ( SM Naquib Al-Attas)

  • Aliran sekular ingin membaiki hidup insan melalui material sahaja

  • Menyatakan kebenaran keduniaan adalah terpisah dari ajaran wahyu dan kenabian

  • Ilmu sekular bebas dari prinsip dan disiplin ilmu, boleh diuji dengan fikiran dan pengalaman

  • Percaya rasionalisme merupakan sumber kepada pencapaian ilmu

Kesan sekularisme

  • Masyarakat Islam gagal untuk menampilkan satu sistem hidup yang ideal

  • Lahir pemimpin yang tidak cekap memimpin umat Islam yang tiada standard moral,intelektual dan spiritual yang tinggi.

  • Lahirnya sarjana muslim yang sekular menerima ajaran Barat termasuk ilmu kemanusiaan (humaniora).Cuba membicarakan persoalan sosialisme Islam atau sekularisme Islam.

  • Sarjana Muslim meniru gaya berfikir Barat dan menyanjung tinggi tokoh pemikir Barat

  • Berlaku romanisasi iaitu penterjemahan Bahasa Arab ke bahasa setempat , memisahkan formal, konseptual muslim dan sumber asli Islam

  • Umat Islam didoktrin menjadi komuniti yang tidak menghiraukan suasana sekeliling sehingga melahirkan umat bersifat individualistik dan materialistik

  • Soal hireaki ilmu sudah diketepikan dan tidak difahami oleh ilmuan Islam.Dalam Islam terdapat ilmu prinsipal(primer) iaitu wajib dirujuk dan ilmu sekunder. Ilmu berkaitan al-Quran dan hadis ialah sumber primer

KESIMPULAN

Ilmu merupakan suatu perkara yang amat dititikberatkan oleh Islam, malahan ayat pertama juga menekankan gesaan dan penekanan tentang asas kepada ilmu iaitu membaca. Lihatlah surah al-alaq yang berbunyi :


Bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, (Al-Alaq : 1-3 )


Dan bagi orang-orang yang beriman dan berilmu akan ditingkatkan darjatnya disisi Allah, dengan syarat ilmunya itu berasaskan Al-Quran dan assunnah .Sesungguhnya kehadiran imperialisme Barat telah banyak menjejaskan nilai intelektual ulama’ dan saintis Islam sehingga ianya kini dominan di tangan musuh Islam. Seharusnya umat Islam bangkit mengembalikan keindahan keintelektualan Islam semula dengan mewujudkan golongan intektual diulamakan atau profesional ustaz (protaz) mahupun ulama’ yang profesional di zaman teknologi ini. Insyaallah.




Posted at 12:11 pm by Laman_Cordova

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry