 |
April 13, 2007
KAMI CINTA PADAMU YA RASULULLAH!!!!
Kini hampir 2 minggu berlalu 12 Rabiul Awwal 1428H iaitu ulangtahun kelahiran Rasul tercinta, Muhammad SAW. Sememangnya Muhammad SAW adalah manusia terbaik semesta alam, yang menjadi uswatun hasanah, bahkan menjadi 1st Person The Most Influenced Person of Historical Human In The World. Sepatutnya dan sewajibnya kita mengenali Rasulullah saw dan mengamalkan sunnahnya dengan segala kemampuan yang ada pada kita. Dalam kecintaan pada Rasulullah SAW, kami (baca: team nasyid THE ONES) telah mempersembahkan lagu tentang salah satu peristiwa penting dalam hidup Rasulullah SAW iaitu HIJRAH. Hayati baitnya yang memberi makna yang boleh kita hayati dalam perjuangan Nabi saw ini.
HIJRAH
Dingin malam menusuk tulang insan (baca: Nabi saw),
Nan kesejukan dan ketakutan,
Resahnya dibalut kegelisahan,
Mengiringi suatu perjalanan meninggalkan kota penuh kegelapan (baca : Mekah)
Menuju ke kota cahaya kebenaran (baca : Madinah)
Bermulalah hijrah yang agung,
Pengorbanan insan tak ternilai harga kepayahan kesusahan,
Menempuh dugaan dan rintangan dalam kehidupan,
** Mereka tak punya apa, harta sanak saudara,
Tetapi mereka percaya hanya janji RasulNya,
Suraqah mengejar ingin merebut dinar yang dijanjikan,
Allah melindungi perjalanan kekasihNya yang tercinta,
Debaran (3x) Hijrah ke kota cahya,
Debaran (3x) Hijrah ke kota cahya.. kebenaran.
Inilah sebuah hijrah yang agung.
Ulang **
Debaran (3x) Hijrah ke kota cahya,
Debaran (3x) Hijrah ke kota cahya.. kebenaran.
Posted at 04:09 pm by Laman_Cordova
Permalink
March 23, 2007
ANDA PARA DAEI ! APA WARNA DIRI ANDA?
"Saya tak reti la nak 'masuk' dengan budak kelas saya, diorang ni payah skit nak dakwahkan, ade ke patut kata saya ni mat skema".Rungut seorang daei di sebuah kampus.
"Pening saya,ade ke saya di katakan emosional,pada hal saya rasa saya ok je, entahlah sahabat2 saya ni,tak paham betul!" Bentak pendakwah muda di satu institusi tinggi.
Begitulah serba sedikit rencah dalam dairi seorang pendakwah,rungutan mula muncul apabila berdepan dengan kerencaman sikap manusia yang terkadang kala menaikkan kemarahan.Namun,bagi pendakwah itulah bayaran yang perlu dibayar apabila terjun dalam medan pengislahan umat kini. Manusia rencam dan complicated … Secara umumnya, manusia boleh dibahagikan mengikut warna diri yang berbeza. Pelajaran yang saya kutip dalam pengajian ilmu Color Vibration Therapy (CVT) membahagikan warna diri kepada empat bahagian utama iaitu Putih ,Merah Jambu ,Hijau dan Biru. Setiap manusia secara azalinya telah ditetapkan oleh Allah SWT dengan warna dirinya yang tersendiri dan ekslusif.Dan warna tersebut diterjemahkan dengan sifat semulajadi individu tersebut. Warna putih melambangkan Spiritual atau sifat kerohanian, manakala merah jambu (pink) melambangkan Emotional. Hijau pula melambangkan mental dan biru melambangkan fizikal. Jika di lihat dari sudut seerah Nabawiyyah keempat2 warna ini diwakilkan melalui empat khulafa' arrasyidin dizaman Nubuwwah. Putih dinisbahkan kepada Saidina Abu Bakar r.a , merah jambu dinisbahkan kepada Saidina Umar alkhattab r.a, manakala hijau dinisbahkan Saidina Uthman Ibn Affan r.a dan biru mewakili warna Saidina Ali r.a. Kita maklum bahawa keempat sahabat terutama Nabi SAW ini mempunyai karakteristik yang berbeza dan masing-masing menampakkan competitive advantages yang tersendiri. Malahan, kisah mereka juga dapat menonjolkan sifat dan sikap peribadi mereka sebagai qudwah hasanah kepada umat Islam. Dalam dakwah kegagalan mengenali diri sendiri sebagai pendakwah dan sasaran (mad'u) akan menatijahkan mekanisme dan pendekatan yang kurang efektif. Kerana itu Dr Abdul karim Zaidan dalam buku Usuul adda'wah menekankan tiga arkanuddakwah ini di fahami dan diperkemasi oleh para daei.Kenali diri dan mad'u anda! Begitulah mungkin penekanan yang hendak disebutkan oleh Dr Kareem Zaidan. Dengan memahami warna diri dan mad'u anda akan mencari titik keserasian atau paling tidak membina titik homofili bersama mad'u. Bahkan ianya tidak terungkai dari tiga penekanan dalam institusi usrah iaitu TAARUF (kenal),TAFAHUM (faham) dan TAKAFUL (Bantu). Bagaimana nak faham kalau tidak kenal, dan bagaimana nak tolong kalau tidak memahami?. Natijah memahami sifat seseorang akan menyebabkan kita matang dalam melayani kerenah dan mampu mengawal sifat negatifnya dengan memberikan rangsangan optimistic dalam minda para mad'u tentang kesyumulan manhaj Islam. Namun,bagi para daei sifat yang selayaknya perlu disediakan dalam diri, bahkan keempat-empat warna itu sesuai digabungjalinkan dan dipraktikan mengikut masa dan tempatnya. Ada masanya emosi perlu disertakan, mental perlu diseimbangkan , ruhiyyah perlu diperteguhkan dan tenaga fizikal perlu diperkuatkan. Penggunaannya perlu sesuai dan sepadan dengan keperluan semasa, kerana itu daei perlu faham waqi'. Stephen R.Covey juga menyebut dalam karya masyhur: 7 Habits The Most Effective Person tentang sifat orang yang hebat antaranya "Seek to be understand then to be understood" (Baca: Cuba memahami sebelum mahu difahami).Dan itulah sifat yang perlu ada bagi daei! Mengenali warna diri bermakna kita berusaha mengenali sifat dan sikap semulajadi serta sifat dominant yang ada dalam diri seseorang yang telah ditetapkan oleh Allah sejak azali. Ia sedikit sebanyak memberikan kita hint untuk mendekati sasaran dengan lebih efektif dengan memahami geraklaku dan tatakerja si mad'u.Dan itulah petanda awal kecemerlangan daei. Mengenali mad'u dengan betul ! Bahkan kita perlu mengenali kerenah dan perangai pelbagai lapisan masyarakat. Hayatilah Buku Thariqquda'wah : Baina Asaleh wal inhiraf ( Jalan dakwah antara keaslian dan penyelewengan) karangan Ust Mustafa Masyhur, juga kitab Aafaat Ala Thariq (Wabak sepanjang Jalan) karangan Dr Assayed Muhammad Noh dalam memahami gelagat (behaviour) dalam dakwah. Anda tentu akan mendapat sesuatu. Ingatlah pesan Imam Hasan Al-Banna : Jadilah kamu umpama pepohon buah-buahan. Ia sering dilempar manusia barangan tiada berharga.Namun, diakhirnya dia (baca: pohon buah) itu akan menghasilkan buah yang akan memberi manfaat kepada makhluk. Apapun, doa saya kepada semua daei, teruskan tugas anda mengislah umat agar ia menjadi saham yang boleh dipersembahkan kepada Allah swt di akhirat kelak. Hidup ini sekali didunia maka nikmatilah ia dengan nikmat perjuangan Islam ! Ayuh kenali diri dan mad'u anda! Ahmad Asyraf ShariRujukan :- Usuul Dakwah 1&2 (Dr Abdul Karim Zaidan)
- Memperingati 100 tahun Hasan Al-Banna (Riduan Mohd Nor)
- Jalan Dakwah Antara keaslian dan penyelewengan (Mustafa Masyhur)
- Wabak sepanjang Jalan (DR Sayed Muhamad Noh)
Posted at 02:59 pm by Laman_Cordova
Permalink
February 27, 2007

Assalamualaikum,
Sahabat sekalian,
Hakikat kehidupan memerlukan HALATUJU dan MATLAMAT yang jelas. Kita berTUAN dan selaku hamba,batas-batas yang tidak disukai tuan kita perlulah dijauhi. Hayati video ini sebagai tazkirah pada kita semua....
http://www.youtube.com/watch?v=bXYDzrXzsJE
Posted at 10:12 pm by Laman_Cordova
Permalink
February 20, 2007
DAIE DAN FIQHUL WAQI' (2)
NABI SAW INSAN MEMAHAMI WAQI'
Rasulullah SAW pernah bersabda : " Kalau bukan kerana kaum kamu yang baru saja keluar dari masa jahiliah nescaya akan ku ubah Kaabah itu,dan aku lekatkan kebumi (pintu kaabah) dan aku jadikan baginya dua pintu iaitu pintu yang manusia masuk daripadanya dan pintu yang manusia keluar darinya". ( Bukhari dan Muslim).
Rasulullah saw meninggalkan perkara tersebut kerana keutamaan tidak melakukannya adalah lebih utama dalam situasi orang Quraisy yang baru saja memeluk Islam.Jika Nabi saw melakukan juga ,nescaya Quraisy akan lari dari Islam.Keluarnya Quraisy dari Islam adalah mafsadah diatas maslahah yang hendak diteguhkan.Rasulullah meraikan pandangan umum dalam perkara yang tidak menggangu amal yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
Penetapan suatu tindakan mesti memerhatikan suasana dan mengambil kira waqi' adalah berlandaskan kaedah fiqh iaitu :
" Adat (kebiasaan) itu boleh ditetapkan sebagai hukum".
Melalui kaedah ini, meraikan dan mengambil kira pandangan umum setempat merupakan salah satu dari dasar-dasar Islam.Pandangan yang diraikan adalah yang tidak bertentangan dengan syariat islam. Jika ia melanggar syariat Islam,maka ianya akan tertolak.
BAGAIMANA MEMAHAMI WAQI'
Dalam kemahiran fiqhul waqi' keperluan seorang daei itu termasuklah AL-FAHMU yang jelas dalam islam (perkara thawabit dan mutaghayyirat), mengkaji uruf setempat dan budaya masyarakat, melihat peluang dakwah dari pelbagai sudut dan method.
Dalam buku Risalah Usrah karangan Abu urwah menyatakan duat perlulah mempunyai basiran naqid atau pandangan tajam dalam memberi pendapat untuk mengeluarkan dirinya dan harakah dari kekeliruan yang berlaku dalam realiti. Duat yang mempunyai basiran naqid akan membantu medan dakwah dalam menghadapi rintangan dan cabaran dalam waqi semasa.
Kefahaman yang jelas tentang dasar-dasar dalam Islam akan menjadikan seseorang daei itu jelas matlamat dan halatujunya tanpa mudah dirungkai oleh cabaran realiti semasa. Maka Islam yang perlu difahami ialah islam yang syumul yang terangkum dalam 3 bidang utama iaitu : AQIDAH , FEQAH (SYARIAT) dan TASAWWUF (AKHLAK),juga termasuk memahami rubu' dalam feqah iaitu Ibadah, Jinayat, Muamalat dan Munakahat.
Bagi seorang daei yang ingin memahami waqi' perlu mengenali dan memahami konsep maslahah dan mafsadah serta mempunyai kefahaman dalam memilih iaitu Fiqh Al-Aulawiyyat dan Fiqh muazzanat. Dalam erti kata yang lain, kedua-dua fiqh ini perlu digabungjalin dan berkolaborasi dalam kefahaman untuk memahami realiti semasa.
PENUTUP
Dr Yusuf Qaradawi dalam Bukunya " Kewajipan Menguasai Enam Jenis Fiqh Bagi Pendakwah Islam Di Alaf Baru" menyarankan peri pentingnya seorang daei mempunyai kemahiran dalam fiqhul waqi'. Khalifah Umar Abdul Aziz pernah menyebut "Berbicaralah dengan orang ramai tentang hukum mengikut tahap dan taraf yang mereka bicarakan.Malahan kita melihat ramai tokoh mujtahidin yang membuat perubahan hukum kerana perubahan masa,perubahan maslahah dan perubahan uruf. Kerana itu kita melihat fatwa yang dikeluarkan cepat berubah disebabkan perubahan pada waqi' itu sendiri. Ibnu Qayyim juga menekankan perihal waqi ini dalam kitabnya I'lam al-Muwaqqi'in.
Secara umumnya,dapatlah kita fahami dalam kepelbagaian dan kecelaruan umat kini, para daei seharusnya memahami suasana kini dan berusaha menjadi formula terbaik dan mekanisme terbaik dalam memastikan para mad'u yang disasarkan semakin dekat dan cintakan Islam,bukan semakin menjauhinya kerana kegagalan para daei dalam memahami apakah itu Fiqhul waqi'.
RUJUKAN
1. Risalah usrah Jilid 3 : Abu Urwah
2. usul dakwah : Dr Abdul karim Zaidan
3. Sirah Nabawiyyah : Tn Guru Nik Abdul Aziz
4. Kewajipan Menguasai Enam Jenis Fiqh Bagi Pendakwah Islam Di Alaf Baru : Dr Yusuf Qaradawi
5. Kewajipan Generasi Muda Islam Kini : Dr Yusuf Qaradawi
Posted at 03:09 pm by Laman_Cordova
Permalink
February 9, 2007
DAIE DAN FIQHUL WAQI' DAIE DAN DAKWAH " Dakwah?Malaslah nak berdakwah. Dakwah bukannya kerja saya. Lagipun saya mana layak berdakwah, ilmu tak cukup". Seringkala rungutan ini diluahkan dari individu ISLAM yang mempunyai tanggungjawab dakwah pasca sekularisme ini, kerana banyaknya hambatan fikrah anti-Islam menyusup masuk ke minda umat islam terutamanya anak muda kini. Kerana itu, Syeikh Saad Al-Jubair menyebut : Jika sekiranya semua orang mengatakan dirinya tidak layak berdakwah,nescaya tiada seorang pun akan berdakwah. Namun benar, dalam berdakwah seseorang itu perlulah mempunyai dua ciri asas iaitu AL-AMANAH dan AL-QUWWAH. Dr Abdul Karim Zaidan menjelaskan dalam bukunya Usul dakwah tentang rukun dakwah ada tiga iaitu daei (pendakwah, pengajak),mad'u (sasaran, market) dan maudhu' (kandungan dakwah). Rangkaian bertiga ini adalah modul asas dalam dakwah Ilallah,disamping sikap daei "Seek understand then to be understood". Slogan "Win-win situation" perlu dijadikan sandaran amalan berdakwah bagi seorang daei. Dakwah adalah MENGAJAK kepada Islam yang syumul,caranya berHIKMAH dengan kefahaman yang jelas tentang waqi'. MEMAHAMI SUASANA Waqi dalam bahasa mudahnya diistilahkan sebagai suasana semasa, kondisi setempat dan yang berkaitan dengan masa dan tempat kini. Daei perlu memahami waqi'. Kenapa? Rasulullah SAW adalah insan yang cukup memahami waqi' kerana itulah dakwah nabi terbahagi tiga fasa yang jelas kena pada masa dan tempatnya iaitu: ta'sis, infitah dan tahaddi. Iskandar Zulqarnain diberi al-Quwwah oleh untuk memahami waqi walau kemana beliau pergi.Beliau mampu memahami bahasa hampir kesemua kaum yang beliau takluki (baca: payungi) walaupun ia terletak jauh di pedalaman contohnya bangsa yang diganggu Yakjuk makjuk.Pembacaan yang tepat tentang kondisi semasa penting dalam pebentukan manhaj dakwah seseorang daei yang strategis. Saidina Umar menyebut " Sesungguhnya Islam akan terungkai dari diri seseorang bila dia tidak mengenali hakikat jahiliah". Hakikat jahiliah disini adalah manhaj jahiliah yang sama jalan ceritanya (dasar,prinsip yang sama) dan karakternya yang berbeza perlu difahami mengikut zaman supaya kita tidak tertipu dengan helah dan taktik kotor musuh Islam. MENGAPA FAHAM WAQI' PENTING? Kefahaman yang perlu jelas dalam diri setiap individu yang bergelar daei adalah menjawab persoalan mengapa memahami waqi itu satu elemen penting dalam jalan dakwah? Antara sebabnya ialah :Pendakwah yang berjaya dulu,dan sebelum ini seperti Nabi SAW, Hasan Al-Banna, adalah "engineer" akhlak yang amat memahami hakikat islam dan suasana zaman,dan tempatnya.Ia menjadi formula kepada mereka yang sesuai diambil ibrah kepada para daei pasca modernisasi kini. Waqi mematangkan daei dan perancangannya.Perancangan (planning) dan implementasi yang mengambil kira unsur uruf dan waqi' akan menjadikannya lebih membumi dan praktikal sesuai dengan tempat tersebut.Lihat sahaja contoh Nabi SAW semasa perang khandak, rasulullah bertindak mengarahkan sahabat baginda untuk mengali parit sebagai strategi perang. Ia sememangnya diluar jangkaan musuh kerana stail peperangan begitu tidak pernah digunakan di Tanah Arab.Namun, ianya adalah teknologi perang Parsi yang bertindak sebagai kematangan strategi perang yang mengambil kira unsur kebiasaan dan maslahah. Memahami suasana mengelakkan kegopohan (isti'jal).Dengan perancangan dan time frame yang jelas, sasaran dan matlamat dakwah dapat dicapai dan dilaksanakan step by step (marhaliyyah) supaya tidak terjadinya budaya kegopohan dalam berdakwah. Dakwah menekankan tiga unsur penting iaitu taaruf (know), tafahum (understand) dan takaful (help and collaborate). Ia juga perlu melalui proses pemeringkatan iaitu taarif, takwin dan tanfiz. (BERSAMBUNG)
Posted at 05:04 pm by Laman_Cordova
Permalink
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|